Enam Idea Mudah Bekal Bento Ke Sekolah Dengan Ayam Brand




Menyediakan bekal makan tengah hari untuk anak-anak dan diri sendiri semakin popular di Malaysia, dan sebenarnya mudah sahaja. Pilih Ayam Brand™ sebagai bahan asas untuk makanan seimbang dan berkhasiat gaya Bento box, iaitu penyediaan makanan cara Jepun yang sedap dan menarik.
 

Resipi berikut disediakan mengikut konsep #sukusukuseparuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan mempromosi pemakanan berkhasiat supaya kanak-kanak dan orang dewasa mendapat nutrien dan tenaga yang mereka perlukan untuk kekal cergas sepanjang hari.
 
Dicuba dan diuji oleh pasukan Ayam Brand sendiri dan ibu bapa yang bekerja dari rumah dan di pejabat, resipi ini pasti popular sebagai sebahagian daripada bekal Bento box atau boleh juga dimakan begitu sahaja.
 
Ikan tuna dan saba yang digunakan dalam resipi ini adalah ikan berminyak yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan DHA bagi memberikan kanak-kanak khasiat yang mereka perlukan. Anda juga boleh mencuba bahan-bahan lain dengan resipi ini untuk menghasilkan resipi anda sendiri.


Tips Menyediakan Bekal Bento Berikut adalah beberapa petua jika anda baru belajar menyediakan Bento box:

Kanak-kanak gemarkan makanan yang nampak menarik. Gunakan pelbagai warnaTambahkan bahan kesukaan mereka seperti jagung, tomato, kacang pea dan lobak merah ke dalam makanan utama untuk lebih seratTambahkan buah-buahan atau salad kecil kepada bekal makananPotong makanan menjadi kecil supaya mudah untuk dimakan. Untuk sandwic, potong menjadi bentuk segi tiga atau segi empat atau gulungkan dan potong melintang. Untuk nasi, buatkan bentuk bebola atau gunakan pemotong untuk membuat bentuk yang comel.Hidangan Bento box akan dimakan pada suhu bilik 3 hingga 4 jam selepas disediakan. Sentiasa pastikan makanan dimasak kecuali buah-buahan dan saladBasuh dan keringkan buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimasukkan ke dalam bekal makananMasukkan sudu dan garpu serta tisu basah ke dalam Bento box kerana kanak-kanak mungkin terlupa membasuh tangan sebelum makan
1. Burger Tuna Bergedel
Isi tuna dan kentang yang diletakkan antara roti burger pasti menjadi sambutan hangat buat kanak-kanak. Tambahkan Tuna Omega 3l, ketumbar, sedikit cili merah, bawang merah dan telur kepada kentang lenyek. Buatkan bentuk patty, goreng sedikit sehingga perang di kedua-dua belah. Potong roti burger, tambahkan daun salad dan sedikit sos tomato (jika perlu), tutup dengan roti burger yang satu lagi dan letakkan di dalam Bento box. Hiaskan dengan sedikit lagi daun salad
 
Petua berguna: Daun salad menghalang burger menjadi basah dan lembik, jadi mentega tidak diperlukan. Potong burger bersaiz penuh menjadi dua bahagian kecil supaya mudah dimakan oleh kanak-kanak


Masa penyediaan: 5 minit    Masa memasak: 10 minit    Jumlah hidangan: 3

2. Pasta Tuna dan JagungMasak pasta mengikut arahan pada paket. Keluarkan air dari pasta yang telah dimasak dan gaulkan dengan Ayam Brand Tuna Omega 3, jus lemon, tomato ceri dan Ayam Brand Cup Corn sehingga sekata. Kemudian ambil sebahagian dan masukkan ke dalam Bento box termasuk untuk anda juga. Mudah sahaja


Petua berguna: Masak pasta pada malam sebelumnya, keluarkan air, simpan dalam peti sejuk dan panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro sebelum mencampurkannya dengan sos untuk menjimatkan masa. Tambahkan kiub timun, daun saderi yang dipotong atau lobak merah yang dikisar untuk lebih serat, tekstur dan rupa yang menarik


Masa penyediaan: 5 minit    Masa memasak: 10 minit    Jumlah hidangan: 2

3. Sushi Roll Saba MayoKanak-kanak gemarkan sushi kerana ia seronok dimakan. Resipi ini menggunakan roti sandwic untuk menggantikan nasi dan menghasilkan sushi yang berwarna-warni, berkhasiat dan comel. Potong dan buang kulit roti daripada roti sandwic. Lenyekkan roti menggunakan penggelek, letakkan Ayam Brand Saba Mayonnaise, tambahkan selapis lobak merah yang dihiris dan gulungkan dengan padat. Potong dengan teliti menggunakan pisau yang tajam supaya lapisan gulungan dapat dilihat dengan jelas. Susun di atas daun salad dalam Bento Box. Siap untuk dimakan
 
Petua berguna: Timun yang dihiris juga boleh digunakan sebagai ganti lobak merah. Jika anda ada nori sheet, letakkan sandwic yang telah dilenyekkan ke atas kepingan rumpai laut ini dan gulungkannya
Kulit roti yang dipotong tadi boleh dibakar dan dicicah dengan saba mayo untuk snek yang menyelerakan untuk diri anda


Masa penyediaan: 5 minit    Masa memasak: 5 minit    Jumlah hidangan: 1

4. Nasi Goreng TunaBagi kebanyakan keluarga di Asia, nasi goreng menjadi hidangan wajib bekal makan tengah hari kerana hampir setiap isi rumah pasti ada menyimpan lebihan nasi di dalam peti sejuk. Berikut adalah resipi nasi goreng yang mudah dan enak dimakan begitu sahaja, atau digandingkan dengan Telur dadar berinti tuna
 
Tumis bawang putih dan lobak merah, tambahkan nasi dan kicap, kemudian gaulkan sehingga rata. Seterusnya masukkan Ayam Brand Tuna Chunks in Water untuk protein, dan Ayam Brand Sweet Cup Corn untuk serat, rasa manis dan rangup. Cepat dan enak. 

Masa penyediaan: 5 minit    Masa memasak: 10 minit    Jumlah hidangan: 2

5. Patty Telur TunaPatty telur ini penuh dengan protein dan sesuai digandingkan dengan nasi goreng tuna. Campurkan Ayam Brand Tuna Omega 3, telur, tauhu lembut, ketumbar, cili merah dan bawang merah, dan tuang campuran ini ke dalam kuali dan bentukkan patty kecil. Goreng sehingga masak sepenuhnya. Masukkan ke dalam Bento box bersama nasi goreng
 
Petua berguna: Hiaskan dengan sos tomato berbentuk smiley face untuk lebih kawaii


Masa penyediaan: 5 minit    Masa memasak: 10 minit    Jumlah hidangan: 2

6. Tuna Pita Tanpa MayoRoti pita mudah dimakan oleh kanak-kanak kerana intinya tidak mudah tumpah seperti sandwic yang penuh. Cuba alternatif tanpa mayones untuk hidangan Bento box yang mudah disediakan dan enak. Campurkan Ayam Brand Tuna Flakes in Sunflower Oil, Ayam Brand Sweet Cup Corn dan tomato ceri untuk membuat intinya. Potong roti pita menjadi dua bahagian, lapikkan bahagian dalamnya dengan daun salad atau campuran salad dan timun. Akhir sekali, masukkan campuran tuna tadi. Hidangan yang seimbang dan menyelerakan


Petua berguna: Daun salad atau campuran salad menghalang roti pita menjadi basah dan lembut


Masa penyediaan: 5 minit    Masa memasak: 5 minit    Jumlah hidangan: 2

Ikuti @ayambrandmy dan gunakan hashtag #bekalayambrand dan #ayambrandmy pada ciptaan hidangan kotak bento anda yang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand. Anda berpeluang memenangi hadiah menarik! Peraduan berakir pada 31 Oktober 2020
 
Cuba lebih banyak resipi ringkas, mudah dan enak daripada Ayam Brand di  https://www.ayambrand.com.my/index.php/recipes,https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video.html,  laman Facebook https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia dan menerusi Instagram  di  https://www.instagram.com/ayambrandmy/ untuk menambah lebih banyak pilihan hidangan menyihatkan untuk anak anda. Kekal selamat dan sihat



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2020/09/idea-bekal-bento-mudah-sekolah-ayam-brand.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Idea Bento Box Yang Sedap Enak Dan Mudah Disediakan Daripada Ayam Brand

5 Idea Bento Box Yang Sedap Enak Dan Mudah Disediakan Daripada Ayam Brand

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 407 hits
Menyediakan bekal makan tengah hari untuk anak anak dan diri sendiri semakin popular di Malaysia dan sebenarnya mudah sahaja Pilih Ayam Brand sebagai bahan asas untuk makanan seimbang dan berkhasiat gaya Bento box iaitu penyediaan makanan c...
Cara Mudah Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam

Cara Mudah Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 445 hits
Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik Ha Jangan tak tahu guna telur ayam pun boleh tau Hasilnya memang sama macam telur itik Sedap Tengoklah kuning telur tu Berminyak je Menurut empunya resipi saudara Are Peace untuk 30 biji te...
Ayam Masak Goreng Kunyit Simple Dan Mudah Untuk Disediakan

Ayam Masak Goreng Kunyit Simple Dan Mudah Untuk Disediakan

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 500 hits
Ayam Masak Goreng Kunyit Simple Dan Mudah Untuk Disediakan Assalamualaikum hai Korang tengah buat apa Hurmm Sementara baby D tidur Fiza nak share satu resepi ni Walaupun bersepah resepinya di google mungkin resepinya versi berbeza Actually ...
Idea Guna Batang Penyapu Untuk Open Wadrobe Susun Baju Mudah Jmat Ruang Amp Lebih Praktikal

Idea Guna Batang Penyapu Untuk Open Wadrobe Susun Baju Mudah Jmat Ruang Amp Lebih Praktikal

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 277 hits
Kerja melipat kain adalar satu aktiviti yang tidak gemar dilakukan oleh kaum Wanita Walaupun sudah menjadi rutin harian kalau boleh dielakkan akan tolak ke tepi kerja kerja melihat kain baju Dalam zaman teknologi di hujung jari ini pelbagai...
Campuran Bahan Special Nasi Ayam Untuk Bayi Versi Paling Mudah Patutlah Sedap

Campuran Bahan Special Nasi Ayam Untuk Bayi Versi Paling Mudah Patutlah Sedap

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 515 hits
Nasi ayam sememangnya menu wajib untuk anak anak kita Selain sup gabungan ayam serta ulam ulaman seperti timun dan salad menambah nutrisi pada anak Malah sambalnya kicap dan sambal yang kurang pedas juga membuatkan anak selesa untuk makan b...
Resipi Nasi Ayam Hainan Sedap Mudah Boleh Buat Secara Homemade

Resipi Nasi Ayam Hainan Sedap Mudah Boleh Buat Secara Homemade

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 487 hits
Sedapnya Nasi Ayam Hainan perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni Rupanya tak sukar pun nak sediakan hidangan ini secara homemade Lihatlah hasilnya Nampak sedap dan macam sajian yang dibeli di restoran kan Jom cuba buat untuk keluarga Pasti suam...
Ayam Brand Goodie Bag Kempen Ayambersamamu Dan Jakoa Bantu Komuniti Orang Asli

Ayam Brand Goodie Bag Kempen Ayambersamamu Dan Jakoa Bantu Komuniti Orang Asli

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 370 hits
Assalamualaikum Rezeki ini dalam pelbagai cara tolak rezeki bermaksud kita tolak rezeki Allah Jadi apa jua bentuk rezeki kita terima dengan rasa syukur Alhamdulillah Ingat jangan sesekali merungut dengan apa yang kita terima Bercerita pasal...
Nasi Goreng Ikan Chili Saba Ayam Brand Sedap

Nasi Goreng Ikan Chili Saba Ayam Brand Sedap

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 709 hits
Nasi Goreng ikan Chili Saba Ayam Brand Sedap Mudah dan ringkas bila sediakan nasi goreng menggunakan Chili Saba dari Ayam Brand ni Sedikit kelainan tapi The post appeared first on
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord