Empat Murid Kongsi Satu Telefon Untuk Pdpr


Oleh ROSLIZA MOHAMED
(Dari kiri) Putera Dazli Hasril, Puteri Qalaqiesya, Ummu Normalisya dan Ummu Normaizara berkongsi menggunakan sebuah telefon pintar di rumah mereka di Kampung Pulau Pisang, Kota Bharu. – FOTO/ROSLIZA MOHAMEDKOTA BHARU: Dua beradik bersama dua lagi sepupu terpaksa berkongsi telefon pintar milik ibu mereka untuk menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di Kampung Pulau Pisang sejak setahun lalu.
Dua beradik itu, Putera Dazli Hasril Mohd. Hasri 12, dan Puteri Qalaqiesya, 7, berkongsi gajet tersebut dengan sepupu iaitu Ummu Normalisya Ramli, 13, dan Ummu Normaizara, 8, yang kini dijaga nenek mereka, Engku Aziah Engku Din, 73.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nik Normawati Othman, 38, ibu kepada Putera Dazli Hasril dan Puteri Qalaqiesya berkata, dalam keluarga mereka, ha­nya dia seorang memiliki telefon pintar yang boleh digunakan untuk PdPR.
Katanya, dia yang bekerja di sebuah kedai makan tidak mampu untuk membeli sebuah lagi telefon pintar lain untuk kegunaan PdPR anak dan anak saudara yang kini menumpang kasih di rumah ibunya sejak kecil.
“Mereka tiada pilihan selain perlu berkongsi telefon saya untuk sesi PdPR. Semua kerja sekolah masing-masing akan di­maklumkan oleh guru mereka menerusi aplikasi WhatsApp. Saya akan beri mereka berempat bergilir-gilir mengikuti PdPR masing-masing.
“Bergantung kepada nasib dan masa. Sekiranya sempat, hanya salah seorang daripada mereka akan dapat masuk sesi masing-masing. Siapa yang terlepas sesi terpaksa tanya guru semula selepas itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Menurut Nik Normawati, ketika ini, dia sedang bercuti tanpa gaji kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan keadaan itu membolehkan anak dan anak saudaranya menggunakan telefon pintarnya.
Ketika ini, suaminya, Mohd.Hasri Omar, 39, tidak tinggal bersama kerana merantau ke Johor mencari rezeki sebagai buruh di sana sebelum terperangkap dan tidak dapat pulang ke kampung halaman akibat PKP.
“Saya akan kembali bekerja pada minggu depan. Jadi anak dan anak saudara hanya boleh mengikuti PdPR sekitar pukul 8 hingga 10 malam sahaja iaitu selepas saya balik dari kerja.
“Saya akui kerja sekolah mereka banyak yang tidak dapat disiapkan sejak sesi PdPR dilaksanakan. Bagaimanapun, saya akan cuba memantau semua kerja sekolah supaya dapat disiapkan sebelum sesi persekolahan bersemuka dibuka pada 13 Jun depan,” katanya. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/empat-murid-kongsi-satu-telefon-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Printer Murah Untuk Kegunaan Murid Sekolah Musim Pdpr

Printer Murah Untuk Kegunaan Murid Sekolah Musim Pdpr

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 566 hits
Sesi Persekolahan kembali ditutup seminggu sebelum hari raya Selepas cuti hari raya ia kembali kepada sesi pembelajaran di dalam talian ataupun dikenali dengan nama PDPR Bila belajar dirumah atara alat yang penting adalah Printer Saya nak k...
Murid Bergurau Godam Pdpr Guna Lambang Israel

Murid Bergurau Godam Pdpr Guna Lambang Israel

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 314 hits
Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF Tangkap layar tular berkenaan isu PdPR terpaksa ditutup kerana ancaman siber berkaitan isu Palestin PETALING JAYA Tangkap layar sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah yang berlangsung melalui aplikasi Google M...
Serangan Israel Tewaskan Satu Keluarga Pengungsi Palestina 2 Perempuan Dan 8 Anak

Serangan Israel Tewaskan Satu Keluarga Pengungsi Palestina 2 Perempuan Dan 8 Anak

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 369 hits
Pada Sabtu pagi tim penyelamat berusaha menggali reruntuhan bangunan rumah keluarga Abu Hatab tempat mereka tertimbun
Dua Anggota Satgas Nemangkawi Terluka Satu Kkb Tewas Dalam Baku Tembak

Dua Anggota Satgas Nemangkawi Terluka Satu Kkb Tewas Dalam Baku Tembak

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 292 hits
Dalam baku tembak yang terjadi Kamis pagi seorang anggota KKB tewas di sekitar Kampung Wuloni yang letaknya relatif cukup jauh dari Ilaga
Satu Kampung Kuarantin Selepas 22 Penduduk Positif Covid 19

Satu Kampung Kuarantin Selepas 22 Penduduk Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 415 hits
Oleh KOSMO Proses sanitasi dan nyah kuman dijalankan di kampung tersebut kelmarin Suara com JAKARTA Penduduk sebuah kampung di mukim Sumber di Banjarsari Kota Solo dalam wilayah Jawa Tengah terpaksa diperintahkan menjalani kuarantin selepas...
Home Tpn Satu Bebanan

Home Tpn Satu Bebanan

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 398 hits
Empat malam anak aku di ICU Hospital Putrajaya sebelum dia dipindahkan ke Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur Masa anak aku dipindahkan tu anak aku diletakkan di PHDW kerana PICU sedang renovation Kali pertama anak aku di IPHKL 6 bulan...
12 Photoshoot Animeyed Sebelah Mata Haiwan Sebelah Manusia Menjadi Satu Potret

12 Photoshoot Animeyed Sebelah Mata Haiwan Sebelah Manusia Menjadi Satu Potret

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 350 hits
Dalam siri Animeyed artis yang berpusat di Budapest Flora Borsi telah menggabungkan seni potret diri dengan keunikan yang menyeronokkan yang mengubah setiap gambar menjadi karya surealisme Idea untuk menghasilkan Animeyed muncul ketika Bors...
Palestine Satu Pembohongan Media Massa Atau Permainan Sahaja

Palestine Satu Pembohongan Media Massa Atau Permainan Sahaja

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 527 hits
PALESTINE SATU PEMBOHONGAN MEDIA MASSA ATAU PERMAINAN SAHAJA Pada tahun 2015 saya pernah ada follower seorang yang buat lagu dan beliau dari pihak tentera Zionis Followers saya ini orang berbangsa Yahudi Fahamannya Zionis Dia itu berfahaman...
Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Hiburan Kami Berbincang Antara Keluarga Respon Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mengenai Hari Bahagia Jadi Tumpuan

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah

Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Won Korea Melonjak Semula Susulan Campur Tangan Pihak Berkuasa

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025

Vijay Disambut Meriah Di Kuala Lumpur Menjelang Pelancaran Audio Filem Jana Nayagan