Empat Menu Sayur Ekspres Ni Sajian Sedap Memancing Selera
Empat menu sayur ini memang memancing selera, wajib buat di rumah sebab ia senang amat sangat. Sesuai untuk anda yang sentiasa dikejar masa tapi nak masak sendiri, inilah idea terbaik. Lagi pun sayur kaya dengan serat, jadi kena cuba dan masukkan dalam list menu diet keluarga. Cuba jangan tak cuba ye..
1. PAK CHOY BERSAMA FISH CAKE TUMIS SOS TIRAM
.
BAHAN-BAHAN:
2 pokok sawi Pak Choy | potong dua2 batang fish cake | potong dua hiris memanjang2 sudu makan sos tiram1 biji cii merah | hiris memanjang halus2 ulas bawang merah | hiris2 ulas bawang putih | titikGaram dan gula secukup rasa2 sudu makan minyakCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.Masukkan hirisan fish cake, kacau seketika, masukkan Pak Choy, kacau rata tambahkan hirisan cili dan sos tiram.Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Tutup api, sayur sedia dihidangkan.2. TERUNG GORENG SAMBAL DAGING KISAR
.
BAHAN-BAHAN:
3 biji terung panjang250 gm daging kisar3 sudu makan pes cili kering1 sudu makan sos tiram1 sudu makan sos tomato1/2 biji bawang besar | potong dadu2 ulas bawang putih | cincang halusGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumisCARA MEMASAK:
Terung dipotong dua kemudian belah empat.Panaskan minyak, goreng terung dan ketepikan.Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.Masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.Tambahkan sos tomato dan daging kisar.Setelah tumisan kering perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Akhir sekali masukkan terung, kacau rata agar terung sebati dengan tumisan daging kisar.Tutup api dan sedia dihidangkan.3. TUMIS KACANG PANJANG BERSAMA DAGING KISAR
.
BAHAN-BAHAN:
10 batang kacang panjang | potong 4cm150gm daging kisar1/2 biji bawang besar | hiris2 ulas bawang putih | cincang halus1 sudu makan sos tiram3 biji cili padi | hirisSedikit hirisan cili benggala merahSedikit minyak masak untuk menumisCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi.Masukkan daging kisar, kacau rata hingga bertukar warna.Seterusnya masukkan kacang panjang dan cili benggala, kacau hingga kacang layu.Perasakan dengan sos tiram.Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.4. TUMIS KACANG BOTOL BERSAMA DAGING
.
BAHAN-BAHAN:
6 batang kacang botol | hiris serong150gm hirisan daging rebusSedikit hirisan cili Benggala Merah1/2 biji bawang besar | hiris2 ulas bawang putih | cincang halus1 sudu makan sos tiramMinyak masak untuk menumisCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.Masukkan daging, kacau rata diikuti dengan kacang botol dan hirisan cili Benggala.Apabila sayur layu, perasakan dengan sos tiram.Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.ANDA MENCARI AIR FRYER UNTUK MENGGORENG, JOM LAYARI DI SINI UNTUK PELBAGAI PILIHAN DAN TAWARAN MENARIK.
JOM LAYARI VIDEO MASAKAN MENARIK INI :
[embedded content]
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
Koleksi Resipi Set Nasi Tumis Bersama Aneka Lauk Pauk
Koleksi Resipi Lauk Pauk Boleh Masak Guna Telur Rebus
10 Resipi Lauk Pauk Bajet Sedap & Jimat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/08/empat-menu-sayur-ekspres-ni-sajian.html