Anjung Spotter Klia The Most Coolest Place To Take Picture With Aeroplane
Bagi peminat Aviation atau kaki travel aku pasti melihat flight landing atau take off merupakan salah satu terapi minda yang cukup berkesan. Lagi-lagi setelah lama tidak travel kan. Begitu juga aku walaupun aku seorang yang aerophobia (takut naik kapal terbang) tatkala melihat sendiri flight landing dan take off sentiasa membuat aku tersenyum.
Boleh kata setiap tahun aku akan fly lebih dari 20 kali sejak tahun 2014 sehingga sekarang aku masih lagi sering terbang ke sana ke mari bagi memenuhi kerja yang memerlukan aku travel. Lagi pun melalui travel juga aku dapat cari sedikit duit poket untuk menampung perbelanjaan harian yang semakin tenat.
Berbeza dahulu dah sekarang, aku terbang kini hanya untuk bekerja. Tidak lagi memenuhi waktu lapang but it also was fun. Cuma tidak seperti orang biasa aku cukup bertuah dapat menjelajah dunia melalui bidang kerja yang aku pilih.
Tak mengapa, kali ini aku nak kongsikan khas buat mereka yang cinta akan Aviation. Korang tahu tak,awal tahun ini Malaysia Airport Berhad telah pun mewujudkan satu spot untuk melihat kapal terbang di KLIA. Spot yang di kenali sebagai Anjung Spotter yang terletak di sekitar KLIA ini sudah semestinya akan menjadi salah satu tempat lepak yang paling awesome di Sepang.
View this post on Instagram Tips bila tertinggal kapal terbang: Jangan gi kejar pulak pesawat tu yer! Bincang baik-baik bro. Benda boleh setel. Korang yang minat aviation, flight dan hobi tengok kapal terbang semasa stress macam aku ni boleh datang ke Anjung Spotter, Malaysia Airports. Baru buka lagi. @malaysiaairports #anjungspotterklia #anjungspotter #klia #malaysiaairports #malaysiaairlines #mas #malaysia
A post shared by Faizal Fredley (@faizalfredley) on Dec 12, 2019 at 2:16am PST
Selain itu, berhampiran Anjung Spotter ini juga ada satu lagi spot yang cukup menarik dan sangat instagrammable untuk bergambar dengan kapal terbang semasa landing.
Anjung Spotter KLIA ini dibuka secara public dan tidak memerlukan sebarang tiket jika korang nak datang ke sini. Labih menarik lagi kemudahan yang disediakan oleh pihak Malaysia Airport Berhad ini juga begitu mesra kepada mereka yang membawa anak-anak kecil turut sama melihat kapal terbang. Tempat duduk berbumbung ini mampu memuatkan sehingga 40 orang pelawat pada satu-satu masa.
View this post on Instagram Let the journey begin! . Portraiture of @yusmawar + @muhdshamil . OP @tied.the.knot OV @bonkproduction Imaged by @xapitfx . Thanks @airasia #wedding #weddingphotography #weddingphotographer #malaywedding #malayweddingguide #malayweddingphotography #malayweddingphotographer #malaysia #bride #groom #tiedtheknot #wedaward #creativeshot #indonesia #brunei #singapore #love #bridesmaids #postwedding #prewedding #mywed #fearlessphotographer #tiedtheknotsignature #klia2 #anjungspotter #anjungspotterklia #airasia #noweveryonecanfly #yourockphotographers
A post shared by Tied the Knot (@tied.the.knot) on Jul 14, 2019 at 12:04am PDT
Anjung Spotter KLIA dibina dalam lingkungan 10 kilometer persegi di KLIA itu bagi membolehkan orang ramai merakamkan gambar saat pesawat berlepas dan mendarat dari kawasan yang strategik.
Bagi ibu bapa yang masih risau akan keselamatan ketika melihat kapal terbang jangan risau, ruang Anjung Spotter ini tidak melibatkan sebahagian dari ruang kapal terbang untuk landing. Ianya terletak di luar kawasan dan ianya cukup luas dan dipisahkan dengan pagar yang tinggi.
Dengan adanya kemudahan ini sudah pasti meluangkan hujung minggu bersama keluarga sambil menyaksikan kapal terbang passing by merupakan salah satu aktiviti hujung minggu yang berkualiti.
Selain Malaysia Airport, kemudaahan ini juga turut disediakan di Sydney Airport Australia.
Teringat lagi masa aku tinggal di Puchong, aku selalu datang ke Airport di waktu petang dikala hati sedang gundah gulana, entah mengapa bila tengok flight passing by ni ianya membuatkan hati sayu dan dalam masa yang sama aku happy melihat kapal terbang. Segala kesulitan hidup yang dihadapi waktu itu seolah oleh turut terbang bersama kapal terbang menuju ke destinasi yang ditetapkan.
Malaysia Airlines sebagai tuan rumah
Singapore Airlines
Singapore Ailines before landing
Regent Airlines
Oman Air
IndiGo
Air Mauritius
Etihad
Partner in Crime Siti Paridah dan Saudia Airlines
Bagi jurugambar Aviation aku pasti ini merupakan salah satu tempat yang wajib korang datang untuk melihat pelbagai flight dari syarikat penerbangan yang berbeza yang menjadikan KLIA sebagai destinasi mereka. Antara flight yang sempat aku spot on semasa aku berada di sana adalah sudah tentu Malaysia Airlines, Air Asia, Singapore Airlines, Virgin Air, Thai Airways, Saudia, Emirates, Sri Lankan, KLM, Eva Air, China Southern, Air Mauritius, ANA dan beberapa lagi flight jenis kargo.
Jadi apa lagi, korang yang sukakan Aviation ni jemputlah datang lepak di sini. Cuma kalau boleh dan ini pendapat perbadi aku sebagai seoraang yang akan meluangkan masa yang lama di sini setiap kali aku datang, alangkan lagi selesa jika pihak MAHB menyediakan toilet dan juga sedikit kedai serbeneka untuk melepaskan rasa dahaga. Lagi bagus kalau diwujudkan kafe kan. Satu lagi kalau ada transport dari pintu departure atau arrival lagi bagus. Bolehlah datang ke sini selepas landing. Jadi tak adalah mereka yang baru landing terus pulang ke rumah. Haa mungki juga disediakan surau atau ruang solat pun menarik juga.
Jangan lupa follow instagram @malaysiaairports untuk update segala info tentang dunia Aviation.
The post Anjung Spotter KLIA, The Most Coolest Place To Take Picture With Aeroplane appeared first on Faizal Fredley.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.faizalfredley.com/2019/12/17/anjung-spotter-klia-the-most-coolest-place-to-take-picture-with-aeroplane/