Empat Pegawai Kastam Terima Rasuah Dihukum Penjara Dua Tahun


Oleh MOHD. RAFIE AZIMI EMPAT pegawai kastam yang dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun setelah mereka disabitkan dengan kesalahan menerima rasuah di Mahkamah Sesyen, Alor Setar hari ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDINALOR SETAR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun terhadap empat pegawai kastam setelah mereka disabitkan dengan kesalahan menerima rasuah bernilai RM22,000, dua tahun lalu.
Hakim, Harmi Thamri Mohamad menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Kamaruzaman Hashim, 41; Mohamad Fadzil Voon Fandi Voon, 34; Saiful Azhar Ismail, 35; dan Muhamad Izrul Ismail, 30, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan.
Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka didakwa dengan niat bersama telah menerima sejumlah wang bernilai RM22,000 daripada seorang warga emas berusia 69 tahun yang menyimpan rokok serta mercun belum lulus kastam.
Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 6.30 petang, 21 Mei 2019 di Kampung Namek Tua, Sik dekat sini.
Selain disabitkan dengan kesalahan itu, tertuduh pertama, Kamaruzaman Hashim turut didapati bersalah terhadap satu lagi pertuduhan kerana didakwa menerima rasuah berjumlah RM3,000 daripada menantu warga emas tersebut.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 6.49 petang, 21 Mei 2019 di lokasi sama sebagai ganjaran kerana tidak menangkap atau mengambil tindakan terhadap warga emas berkenaan yang didapati menyimpan rokok dan mercun belum lulus kastam.
Bagi kesalahan itu, Harmi Thamri turut menjatuhkan hukuman dua tahun penjara secara serentak bersama hukuman bagi pertuduhan pertama.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Khairul Nizam Abu Bakar mengikut Seksyen 137(1)(b) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 138(1) akta sama.
Sementara itu, kesemua tertuduh pula diwakili peguam, Rosman Azwan Osman.
Harmi Thamri dalam penghakimannya pula menjelaskan, hukuman tersebut dijatuhkan setelah mengambil kira kepentingan awam yang melebihi kepentingan mana-mana individu selain diharap menjadi pengajaran kepada pegawai kastam dan penjawat awam lain.
Pada masa sama, beliau membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya hukuman tersebut ditangguhkan sementara menanti rayuan di Mahkamah Tinggi.
Selain itu, kadar jaminan terhadap setiap mereka dinaikkan kepada RM12,000 dengan seorang penjamin berbanding cuma RM2,000 yang dikenakan sewaktu perbicaraan berlangsung sebelum ini dan kesemua tertuduh juga perlu melapor diri sebulan sekali di pejabat JKDM terdekat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/empat-pegawai-kastam-terima-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penoreh Getah Dihukum Penjara 5 Tahun Tumbuk Muka Isteri Hingga Koyak Hidung

Penoreh Getah Dihukum Penjara 5 Tahun Tumbuk Muka Isteri Hingga Koyak Hidung

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 275 hits
WARTA RAKYAT SEORANG penoreh getah yang menumbuk muka isteri hingga koyak hidung wanita dihukum penjara selama lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh Fa...
Terlibat Dengan Dadah Jung Ilhoon Bekas Ahli Btob Terima 3 Tahun Mahkamah Percubaan Untuk Hukuman Penjara

Terlibat Dengan Dadah Jung Ilhoon Bekas Ahli Btob Terima 3 Tahun Mahkamah Percubaan Untuk Hukuman Penjara

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 264 hits
Pada 16 Disember Jung Il hoon menuju ke Mahkamah Tinggi Seoul untuk kes ganjanya Jung Il hoon dihadapkan ke perbicaraan kerana disyaki membeli dan menghisap 826 gram ganja menggunakan kira kira 130 juta won dalam 161 kes antara 5 Julai 2016...
Terima Dituntut 7 Bulan Penjara Yahya Waloni Minta Kominfo Hapus Video Ceramahnya

Terima Dituntut 7 Bulan Penjara Yahya Waloni Minta Kominfo Hapus Video Ceramahnya

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 276 hits
Yahya menyatakan tuntutan yang diberikan kepadanya adalah hal yang setimpal sebagai pembelajaran bagi dirinya untuk menghormati sesama termasuk menghormati hukum yang berlaku di Indonesia
Anggota Polis Didakwa Minta Terima Rasuah Rm7 000

Anggota Polis Didakwa Minta Terima Rasuah Rm7 000

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 282 hits
SEREMBAN Seorang anggota polis berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7 000 dua tahun lepas Tertuduh Mohd Zamri Ali 40 bagaimanapun mengaku tidak bers...
Rompakan Berkumpulan Dua Lagi Pegawai Sprm Ditahan

Rompakan Berkumpulan Dua Lagi Pegawai Sprm Ditahan

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 336 hits
Polis mengesahkan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ditahan bagi membantu siasatan dalam kes rompakan berkumpulan melibatkan kerugian RM700 000 pada 10 Disember lalu Tangkapan terbaru itu menjadikan keseluruhan tiga pegawai...
Curi Duit Rm25 Juta Pegawai Kanan Sprm Ditahan Di Penjara Simpang Renggam

Curi Duit Rm25 Juta Pegawai Kanan Sprm Ditahan Di Penjara Simpang Renggam

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 395 hits
Polis menahan seorang daripada tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dikaitkan dengan kehilangan barang kes iaitu wang tunai berjumlah RM25 juta yang disita badan itu Timbalan Ketua Polis Negara Razarudin Husain ber...
Pegawai Polis Ditahan Rasuah

Pegawai Polis Ditahan Rasuah

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 259 hits
Pegawai polis ditahan rasuah PEGAWAI polis berpangkat Asisten Superintendan di sebuah ibu pejabat polis daerah di Perak ditahan bagi siasatan berhubung penerimaan rasuah berjumlah RM8 000 hari ini Sumber berkata pegawai polis berusia 44 tah...
Penyerang Polantas Di Palembang Dituntut 6 Tahun Penjara

Penyerang Polantas Di Palembang Dituntut 6 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 256 hits
Tuntutan dibacakan jaksa penuntut umum dalam sidang virtual di Pengadilan Negeri Palembang Kamis JPU menggunakan Pasal 355 ayat KUHP juncto Pasal 356 ke 2 KUHP tentang penganiayaan berat dengan perencanaan
2 Tahun Anak Ketinggalan Belajar Dua Aktiviti Mudah Ni Boleh Rangsang Motor Kasar Anak

2 Tahun Anak Ketinggalan Belajar Dua Aktiviti Mudah Ni Boleh Rangsang Motor Kasar Anak

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 364 hits
Tanpa kita sedar anak anak begitu lambat perkembangannya hanya kerana kurangnya pergerakan sepanjang pandemik ini Bila terlambat perkembangannya dalam segala segi anak akan mula menunjukkan ragamnya sendiri Lambat belajar tidak fokus kuat m...
Pm Anwar Bersama Pengakap Semalaysia Di Johor

Wanita Maut Rempuh Kerbau Di Kuala Terengganu

Tak Sangka Dari Muda Sampai Ke Tua Tak Ada Idea Bijak Dan Bernas

Pretty Nina Minta Nuan Ngenang Baru Chord

Tak Ada Sarji Sarji Ya Amp Tak Akan Terjadi Berang Sering Dijodohkan Dengan Aisar Khaled Pelakon Indonesia Hilang Sabar

Dragon Char Koay Teow Sedap Boleh Tahan

Polis Minta Orang Ramai Henti Spekulasi Sebar Video Insiden Jpj Dan Warga Asing

Nadzmi Adhwa Sebak Rindu Ardell Tidur Susah Solat Susah Saya Yang Penat Tengok Dia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Teknologi Yang Digunakan Oleh Influencer Malaysia Anda Pun Boleh Guna

Peran Orang Tua Dalam Mendidik Anak Menurut Al Qur An Dan As Sunnah

Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Kini Ke Pulau Pinang Brunei Dan London

Iphone 17 Dengan Ios 26 Berbaloi Ke Untuk Orang Malaysia

Iaman Kumpulan Saputra Dan Naqiu Juara The Chosen One Xtra Bawa Pulang Rm40 000

Bersatu Ada Penyakit Kronik Dakwa Mantan Setiausaha Presiden