Enam Kali Met Beri Amaran Tak Diendahkan Pihak Tertentu Pm


Manzaidi Mohd Amin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada Mesyuarat Khas Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIAKUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan sebanyak enam kali amaran cuaca signifikan yang boleh menyebabkan hujan lebat berterusan berlaku, dedah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Malangnya, kata beliau, amaran cuaca itu tidak diendahkan oleh sesetengah pihak yang terlibat secara langsung dalam pengurusan bencana kerana andaiannya hanya Pantai Timur sahaja yang akan terjejas akibat luruan monsun.
Kata beliau, persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh juga lebih banyak tertumpu kepada negeri di Pantai Timur dan banjir luar biasa di Selangor yang berlaku di luar jangkaan banyak pihak.
“MET Malaysia telah pun mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi Kategori Merah iaitu kategori bahaya pada 18 Disember 2021, susulan hujan lebat berterusan di kebanyakan wilayah di Semenanjung Malaysia.
“Angin Monsun Timur Laut (MTL) yang sepatutnya bertiup ke Laut Andaman telah melalui Selat Melaka ekoran sistem tekanan rendah di perairan tersebut. Keadaan ini telah mencetuskan hujan lebat yang luar biasa terutamanya di Selangor.
“Banjir di Selangor bermula 18 Disember 2021 telah berlaku akibat daripada jumlah purata taburan hujan luar biasa iaitu 380 milimeter pada hari tersebut yang menyamai jumlah purata taburan hujan bagi tempoh sebulan,” katanya di Parlimen hari ini.
Berikutan keadaan banjir luar biasa yang tidak disangka itu, katanya, situasi kelam kabut berlaku pada hari pertama pengurusan banjir di Selangor, menyebabkan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk menjalankan operasi kerana berlaku kompleksiti banjir bandar.
Malah, katanya, pengurusan banjir di Selangor masih tidak menunjukkan perubahan ketara pada hari kedua dan ketiga sehingga menyebabkan ketidakpuasan hati mangsa berikutan kelewatan operasi menyelamat dan penghantaran bantuan.
“Menyedari situasi banjir yang kritikal di Selangor, pada malam 18 Disember itu, saya bergegas ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) bagi mendapatkan maklumat dan mengetahui situasi sebenar di lapangan melalui penerangan oleh Ketua Pengarah NADMA.
“Saya sendiri menghubungi Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat dan Ketua Polis Negara bagi menggerakkan anggota dan aset tambahan milik masing-masing ke Selangor.
“Ini bagi membantu Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta lain-lain agensi yang sedang giat melaksanakan operasi menyelamat. Ini kerana sebahagian besar aset seperti bot penyelamat telah siap sedia ditempatkan di negeri lain khususnya Pantai Timur yang dijangkakan berisiko berdepan dengan banjir besar,” katanya.
Menurutnya, susulan itu, PAT mengarahkan Panglima 11 Briged untuk serta-merta mengatur gerak anggota dan aset tambahan ke kawasan terjejas, manakala IGP mengarahkan tambahan anggota dan aset dari negeri berhampiran untuk membantu pasukan sedia ada.
“Sejurus selesai di NDCC, saya telah melakukan tinjauan situasi banjir di Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights sehingga lewat malam.
“Keesokannya pada 19 Disember, saya melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Telok Gong, Klang dan PPS Sekolah Kebangsaan Johan Setia.
“Berikutan kelewatan operasi menyelamat dan penghantaran bantuan yang diselaraskan oleh JPBN dan JPBD di Selangor sehingga mendapat reaksi negatif daripada rakyat, saya telah mengambil keputusan untuk mempengerusikan beberapa siri mesyuarat,” katanya.
Kata beliau, PDRM, JBPM, ATM dan APM sebenarnya telah menggerakkan pasukan masing-masing bagi memindahkan mangsa, namun menghadapi kesukaran kerana suasana yang semakin gelap dan terdapat ramai mangsa masih enggan meninggalkan kediaman mereka ketika itu.
“Kejadian banjir yang berlaku ini melebihi kemampuan jentera tindak balas JPBN Selangor. Selangor juga jarang berdepan dengan banjir besar luar biasa seperti kali ini.
“Biarpun amaran hujan berterusan dikeluarkan, impak taburan hujan yang tinggi ini, sangat tidak diduga oleh semua pihak.
“Sebagai contoh, meskipun penduduk di Taman Sri Muda, Shah Alam sudah biasa berdepan banjir kilat akibat hujan lebat namun mereka tidak menyangka air akan naik begitu cepat dan tinggi pada kali ini,” katanya. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/enam-kali-met-beri-amaran-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amaran Banjir Di Selangor Tidak Diendah Sesetengah Pihak

Amaran Banjir Di Selangor Tidak Diendah Sesetengah Pihak

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 197 hits
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR Andaian hanya negeri di Pantai Timur Semenanjung yang akan terjejas banjir akibat luruan monsun telah menyebabkan banjir luar biasa di Selangor pada 18 Disember lepas setelah amaran tidak diendahkan oleh sesetenga...
Witness Said She Met With Bung Moktar Wife To Discuss Rm150m Felcra Unit Trust Investment

Witness Said She Met With Bung Moktar Wife To Discuss Rm150m Felcra Unit Trust Investment

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 161 hits
Datuk Seri Bung Moktar Radin is pictured with Datin Seri Zizie Izette A Samad at the Kuala Lumpur Courts Complex January 2 2020 Picture by Firdaus LatifKUALA LUMPUR Jan 26 A unit trust consultant told the Sessions Court here today that she ...
Terima Suntikan Vaksin Booster Kali Ke 3 Dengan Astrazeneca Juga

Terima Suntikan Vaksin Booster Kali Ke 3 Dengan Astrazeneca Juga

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 367 hits
Kali pertama saya dapat suntikan vaksin adalah pada bulan Jun 2020 Masa itu berpeluang ambil tawaran untuk terima vaksin AstraZeneca atau lebih dikenalai sebagai AZ Kerajaan buka tawaran bebas kepada sesiapa yang mahu Sebelum itu ada perasa...
Tidak Boleh Bergantung Kepada Pengeluaran Kwsp Setiap Kali Bencana Pakar

Tidak Boleh Bergantung Kepada Pengeluaran Kwsp Setiap Kali Bencana Pakar

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 224 hits
KUALA LUMPUR 9 Jan Pengeluaran i Citra RM10 000 wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk mereka yang terjejas dalam bencana banjir baru baru ini bukan satu jalan penyelesaian yang baik untuk mangsa mangsa banjir kata pakar berkait...
Keluarkan Simpanan Kwsp Setiap Kali Bencana Bukan Jalan Penyelesaian Yang Baik Untuk Mangsa Banjir Prof

Keluarkan Simpanan Kwsp Setiap Kali Bencana Bukan Jalan Penyelesaian Yang Baik Untuk Mangsa Banjir Prof

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 192 hits
Keluarkan simpanan KWSP setiap kali bencana bukan jalan penyelesaian yang baik untuk mangsa banjir ProfPengeluaran i Citra RM10 000 wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk mereka yang terjejas dalam bencana banjir baru baru ini b...
Kim Dongwook Dilamar Terajui Drama Pengembaraan Masa You Whom I Met By Chance

Kim Dongwook Dilamar Terajui Drama Pengembaraan Masa You Whom I Met By Chance

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 255 hits
Adakah Kim Dong wook akan berlakon dalam sebuah drama baru tak lama lagi Menurut wakil industri Kim Dong wook akan menjadi pelakon utama Hae Joon dalam drama You Whom I Met By Chance Respon agensinya mengenai laporan itu Kim Dong wook ada m...
Amaran Dari Haji Hadi Buat Umno

Amaran Dari Haji Hadi Buat Umno

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 173 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini memberikan amaran terhadap strategi politik mencetuskan pilihan raya negeri didalangi kluster mahkamah Umno dalam sebuah kenyataan paling keras sejak Muafakat Nasional termeterai antara PAS dan parti k...
Mgnews Amaran Banjir Penggunaan Sms Lebih Berkesan Dan Praktikal Berbanding Siren Ngo Malaysia Gazette Tv 27 01 2022

Mgnews Amaran Banjir Penggunaan Sms Lebih Berkesan Dan Praktikal Berbanding Siren Ngo Malaysia Gazette Tv 27 01 2022

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 963 hits
Amaran Banjir Penggunaan SMS Lebih Berkesan Dan Praktikal Berbanding Siren Sumber Malaysia Gazette TV MGNEWS AMARAN BANJIR PENGGUNAAN SMS LEBIH BERKESAN DAN PRAKTIKAL BERBANDING SIREN NGO
Hadi Beri Amaran Kepada Kluster Mahkamah Umno Bantah Strategi Cetus Prn

Hadi Beri Amaran Kepada Kluster Mahkamah Umno Bantah Strategi Cetus Prn

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 141 hits
Presiden PAS mengecam pemimpin Umno yang berdepan pertuduhan jenayah mengingatkan supaya mereka mempertahankan diri di mahkamah dan bukannya menyusahkan rakyat Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini memberikan amaran terhadap strategi polit...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti