Enam Sekeluarga Terpaksa Berkumpul Di Ruang Tamu Setiap Kali Hujan


Oleh KHAIRUL MOHD. ALI MASRI Jambari (kanan) menunjukkan bahagian bumbung rumahnya yang rosak akibat ribut baru-baru ini di Kampung Pinggiran, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor.ISKANDAR PUTERI: Enam sekeluarga yang tinggal di Kampung Pinggiran, Gelang Patah di sini, terpaksa berkumpul di ruang tamu rumah setiap kali hujan kerana atap di bahagian bilik kesemuanya sudah bocor.
Itu situasi yang terpaksa dihadapi seorang warga emas, Masri Jambari, 60, yang tinggal bersama isteri, dua anak, seorang menantu dan seorang cucunya.
Menurutnya, keadaan lebih membimbangkan selepas struktur rumah didiaminya itu kelihatan semakin usang dan seolah-olah menanti masa untuk rebah ke bumi.
“Beberapa tiang utama rumah ini sudah reput malah kebocoran boleh dilihat di semua tempat terutamanya di bahagian bumbung dan dinding.
“Ini termasuklah atap rumah yang sudah melengkung manakala bahagian dapur dan bilik kini hanya ditahan menggunakan kayu supaya tidak runtuh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dia berkata demikian selepas menerima kunjungan wakil Pertubuhan Permata Baiduri Malaysia (Permata), Aisyah Rahman. Turut hadir, Ketua Kampung Pinggiran, Abdul Rahman Halim dan Ketua Kampung Melayu, Rahizam Rahmat.
Tambah Masri, rumah itu bertambah teruk selepas ribut yang berlaku Isnin lalu sehingga menyebabkan tiang utama patah dan bahagian dapur runtuh.
“Waktu hujan lebat baru-baru ini, air masuk ke dalam rumah dan kami terpaksa mengeluarkan air yang bertakung serta menadah air hujan kerana atap bocor di semua tempat kecuali bahagian ruang tamu.
“Setiap kali hujan lebat terutama pada waktu malam kami semua tidak dapat tidur kerana rumah bocor di banyak tempat. Kami terpaksa berkumpul di ruang tamu setiap kali hujan.
“Saya tidak mampu untuk membaiki semua kerosakan yang ada di rumah ini kerana hanya bekerja mengambil upah mengopek bawang bersama isteri,” ujarnya yang telah berhenti kerja sebagai pemandu van kilang sejak empat bulan lalu.
Masri turut berharap ada pihak yang dapat membantunya membaiki kerosakan di rumah berkenaan sementara dia dan keluarga menunggu rumah menerusi program Bantuan Rumah Negeri Johor 2021.
Ujarnya, permohonan untuk membina rumah atas tanah seluas 0.242 hektar miliknya di kampung itu sudah diluluskan dengan kos ditanggung Baitulmal sepenuhnya.
“Pembinaan sepatutnya telah bermula pada April lalu namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan, mungkin kerana pandemik.
“Kami berharap ia dapat disegerakan namun sementara menunggu, saya mahu membaiki rumah ini dahulu kerana bimbang jika ribut berlaku lagi, rumah ini akan roboh,” katanya yang memaklumkan mereka tidak berdepan masalah kekurangan bekalan makanan, tetapi sebaliknya tidak mampu membaiki rumah berkenaan.
Sementara itu, Aisyah memberitahu, pihaknya akan mencari golongan yang dapat menyumbang untuk mengumpul kos bagi membaiki kediaman berkenaan yang dilihat sudah tidak sesuai untuk didiami lagi.
Sehubungan itu, mana-mana pihak yang mahu menyumbang boleh menghubungi Presiden Permata, Faridah Hamzah di talian 03-61278906 atau 013-7065553 atau menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank Permata Baiduri Malaysia iaitu 551128630934. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/enam-sekeluarga-terpaksa-berkumpul-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buasir Otak Tv Setiap Kali Borak Pasal Bola Sepak

Buasir Otak Tv Setiap Kali Borak Pasal Bola Sepak

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 348 hits
Setiap kali bila kau dengan kawan kau borak pasal bola sepak seperti Perlawanan Akhir Euro 2020 antara England dan Itali Jom tonton animasi ini
Nampak Mewah Wow Deko Dinding Ruang Tamu Guna Cermin Rm2 10 Dengan Lidi

Nampak Mewah Wow Deko Dinding Ruang Tamu Guna Cermin Rm2 10 Dengan Lidi

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 592 hits
Pasti ramai yang teringin untuk mendekorasi rumah Cuma kekangannya adalah bajet Sebab tak semua perhiasan dijual pada harga yang mampu milik Ada yang harganya boleh cecah nilai ratus untuk satu barang Mungkin bagi orang berduit tak ada masa...
S P 500 Mencatatkan Penurunan Buat Kali Pertama

S P 500 Mencatatkan Penurunan Buat Kali Pertama

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 293 hits
Stok tenaga dan komoditi mendorong penurunan S P 500 pada hari Jumaat Penurunan adalah sekitar 0 8 yang merupakan penurunan pertama indeks pada bulan ini Jelas para pelabur bimbang dengan kenaikan inflasi yang berterusan yang mempengaruhi k...
Pakistan Sekat Aplikasi Tiktok Kali Ke Empat

Pakistan Sekat Aplikasi Tiktok Kali Ke Empat

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 183 hits
Pakistan menyekat aplikasi perkongsian video popular TikTok untuk kali keempat kerana kandungan tidak sesuai menurut pengawalselia telekomunikasi negara itu Aplikasi dimiliki firma China itu beberapa kali terbabit dengan pertempuran perunda...
Pmo Rm300k Untuk Setiap Parlimen Bagi Pertingkatkan Program Bakul Makanan

Pmo Rm300k Untuk Setiap Parlimen Bagi Pertingkatkan Program Bakul Makanan

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 281 hits
malaysiakini comDiterbitkan 1 Jul 2021 8 47 pmDikemaskini 9 28 pmPeruntukan RM300 000 yang diberikan kepada semua anggota parlimen untuk bakul makanan adalah di atas program bakul makanan yang sedang berjalan jelas Pejabat Perdana Menteri p...
Apa Itu Scaling Teeth Pertama Kali Cuci Gigi

Apa Itu Scaling Teeth Pertama Kali Cuci Gigi

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 694 hits
Cuci Gigi Selalu kita dengar gosok gigi je kan jarang jarang dengar tentang cuci gigi ni Takpun biasa dengar tapi tak ambik kisah Betul tak Salah seorangnya manusia bernama Alja Hahahaha So ini adalah kali pertama Alja Cuci gigi atau nama o...
Kali Ni Irwansyah Pula Sahkan Dirinya Positif Covid 19 Rupanya Ini Yang Terjadi Sampai Dia Disahkan Positif

Kali Ni Irwansyah Pula Sahkan Dirinya Positif Covid 19 Rupanya Ini Yang Terjadi Sampai Dia Disahkan Positif

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 311 hits
Pelakon dan penyanyi Indonesia Irwansyah 36 memaklumkan dirinya disahkan positif Covid 19 menerusi perkongsian video di akaun YouTube The Sungkars Family semalam
Tak Dapat Move On Wanita Sewa Kereta Ex Boyfriend Langgar Lampu Isyarat Merah 49 Kali Untuk Balas Dendam

Tak Dapat Move On Wanita Sewa Kereta Ex Boyfriend Langgar Lampu Isyarat Merah 49 Kali Untuk Balas Dendam

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 409 hits
Tak dapat move on wanita sewa kereta ex boyfriend langgar lampu isyarat merah 49 kali untuk balas dendamSeorang wanita dan rakan lelakinya ditahan polis baru baru ini kerana melanggar lampu isyarat merah kira kira 49 kali dalam masa dua har...
Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Singgah Pasar Malam Sekolah

Little Black Number A Honda Cb350 Caf Racer From Austria


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Best Friend Waktu Malam