Enam Lagi Kluster Baharu Dikesan



KUALA LUMPUR – Sebanyak enam lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di negara ini, melibatkan dua di ibu negara manakala Sabah, Selangor, Johor dan Putrajaya masing-masing satu kluster.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kluster baharu di Kuala Lumpur ialah Kluster Baiduri dan Kluster Bah Perdana manakala Kluster Kolong di Sabah dan Kluster Bah Tropicana di Selangor.
Kluster Rinting dikesan di Johor manakala Kluster Bah Kasturi di Putrajaya, katanya pada sidang akhbar secara maya yang disiarkan di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.
Mengenai Kluster Baiduri, Dr Noor Hisham berkata, ia melibatkan daerah Hulu Langat dan Cheras dengan kes indeks kluster itu (kes ke-14312) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan prapembedahan pada 7 Oktober lepas dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
“Saringan kontak rapat telah mengesan 17 lagi kes positif, (dan) sehingga 12 Oktober, sejumlah 39 individu disaring dan sembilan individu masih menunggu keputusan,” katanya.
Bagi Kluster Bah Perdana di Cheras, Dr Noor Hisham berkata, kes indeks kluster itu (kes ke-11305) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan setelah pulang dari Sabah pada 28 September dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
PKPB seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 Oktober

Saringan kontak rapat yang dijalankan telah mengenal pasti lapan lagi kes positif Covid-19 manakala 13 individu masih menunggu keputusan, katanya.
Mengenai Kluster Kolong di daerah Keningau, Sabah, Dr Noor Hisham berkata, kes indeks kluster itu (kes ke-13548) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan dalam komuniti pada 7 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.
“Saringan kontak rapat mengenal pasti tujuh lagi kes positif Covid-19 dan sehingga hari ini tiga individu masih menunggu keputusan,” katanya.
Sementara itu, bagi Kluster Bah Tropicana di Petaling, Selangor, Dr Noor Hisham berkata, kes indeks kluster itu (kes ke-11804) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan pulang dari Sabah pada 2 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Katanya, saringan kontak rapat bagi kluster itu telah mengesan 13 lagi kes positif Covid-19 dan 28 individu masih menunggu keputusan.
Memperincikan mengenai Kluster Rinting di daerah Melaka Tengah dan Johor Bahru, Dr Noor Hisham berkata, kes indeks bagi kluster itu (kes ke-14350) didapati positif Covid-19 hasil saringan masuk kerja pada 7 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Melaka.
Covid-19 : 563 kes hari ini dengan 2 kematian

“Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh lagi kes positif Covid-19 dan seramai 57 individu masih menunggu keputusan,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata, Kluster Bah Kasturi pula melibatkan beberapa daerah dan negeri iaitu di Seremban, Negeri Sembilan; Cheras dan Putrajaya; serta daerah Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Langat di Selangor.
“Kes indeks kluster ini (kes ke-12553) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan pulang dari Sabah pada 24 September dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan.
“Saringan kontak rapat telah mengesan 17 lagi kes positif Covid-19 dan sehingga kini 10 individu masih menunggu keputusan,” katanya. – Bernama
Esok adalah penentu politik Anwar Ibrahim!

The post Enam lagi kluster baharu dikesan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/12/enam-lagi-kluster-baharu-dikesan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
293 Kes Baru Rekod Tertinggi Dicatat Selama 3 Hari Berturut Turut Dengan 2 Lagi Kluster Baharu Dikesan

293 Kes Baru Rekod Tertinggi Dicatat Selama 3 Hari Berturut Turut Dengan 2 Lagi Kluster Baharu Dikesan

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 340 hits
78 total views 78 views today Malaysia hari ini mencatat kes rekod tertinggi harian Covid 19 selama tiga hari berturut turut Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah 1 kes merupakan kes import manakala 292 kes adalah...
Covid 19 Enam Lagi Kluster Baharu Di Kenal Pasti Kuster Aktif Kini Mencecah 70

Covid 19 Enam Lagi Kluster Baharu Di Kenal Pasti Kuster Aktif Kini Mencecah 70

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 297 hits
PUTRAJAYA Enam lagi kluster baharu dikenal pasti hari ini melibatkan empat kluster di Sabah serta masing masing satu kluster di Selangor dan Pulau Pinang Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah...
4 Kluster Baharu Covid 19 Dikesan Masing Masing Satu Di Langkawi Tawau Putrajaya Dan Klang

4 Kluster Baharu Covid 19 Dikesan Masing Masing Satu Di Langkawi Tawau Putrajaya Dan Klang

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 339 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat empat kluster baharu yang dikesan pada hari ini Menurut kenyataan di akaun Twitter rasmi KKM kluster baharu yang dikenalpasti itu adalah Kluster Bah Ketil iaitu di Langkawi Kluster ...
Selangor Pula Catat Kluster Baharu

Selangor Pula Catat Kluster Baharu

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 285 hits
Oleh HASIF IDRIS PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat satu kluster baharu Covid 19 yang dikenal pasti di Selangor iaitu Kluster Jalan Apas Kes indeks bagi kluster itu adalah kes ke 10 782 dan kes ke 10 783 merupakan pasangan...
Covid 19 Dua Kluster Baharu Di Kedah Satu Di Terengganu

Covid 19 Dua Kluster Baharu Di Kedah Satu Di Terengganu

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 339 hits
Kuala Lumpur Kementerian Kesihatan Malaysia mengenal pasti tiga lagi kluster baharu membabitkan dua di Kedah dan satu di Terengganu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster terbabit ialah Kluster Bah Sintok d...
2 Lagi Kluster Baru Covid 19 Dikesan Di Sabah Selangor

2 Lagi Kluster Baru Covid 19 Dikesan Di Sabah Selangor

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 309 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah PETALING JAYA Kementerian Kesihatan memaklumkan 2 lagi kluster baru dilaporkan hari ini masing masing 1 di Sabah dan Selangor Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Sabah...
Kluster Baharu Covid 19 Di Kedah

Kluster Baharu Covid 19 Di Kedah

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 301 hits
Kementerian Kesihatan mengenalpasti kluster baharu Covid 19 di Kedah membabitkan seorang lelaki warga Malaysia Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes indeks kluster Tembok itu adalah kes kematian ke 135 yang dilaporkan...
6 Lagi Kluster Baharu 4 Di Selangor

6 Lagi Kluster Baharu 4 Di Selangor

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 485 hits
PETALING JAYA Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6 kluster baharu dikesan dengan 4 daripadanya di Selangor Empat kluster itu adalah Kluster Simera Kluster Tasik Kluster Utama dan Bah Kluster Manggis kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr N...
Adun Kinrara Redakan Kebimbangan Kluster Baharu Covid 19 Di Puchong

Adun Kinrara Redakan Kebimbangan Kluster Baharu Covid 19 Di Puchong

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 270 hits
Adun Kinrara Ng Sze Han berkata kluster itu dinamakan Bah Puchong berikutan individu terbabit pulang dari Sabah dan tinggal di Puchong PETALING JAYA Seorang Adun Selangor cuba meredakan kebimbangan susulan kluster baharu Covid 19 dikesan di...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing

Perak Civil Servants To Get Rm1 500 Hari Raya Bonus