Enam Kesilapan Cara Simpan Susu Ibu Bimbang Anak Yang Terkesan


Disebabkan kita salah menyimpan susu, anaklah yang terkena kesannya. Kesian bayi kita. Nak menyimpan susu perlu tepat caranya supaya anak menerima khasiat sebaiknya dan susu masih dalam keadaan baik.

Kita selalu menganggap ia adalah satu perkara mudah untuk menyimpan susu ibu yang sudah dipam. Walau bagaimanapun, tanpa sedar, terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh ibu mengenai cara simpanan susu.
Kesilapan ini secara tidak langsung sebenarnya boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi. Jadi jom kita semak apakah kesilapan yang sering dilakukan.

Bekas tercemar
Susu badan dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan bayi daripada bakteria berbahaya. Tetapi keadaan akan menjadi sebaliknya jika bekas simpanan susu yang digunakan sudah tercemar. Bekas mengepam susu juga harus dipastikan bersih.
Penggunaan botol susu plastik atau kaca harus dicuci dan dikeringkan dengan sebaiknya. Ini kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan bakteria. Cuci menggunakan air suam dan lap bekas dengan kain bersih.
Kiub ais
Mungkin ada di antara ibu sekalian memilih untuk membuatkan kiub ais susu sebagai cara mudah untuk menyimpan susu. Tetapi mungkin selepas ini anda patut hentikan kaedah penyimpanan ini, kerana ia berisiko untuk dicemari bakteria memandangkan ia adalah bekas terbuka.
Jika masih ingin menggunakan kaedah kiub ais, disarankan untuk menggunakan bekas tertutup. Ia adalah cara yang lebih selamat.
Bekas plastik
Bukan semua bekas atau beg plastik sesuai untuk digunakan sebagai bekas penyimpanan susu. Anda perlu menggunakan bekas plastik yang bebas bahan kimia. Anda dinasihatkan untuk memilih bekas dengan label “BPA-Free”. Ini kerana ia adalah lebih selamat untuk si manja anda.
Dalam masa yang sama, pastikan bekas plastik yang digunakan tidak koyak atau bocor. Jika tidak, sudah tentu bakteria berkembang dan membiak di dalam bekas plastik tersebut. Sentiasa memeriksa bekas plastik yang digunakan.

Terlalu lama
Bagi ibu yang ‘meriah’ susu badannya sudah tentu akan memilih untuk menyimpan stok susu dalam peti ais beku. Malahan ada ibu yang menyediakan deep freezer semata-mata untuk menempatkan susu yang dipam.
Ia adalah ikhtiar yang harus mendapat pujian. Walau bagaimanapun, penyimpanan susu untuk tempoh yang terlalu lama adalah tidak bagus. Ini kerana badan ibu menghasilkan susu yang bersesuaian dengan keadaan semasa bayi.
Tempoh penyimpanan yang terbaik di dalam peti sejuk beku, di bawah suhu -18℃ adalah dari tempoh enam, adalah tempoh yang terbaik dan sehingga 12 bulan, tempoh yang masih boleh diterima untuk penyimpanan susu.
Tetapi jika disimpan dalam peti sejuk biasa, ia hanya boleh bertahan sehingga empat hari sahaja.
Kandungan nutrien dalam susu ibu adalah untuk memenuhi keperluan khasiat bayi pada ketika itu, jadi sebaiknya berikan susu tersebut secepat mungkin.
Berhampiran makanan mentah
Tempat di mana anda menyimpan susu juga perlu dititikberatkan. Ini kerana jika susu disimpan di tempat yang sama dengan bahan makanan lain seperti daging atau ikan mentah, ia akan meningkatkan risiko untuk bakteria berpindah dari makanan ke susu yang disimpan.
Jika boleh, sebaik-baiknya, asingkan ruang penyimpanan makanan barangan dapur dengan susu ibu. Selain itu, anda amatlah dinasihatkan untuk tidak meletakkan susu yang ingin disimpan pada bahagian pintu peti sejuk. Ini adalah untuk membantu melindungi susu daripada perubahan suhu ketika membuka dan menutup pintu peti ais.

Simpan semula
Pasti rasa sayang untuk membuang susu yang tidak digunakan. Tetapi jika susu tersebut sudah dikeluarkan daripada peti beku, anda dinasihatkan untuk tidak menyimpan semula walaupun ia tidak digunakan.
Maksudnya di sini, jika susu disimpan beku dan didedahkan kepada suhu biasa, jangan masukkan kembali untuk pembekuan semula, jika susu yang beku telah cair sepenuhnya. Sebaiknya ia digunakan dalam tempoh masa 2 jam selepas proses pencairan.
Ia bermakna tempoh 2 jam tersebut dikira dari masa ia tidak lagi beku atau dicairkan sepenuhnya, bukan dari semasa anda mengeluarkannya dari peti sejuk.
Ini kerana, selain daripada mengurangkan nilai khasiat di dalamnya, tindakan anda ini juga membuatkan susu lebih mudah dicemari bakteria. Jadi hanya keluarkan susu dalam jumlah yang diperlukan.
Secara terus
Sesungguhnya memberikan susu ibu secara terus adalah antara kaedah yang paling baik. Tetapi jika keadaan memerlukan anda menyimpan susu, pastikan anda melakukan ia dengan cara yang betul.
Jangan lupa untuk memastikan tangan anda juga dalam keadaan bersih semasa mengendalikan proses mengepam dan penyimpanan susu.
Sumber: hellodoktor.com
The post Enam Kesilapan Cara Simpan Susu Ibu, Bimbang Anak Yang Terkesan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/enam-kesilapan-cara-simpan-susu-ibu-bimbang-anak-yang-terkesan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Anak Capai Potensi Diri Ibu Ayah Perlu Tahu Cara Ini

Nak Anak Capai Potensi Diri Ibu Ayah Perlu Tahu Cara Ini

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 281 hits
Bukan mudah untuk membesarkan serta mendidik anak anak pada zaman sekarang Dengan segala kecanggihan teknologi dan potensi mereka yang luar biasa mudah untuk anak anak berjaya atau sebaliknya Sebagai ibu ayah kita pasti menginginkan yang te...
Anak Layan Ibu Macam Orang Gaji Rasa Berhak Kerana Beri Duit Belanja Setiap Bulan

Anak Layan Ibu Macam Orang Gaji Rasa Berhak Kerana Beri Duit Belanja Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 152 hits
Tidak ubah seperti orang gaji itulah layanan kejam diberikan oleh dua adik beradik kepada ibu mereka yang sudah lanjut usia Bayangkan tubuh uzur milik warga emas berusia 65 tahun itu dikerah oleh dua orang anak kandungnya yang sudah bekerja...
Ibu Diikat Dibelasah Anak Kerana Petik Kubis

Ibu Diikat Dibelasah Anak Kerana Petik Kubis

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 272 hits
UtusanonlineWANITA warga emas diikat pada tiang elektrik oleh anaknya di Odisha AGENSI nbsp NEW DELHI Seorang wanita warga emas didakwa dibelasah dan diikat pada tiang elektrik oleh anak lelakinya hanya kerana memetik sayur kubis bunga dari...
Ibu Bapa Tenunglah Wajah Tengok Mata Anak Bila Rasa Nak Marah Rahsia Buang Aura Negatif

Ibu Bapa Tenunglah Wajah Tengok Mata Anak Bila Rasa Nak Marah Rahsia Buang Aura Negatif

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 126 hits
tentunya tidak dapat mengelak daripada memarahi Sudah namanya kanak kanak tentulah ada masanya boleh menguji kesabaran kedua ibu bapanya Bagaimanapun bila kita suka marah anak dengan emosi tanpa sedar kata kata dan perbuatan kita juga akan ...
Ibu Bapa Galakkan Anak Makan Ikan Bagus Untuk Perkembangan Sistem Saraf Sel Otak

Ibu Bapa Galakkan Anak Makan Ikan Bagus Untuk Perkembangan Sistem Saraf Sel Otak

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 175 hits
Ibu bapa galakkan anak makan ikan Ia sangat bagus untuk perkembangan sistem saraf dan sel otak Ikan merupakan sumber makanan yang mengandungi banyak nutrien penting untuk tubuh seperti protein asid amino omega 3 methionine tyrosine lysine t...
Anak Bijak Berbakat Besar Kuncinya Perlu Minum Susu Dan Cukup Zat Setiap Hari

Anak Bijak Berbakat Besar Kuncinya Perlu Minum Susu Dan Cukup Zat Setiap Hari

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 300 hits
Apa anak kita makan setiap hari itulah yang akan membantunya untuk membesar Malah pemilihan makanan itulah yang membantu anak menjadi lebih bijak Pemakanan yang baik bukan saja memainkan peranan yang sangat penting dalam tumbesaran anak bah...
Ayah Kena Tahu Cara Didik Anak Perempuan Tak Perlu Garang Macam Singa

Ayah Kena Tahu Cara Didik Anak Perempuan Tak Perlu Garang Macam Singa

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 255 hits
Karakter untuk lelaki yang bergelar ayah selalunya cukup sinonim dengan sifat garang dan tegas Bagaimanapun apabila mendidik anak perempuan ada caranya Bukan mudah mendidik anak perempuan Anak perempuan terkenal dengan sikap lemah lembut da...
7 Cara Buat Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Mudah Bersalin

7 Cara Buat Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Mudah Bersalin

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 172 hits
Salah satu amalan yang telah lama diamalkan adalah menggunakan bagi membantu memudahkan proses bersalin Penting untuk kita mengamalkan cara cara semulajadi dalam menjaga kesihatan semasa proses bersalin Dalam artikel ini admin telah pun men...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias