Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Malam Ini
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri termasuk dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah diramal hujan malam ini.
Manakala seluruh kawasan di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya juga diramal hujan.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.
“Bagi Selangor, beberapa kawasan turut diramal hujan seperti Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. Sementara itu, Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol antara lokasi dijangka menerima taburan hujan di Negeri Sembilan.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sibu, Kapit (Song), Bintulu (Tatau) dan Limbang. Di Sabah pula Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://web.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02b9Z8JXWxhoAb7UuEA75CWcwm9ghx5TQaYbSdJYmcoEVs2A5Hcd2DGGuLyTArUJ8Vl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
BACA: Tito Karnavian Beri Penjelasan Isu 30 Tan Bantuan Beras UAE Dipulangkan
The post Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Malam Ini appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/19/tujuh-negeri-diramal-hujan-lebat-malam-ini/