Empat Soalan Apandi


blogtunm.blogspot.com Tun M Apandi telah tanya pada saya berkenaan empat perkara. Berikut jawapan saya;

SOALAN PERTAMA Kenapa tuntutan kes Batu Puteh di ICJ di tarik balik, pada Mei 2018, 2 minggu sebelum tarikh bicara di The Hague? (Masa itu Kabinet belum lagi wujud dan penarikan tuntutan itu dibuat tanpa sebarang rujukan/keputusan Kabinet?
1. Tuntutan kes Batu Putih ditarik balik kerana perjanjian dengan ICJ dan Singapura ialah segala keputusan oleh mahkamah akan diterima oleh kedua-dua pihak. Perjanjian yang sama dibuat antara Malaysia, Indonesia dan mahkamah antarabangsa berkenaan Sipadan dan Ligitan.
2. Jika Malaysia tidak menepati dengan syarat mahkamah antarabangsa bahawa keputusan mesti diterima oleh kedua-dua pihak (Malaysia dan Singapura), Indonesia juga boleh buat tuntutan untuk tidak menepati perjanjian yang sama berkenaan Pulau Sipadan dan Ligitan.
3. Janji antarabangsa oleh sebuah negara berdaulat hendaklah ditunai sebagai amanah. Jika tidak, Malaysia tidak akan dipercayai akan tunai perjanjian dengan negara lain. Malaysia akan hilang kredibiliti.
4. Lagipun Malaysia mendapat ‘Middle Rock’ yang boleh ditebus guna sehingga menjadi pulau besar seperti yang diperbuat dengan Pulau Layang-Layang.
5. Kesalahan bermula dengan pegawai Kerajaan Johor menyatakan kepada British bahawa Pulau Batu Putih bukan milik Johor.
6. Fakta baru, jika ada, sepatutnya dikemukakan kepada mahkamah antarabangsa semasa membuat representasi bahawa Pulau Batu Putih adalah hak Malaysia.

SOALAN KEDUAKenapa AG pada zaman Mahathir, iaitu TT, telah diarah untuk menjawab surat tuntutan keatas Sabah oleh pewaris Kesultanan Sulu, yang mana surat bertarikh 19hb September 2019 itu, telah menjadi asas tuntutan mereka diSepanyol dan dikuatkuasakan di Perancis?
7. Tuntutan oleh pewaris Kesultanan Sabah dibuat apabila Malaysia memberhenti bayaran tiap-tiap tahun kononnya kerana serangan orang Sulu ke atas Lahad Datu. Semasa bayaran diteruskan mengikut perjanjian tidak ada masalah dengan pewaris.
8. Tuntutan oleh pewaris Sultan Sulu dibuat semasa pemerintahan kerajaan BN di bawah Najib. Kerajaan BN tidak bertindak untuk menolak jurisdiction (kuasa undangan) mahkamah Sepanyol atau membayar balik bayaran yang telah dihentikan.
9. Tidak ada bukti bahawa tindakan Najib telah dipersetujui oleh A.G pada masa itu atau Kabinet. Najib bertindak tanpa mengikuti proses pentadbiran.

SOALAN KETIGAMengapa Kerajaan Malaysia telah membuat penyelesaian secara persetujuan diatas kes pemecatan yang tidak sah terhadap diri saya sebagai AG? (Ini adalah suatu pengakuan bahawa tindak-tanduk Mahathir secara arbitrari adalah salah dari segi tatacara/perundangan).
10. Pemecatan Apandi disebabkan ianya memutus bahawa Najib tidak membuat apa-apa kesalahan berkenaan pengurusan 1MDB, sedangkan seluruh dunia ketahui, dan Department of Justice Amerika Syarikat menyata secara terbuka bahawa terdapat pencurian wang 1MDB oleh “MO1”, iaitu Najib.
11. Apabila AG baru (TT) dilantik, ia mendapati ada kesalahan yang dilakukan oleh Najib. Dengan itu Najib didakwa di Mahkamah Tinggi Malaysia. Setelah perbicaraan dimana Najib diberi peluang pertahan dirinya selama lebih satu tahun, mahkamah menghukum bahawa Najib bersalah dalam 7 kes dan dikenakan denda 210 juta Ringgit dan penjara 12 tahun. Setelah rayuan dibuat dengan Mahkamah Rayuan, keputusan Mahkamah Tinggi didakwa benar dan sah
12. Semua ini menunjuk bahawa Apandi cuai atau sengaja mendakwa tidak ada apa-apa kesalahan yang dilaku oleh Najib supaya kesnya tidak dihadapkan ke mahkamah.
13. Perbuatan Apandi menunjuk bahawa ia tidak memegang kepada “Rule of Law”. Ia tidak sesuai menjadi A.G. Memangpun Kerajaan berhak untuk menamat pegawai yang membuat keputusan yang jelas salah. Ramai sudah pegawai yang membuat salah dilucutkan dari jawatannya.

SOALAN KEEMPATDalam dunia ini, mana lagi ada seorang Perdana Menteri yang mana anak-anak mereka menjadi jutawan?
14. Sila beri bukti yang anak-anak saya menjadi jutawan semasa saya menjawat jawatan Perdana Menteri.
15. Sebenarnya anak-anak saya tidak pun dibenar berniaga dengan Kerajaan atau menyertai parti Kerajaan.
16. Jika ada anak yang jadi jutawan sila beri bukti akan tarikh gelaran ini diberi kepada mereka, serta bukti kejutaan mereka.
17. Jika tidak ada bukti saya anggap kenyataan ini adalah fitnah dan saya berhak bertindak mengikut undang-undang.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blogtunm.blogspot.com/2022/08/empat-soalan-apandi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Soalan Yang Apandi Perlu Jawab

Soalan Yang Apandi Perlu Jawab

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 238 hits
blogtunm blogspot com Tun M 1 Apandi ingin tahu asas dan sebab keputusan dibuat untuk tidak teruskan cadangan menuntut semula Batu Puteh sebagai milik Malaysia 2 Saya telah jelaskan perkara ini berkali kali Yang perlu dijelas ialah bagaiman...
Koleksi Soalan Pendidikan Islam Percubaan Spm 2021 Bahagian 2

Koleksi Soalan Pendidikan Islam Percubaan Spm 2021 Bahagian 2

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 157 hits
Pendidikan Islam seringkali dikatakan subjek paling mudah untuk skor SPM namun begitu subjek ini bukan sahaja memerlukan minda yang cergas dan mantap tetapi juga memerlukan minda yang kuat untuk mengingati fakta peristiwa dan tarikh penting...
Himpunan Kertas Soalan Percubaan Spm Bahasa Melayu 2021 Bhg 2

Himpunan Kertas Soalan Percubaan Spm Bahasa Melayu 2021 Bhg 2

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 235 hits
Sebelum menjawab soalan peperiksaan kenalpasti teknik yang sesuai Pastikan juga sebelum menghantar kertas jawapan semak semula ejaan penggunaan tatabahasa dan tanda baca yang betul Kandungan jawapan perlulah menepati tema yang diminta Setia...
Guru Kejam Denda Murid Sampai Maut Hanya Gagal Jawab 2 Soalan Matematik

Guru Kejam Denda Murid Sampai Maut Hanya Gagal Jawab 2 Soalan Matematik

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 229 hits
Seorang guru bertindak kejam ke atas anak muridnya apabila mendenda dengan memukul kepala menarik telinga serta menampar tangan sehingga maut hanya kerana gagal menjawab dua soalan Matematik Kejadian tragis itu berlaku terhadap mangsa yang ...
Empat Nelayan Ntt Gunakan Bom Ikan Ditangkap Setelah Beraksi Di Pantura

Empat Nelayan Ntt Gunakan Bom Ikan Ditangkap Setelah Beraksi Di Pantura

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 150 hits
Satreskrim Polres Sumba Barat Daya Nusa Tenggara Timur mengamankan empat orang pelaku bom ikan Mereka diamankan di Jalan Pantura Desa Bilacenge Kecamatan Kodi Utara
Kertas Soalan Bahasa Melayu Percubaan Spm 2021 Skema Jawapan Edisi Mrsm

Kertas Soalan Bahasa Melayu Percubaan Spm 2021 Skema Jawapan Edisi Mrsm

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 195 hits
Subjek Bahasa Melayu merupakan salah satu subjek utama wajib lulus sekiranya anda ingin mendapatkan sijil SPM dan menyambung pelajaran ke mana mana institusi pendidikan tinggi dalam negara Subjek ini merangkumi 4 kertas soalan yag terdiri d...
Gagap Jawab Soalan Asas Politik Peserta Dewi Remaja Teruk Dihentam Netizen

Gagap Jawab Soalan Asas Politik Peserta Dewi Remaja Teruk Dihentam Netizen

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 245 hits
Umum sedia maklum sejak lima tahun kebelakangan ini sistem kerajaan di Malaysia telah mengalami pertukaran sebanyak tiga kali untuk mentadbir sesebuah negara Mungkin bagi sesiapa yang tidak peka mengikuti perkembangan semasa politik keberan...
Mohamed Apandi Begitu Tercemar Dan Hina

Mohamed Apandi Begitu Tercemar Dan Hina

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 121 hits
Jelas Dr Mahathir beliau percaya sesiapa yang membaca penghakiman tersebut pasti membuat kesimpulan bahawa Mohamed Apandi seorang penipu gagal melaksana tugas sebagai Peguam Negara serta mempunyai asas untuk disiasat kerana disyaki bersubah...
Penamatan Perkhidmatan Tan Sri Apandi Ali

Penamatan Perkhidmatan Tan Sri Apandi Ali

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 206 hits
blogtunm blogspot com Tun M 1 Tan Sri Apandi Ali telah fail tuntutan di Mahkamah terhadap saya setelah saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri Dia tuduh yang saya berniat jahat dan tidak turut undang undang dalam menamatkan perkhidmatann...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi