Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini
Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 2 pagi ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Sarawak, Sabah dan seluruh Pulau Pinang serta WP Labuan diramal hujan.
“Di Kedah, kawasan yang diramal hujan adalah Langkawi dan Bandar Baharu. Manakala di Perak seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Sementara di Pahang hanya melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron.
“Beralih ke Sarawak pula termasuk Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah, Kapit (Kapit) dan Bintulu (Tatau).
“Bagi Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Semporna) dan Kudat (Pitas dan Kudat) ,” maklum kenyataan itu.
Sementara itu, beberapa kawasan di Sarawak seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman) dan Betong dijangka hujan sehingga jam 12 malam ini.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://web.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02NThj4F4w6yugALhihDHjGNQ3ZYcY8bGPewkFwEgf6RTcYtDzij3paL6rhxhSRqmCl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
BACA: Ringgit ‘Naik Gila’ Buat Pekerja Indonesia Tepuk Dahi
BACA: Buang Sampah, Meludah Di Tempat Awam Di Sekitar Ibu Kota Bakal Didenda RM2,000
The post Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/30/enam-negeri-diramal-hujan-lebat-hingga-awal-pagi-ini/