Embun Pagi Dan Selepas Hujan
Sekarang ni masuk je waktu petang je hujan. Asal hujan je petang. Asal petang je hujan. Begitulah cuaca sejak seminggu dua bermusim tengkujuh ni. Elakkan lah pergi bercuti di tempat-tempat yang berisiko tanah runtuh, banjir, kepala air dan macam-macam lagi bencana.
Dalam keadaan cuaca yang kurang baik kita duduk dirumah je lah. Bawa bawa bertenang dan santai santai je dirumah. Hujan bawa rahmat kan. Bersyukur dan berdoalah kita. Itulah sebaiknya.
Semasa berkampung di kampung beberapa hari lepas. Pagi pagi saya perhatikan embun pagi di pokok pokok. Mana yang menarik saya akan potretkan dia. Mata tertancap pada embun pagi di daun bunga mawar merah jambu. Kagum dengan kejadian embun pagi di daun ni
Ehh cantiknya embun pagi di daun bunga mawar ni. Berbeza dengan embun pagi di ujung daun Semua sepesen gitu embunnya. Betul betul cantik terletak disekelilingi daun.
baca juga : bagaimana proses terjadinya embun
Setelah embun pagi lenyap. Petang pula dibasahi air hujan yang turun mencurah curah. Ada satu hari tu lebat betul disusuli dengan kilat dan petir. Kalau hujan je takpe lagi. Bila ada kilat dan petir tu yang buat takut.
Masa tu baru pukul 5 petang tapi dah macam nak maghrib dah suasana gelapnya. Tertangkap pulak gambar penyepit baju di ampaian bersama titisan air selepas hujan. Eh, nampak semut seekor kat situ.
Nampak pulak daun giant golden pothos baru nak berkembang. Nampak segar selepas disirami air hujan. Ada juga beberapa titisan air. Tiada pelangi selepas hujan, sebaliknya ada titisan air yang cantik terbentuk
Doa Ketika HujanDaripada 'Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW tatkala melihat hujan, Baginda akan berdoa:
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
(Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat)
(Hadith riwayat al-Bukhari, no. 1032, an-Nasaie, no. 1532, Ibn Majah, no. 3890, Ahmad, no.23448)
sumber : http://myhadith.islam.gov.my/index.php/bm/semua-mutiara-hadith/1023-doa-ketika-hujan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/11/embun-pagi-dan-selepas-hujan.html