Empangan Papar Perlu Dibina Untuk Selamatkan Industri Air Kata Pengarah Jans


 
Pembangunan demi pembangunan yang berlaku di kawasan berkenaan telah menyebabkan Sungai Papar menjadi keruh, menurut Edward Lingkapo.KOTA KINABALU: Projek Empangan Papar tetap perlu diteruskan walaupun ditentang oleh pencinta alam, kata Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Edward Lingkapo.
Katanya, projek pembinaan empangan sememangnya sangat sensitif serta tidak disukai oleh pencinta alam namun projek itu dapat menyelamatkan industri air di Sabah.
“Saya faham bagi pencinta alam, ia (projek empangan) sangat-sangat sensitif, tetapi itulah sahaja yang dapat menyelamatkan kita, menyelamatkan industri air di Sabah,” katanya dalam satu temu bual di saluran radio dalam talian tempatan semalam.
“Pembangunan semakin pesat dan permintaan bekalan air juga meningkat mendadak.
“Satu dua tahun selepas siap (loji rawatan air) Telibong 2 (di Tuaran), kita akan mula alami masalah tekanan air lagi. Sebab itu, kita perlu merancang lebih awal (dan bina Empangan Papar).
“Kita perlu bekalkan air supaya industri (baharu) dapat masuk dan ada peluang pekerjaan bagi rakyat Sabah.”
Katanya, pembangunan demi pembangunan yang berlaku di kawasan berkenaan telah menyebabkan Sungai Papar menjadi keruh.
“Pembangunan berterusan tidak dapat dikawal, air di sungai Papar menjadi keruh. Masa kemarau, sungai tiada air sebab sudah tiada pokok, alam semula jadi sana (Ulu Papar) pun sudah musnah.
“Kami terpaksa tutup (loji air) di Limbahau, biasanya kalau musim kemarau, ia ditutup setiap hari, mengakibatkan bekalan air terjejas,” katanya.
Empangan Papar, sebelum ini dikenali sebagai Empangan Kaiduan, pada mulanya dicadang dibina di hulu Sungai Papar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog, Penampang bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air di pantai barat Sabah menjelang 2024.
Projek itu kemudian dibatalkan pada 2018, tetapi kerajaan negeri yang ketika itu diterajui Warisan mengumumkan pembinaan empangan berkenaan akan diteruskan.
Lokasinya juga ditukar ke Kampung Mondorongin di Papar, dan pembinaannya sebelum ini dijadualkan bermula tahun lalu dengan kos lebih RM3 bilion.
Pengumuman bahawa projek itu akan diteruskan mendapat tentangan hebat daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO), selain parti politik.
Ia juga turut dijadikan bahan kempen pada pilihan raya negeri (PRN) lepas, terutamanya oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Menurut Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), rakyat amat marah dengan kerajaan Warisan Plus sebelum ini kerana meneruskan projek itu.
Mereka mendakwa, projek berkenaan bakal menjejaskan alam sekitar serta kehidupan penduduk setempat.
Bagaimanapun, pada sidang DUN Disember lepas, kerajaan GRS mengumumkan projek Empangan Kaiduan di Papar akan diteruskan.
Pembantu Menteri Kerja Raya Limus Jury berkata, keputusan itu dibuat selepas kajian oleh kementeriannya mendapati empangan itu harus dibina bagi menyelesaikan masalah bekalan air di sekitar Papar dan Kota Kinabalu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/10/empangan-papar-perlu-dibina-untuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+K

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nik Amar Janji Masalah Air Selesai Dengan Buat Empangan Hospital Patuh

Nik Amar Janji Masalah Air Selesai Dengan Buat Empangan Hospital Patuh

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 251 hits
Nik Amar janji masalah air selesai dengan buat empangan Hospital patuh syariah dah siap ke belum KONONNYA NAK BUAT DAN NAK SELESAIKAN MASAALAH AIR DINEGERI KELANTAN HAI PERCAYA KAH ADA KATA AIR SINGAI KELANTAN KERUH KEH KEH KEH
Ikuti Indi 4 0 Bukti Kesiapan Bri Dalam Transformasi Digital Industri Tanah Air

Ikuti Indi 4 0 Bukti Kesiapan Bri Dalam Transformasi Digital Industri Tanah Air

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 214 hits
PT Bank Rakyat Indonesia Tbk menjadi salah satu BUMN jasa keuangan yang berpartisipasi lewat ajang penilaian tersebut
Jambatan Sungai Air Tawar Hutan Melintang Dibina Mula Tahun Depan

Jambatan Sungai Air Tawar Hutan Melintang Dibina Mula Tahun Depan

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 509 hits
Zareef Muzammil Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim menunjukkan pelan perancangan semasa sidang media ketika melawat tapak cadangan pembinaan jambatan kedua Sungai Air Tawar di bawah Rancangan Malaysia ke 12 pada 18 Oktobe...
Jangan Sekali Kali Kita Kata Dr Mahathir Dah Nyanyuk Tok Mat

Jangan Sekali Kali Kita Kata Dr Mahathir Dah Nyanyuk Tok Mat

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 251 hits
MALAYSIA POST TIMBALAN Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin selama ini berperanan menjatuhkan Pakatan Harapan dan Muafakat Nasional Menur...
Guan Eng Bukan Anwar Ibrahim Norhizam Kata

Guan Eng Bukan Anwar Ibrahim Norhizam Kata

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 239 hits
Datuk Norhizam Hassan Baktee membidas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang cuba menghalang Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menerimanya masuk parti tersebut Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu itu berkata Guan En...
Kami Tak Mahu 4 Adun Melaka Sertai Parti Kata Pemuda Pkr Kedah

Kami Tak Mahu 4 Adun Melaka Sertai Parti Kata Pemuda Pkr Kedah

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 301 hits
October 20 2021 Ketua Pemuda PKR Kedah Mohammed Firdaus Johari berkata tidak kira apa jua alasannya tindakan membenarkan empat ADUN Melaka itu menyertai PKR perlu ditentang habis habisan PETALING JAYA Pemuda PKR Kedah membantah empat Ahli D...
Ph Melaka Oportunis Tak Bertanggungjawab Cetus Krisis Kata Ahli Parlimen Pkr

Ph Melaka Oportunis Tak Bertanggungjawab Cetus Krisis Kata Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 400 hits
Seorang Ahli Parlimen PKR menyalahkan kepimpinan Pakatan Harapan Melaka yang disifatkan sebagai oportunis dan tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan krisis di negeri itu ketika ini Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata ...
Kaedah Dam Suku Kata Cara Paling Pantas Bagi Anak Cepat Kenal Huruf Membaca

Kaedah Dam Suku Kata Cara Paling Pantas Bagi Anak Cepat Kenal Huruf Membaca

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 313 hits
Kaedah belajar sambil bermain adalah salah satu cara paling mudah untuk menarik minat anak anak Lagi lagi dalam usia anak tengah aktif bermain Biasanya usia anak 5 hingga 6 tahun pendedahan awal membaca penting sebagai persediaan untuk masu...
The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Apa Chatgpt Kata Tentang Blog Ruggedmom Com

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Malaysia Airlines A330neo Pesawat Baharu Lebih Canggih Selesa Jimat Bahan Api

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Topstar359 8 Topstar359 Top 86 By Leia

Fullslotpg 15 May Fullslotpg Top 38 By Kayla

Nakoya1688 27 Nakoya1688 Top 10 By German

Makan Salmon Grill Kat Der Cabin Seri Alam

Chelsea Idam Final Kedua Dalam Tiga Bulan Fluminense Intai Kejutan

Sokupi Port Mengopi Santai Dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah