Enggan Minum Susu Kerap Menangis Bayi 3 Bulan Maut Ditangan Bapa Panas Baran


Luluh hati seorang ibu apabila mengetahui bayinya berusia tiga bulan meninggal dunia di tangan suami sendiri pada 4 Oktober 2022 apabila ditemui terbaring di katil rumah di Mukim Padang Hang, Alor Setar.
Menerusi laporan Berita Harian, ibu mangsa dikenali sebagai Kamalia, 22, memberitahu yang bayinya dianiayai suami setelah dia melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan dipukul lelaki terbabit yang juga seorang penagih dadah.

Kamalia turut membuat laporan polis sebelum menumpang di rumah saudaranya kerana takut dengan suami yang mengancam mahu membunuhnya.
“Saya terpaksa meninggalkan tiga anak, masing-masing dua perempuan berusia setahun dan enam tahun serta bayi lelaki yang baru berusia tiga bulan.
Sejak itu, hampir setiap hari saya ke balai polis untuk meminta pertolongan supaya anak-anak diselamatkan kerana bimbang sikap panas baran serta suami yang mungkin bertindak luar kawalan berikutan berada bawah pengaruh dadah,” katanya.

Bayi sudah meninggal atas katil rumah
Tambah wanita itu, selepas beberapa hari meminta tolong dan merayu kerana bimbang akan keselamatan anak-anak, pihak polis telah datang ke rumahnya sebelum dia menghubungi mengatakan suaminya sudah ditahan serta dia juga dipanggil ke balai polis.
“Sebaik tiba di balai polis, saya dimaklumkan bayi lelaki ditemui meninggal dunia atas katil dalam bilik rumah dan ketika itu saya sudah tidak mampu berfikir.
“Bagaimanapun, saya dimaklumkan dua lagi anak diserahkan kepada keluarga mentua untuk dijaga buat sementara waktu,” katanya.
Sikap baran sejak awal kahwin
Jelas Kamalia lagi, sejak berkahwin pada 2019, suaminya sudah menunjukkan sikap baran dan cemburu buta serta sentiasa bersangka yang dia mempunyai hubungan dengan orang lain.
“Saya mengesyaki suami berperangai begitu kerana dia berada di bawah pengaruh dadah, malah saya pernah menerima 27 jahitan di kepala akibat dipukul, mata dicungkil dan ditikam tangan serta peha.
“Semua itu berpunca daripada sikap cemburu suami sedangkan sejak kahwin saya hanya berada di rumah yang turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dipasangnya bagi memantau pergerakan saya,” katanya.
Minta isteri jadi penjamin beli motosikal kuasa besar
Punca dia melarikan diri baru-baru ini adalah disebabkan tindakan suaminya mahu membeli motosikal berkuasa besar, namun dia diminta menjadi penjamin.
“Pemilik kedai memberitahunya yang isteri boleh dijadikan penjamin, namun ketika pulang rumah suami mempertikai dan menyoal kenapa saya perlu menjadi penjamin untuknya.
“Suami mula membuat pelbagai tuduhan terhadap saya sebelum berlaku pertengkaran sehingga dia memukul kepala dan mengugut mahu membunuh saya,” katanya.

Positif methamphetamine
Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad memaklumkan yang suspek berusia 28 tahun sudah ditahan dalam serbuan dilakukan di rumahnya jam 2.50 petang semalam.
“Ketika serbuan, polis menemui mayat seorang bayi lelaki dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek turut positif methamphetamine.
“Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku memukul kepala, menampar muka serta memulas telinga mangsa kerana mendakwa bayi terbabit enggan minum susu dan kerap menangis.
Selain itu, suspek turut mendakwa dia tahu bayinya itu sudah meninggal dunia dua hari sebelum ditahan.
Kredit: Berita Harian

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post Enggan Minum Susu, Kerap Menangis Bayi 3 Bulan Maut Ditangan Bapa Panas Baran appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/enggan-minum-susu-kerap-menangis-bayi-3-bulan-maut-ditangan-bapa-panas-baran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Bayi 3 Bulan Ditemui Mati Bawah Jagaan Bapa Penagih Dadah Panas Baran Biar Mayat Atas Katil Berhari Hari

Hiburan Bayi 3 Bulan Ditemui Mati Bawah Jagaan Bapa Penagih Dadah Panas Baran Biar Mayat Atas Katil Berhari Hari

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 163 hits
Seorang bayi berusia tiga bulan dijumpai meninggal dunia di sebuah rumah di Mukim Padang Hang Alor Setar pada 9 Oktober lepas Terdahulu ibu bayi terbabit yang dikenali sebagai Kamalia 22 tahun telah melarikan diri dari rumah pada 4 Oktober ...
Bayi 3 Bulan Maut Dipukul Bapa Baran Polis Dedah Suspek Positif Dadah

Bayi 3 Bulan Maut Dipukul Bapa Baran Polis Dedah Suspek Positif Dadah

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 158 hits
Seorang bayi berusia tiga bulan itu dipercayai dibunuh bapa sendiri pada 4 Oktober 2022 apabila ditemui terbaring di katil rumah di Mukim Padang Hang Alor Setar Menerusi laporan dari Berita Harian ibu mangsa dikenali sebagai Kamalia 22 memb...
Wanita Dan Bayi Tiga Bulan Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Simpang Pulai Cameron Highlands

Wanita Dan Bayi Tiga Bulan Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Simpang Pulai Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 196 hits
IPOH Seorang wanita dan bayi berusia tiga bulan maut manakala suaminya cedera parah selepas kereta Perodua Myvi dinaiki dipercayai bertembung dengan kereta jenis Mercedes dari arah bertentangan di Jalan Simpang Pulai Cameron Highlands dekat...
Guna 1 Adunan Boleh Buat 2 Perisa Biskut Susu Cair Di Mulut Untuk Bayi 7 Bulan

Guna 1 Adunan Boleh Buat 2 Perisa Biskut Susu Cair Di Mulut Untuk Bayi 7 Bulan

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 167 hits
Rasa biskut memang sedap Malah pada masa kini biskut ditawarkan dalam pelbagai jenis perisa warna dan tekstur Ia boleh dijadikan snek ketika minum petang atau sebagai kudapan ketika berasa lapar Bukan hanya orang dewasa sahaja yang perlukan...
Terhentak Kepala Menangis Terus Pengsan Anak 2 Tahun Maut Jatuh Kerusi Bayi

Terhentak Kepala Menangis Terus Pengsan Anak 2 Tahun Maut Jatuh Kerusi Bayi

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 163 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas kepalanya terhentak ketika jatuh dari kerusi bayi di sebuah restoran dekat Taman Sutera Johor Bahru petang semalam Kejadian berlaku kira kira jam 3 petang ketika kanak kan...
Bapa Pukul Kepala Tampar Muka Amp Pulas Telinga Bayi 3 Bulan Sehingga Mati

Bapa Pukul Kepala Tampar Muka Amp Pulas Telinga Bayi 3 Bulan Sehingga Mati

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 153 hits
Foto Berita HarianSeorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemui meninggal dunia di sebuah rumah di Mukim Padang Hang kelmarin lapor Berita Harian nbsp Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata pihaknya membuat serbuan ke rumah i...
Budak 2 Tahun Maut Kereta Dipandu Bapa Terlanggar Belakang Lori 3 Tan

Budak 2 Tahun Maut Kereta Dipandu Bapa Terlanggar Belakang Lori 3 Tan

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 216 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia dua tahun maut manakala bapanya cedera parah dalam kemalangan di Jalan Besar Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini Lapor Harian Metro kejadia...
Minum Susu Ibu Berat Naik Sikit Tu Normal Setiap Anak Berbeza Usah Panik

Minum Susu Ibu Berat Naik Sikit Tu Normal Setiap Anak Berbeza Usah Panik

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 245 hits
Sebaik sahaja bayi mencecah usia enam bulan dia sudah mula diperkenalkan dengan makanan Selain susu ibu atau susu formula ibu sudah boleh memperkenalkan puri buah atau sayur mahupun bubur kosong untuk melatih deria rasanya Ketika bayi sudah...
Bayi Masuk 4 Bulan Cuba Aktiviti Tummy Time Ni Bagus Rangsang Sensori Anak

Bayi Masuk 4 Bulan Cuba Aktiviti Tummy Time Ni Bagus Rangsang Sensori Anak

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 162 hits
Sensory play adalah sangat penting untuk membantu perkembangan anak anak Sensory play merupakan aktiviti yang boleh membantu merangsang perkembangan deria anak anak seperti contoh deria sentuh bau rasa lihat dan dengar Selain itu aktiviti s...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner