Elok Sangat Kalau Jawatan Tpm Diberikan Kepada Mukriz




Berikutan jawatan TPM dikosongkan oleh Muhyiddin Yassin dalam susunan kabinet yang dibentuknya dan sebelum itu beliau telah mengutus surat untuk cuba berjumpa dengan Tun Mahathir Mohamad, berlegar khabar bahawa kekosongan itu adalah disengajakan untuk akhirnya nanti diisi oleh Mukhriz Mahathir.
Dikatakan bahawa kebimbangan utama Muhyiddin ketika ini adalah kedudukan Bersatu yang berpecah dan hubungannya yang retak dengan Tun Mahathir.
Apatah lagi April nanti Bersatu akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan dan sekiranya parti itu masih dalam keadaan sekarang, Muhyiddin merasakan ia adalah keadaan yang tidak baik bagi imejnya sebagai Presiden Bersatu yang memegang jawatan Perdana Menteri.
Untuk itu, Muhyiddin dilaporkan sedaya upaya mahu memulihkan kembali hubungannya dengan Tun Mahathir.
Bagi tujuan itu, menawarkan jawatan TPM kepada Mukhriz, anak manja Tun Mahathir dirasakan pilihan terbaik untuk melembutkan hati Pengerusi Bersatu yang menjangkau usia 95 tahun itu.
Dengan itu, Muhyiddin dikatakan ada alasan untuk terus berusaha lagi bagi berjumpa dengan Tun Mahathir, walaupun hasratnya sebelum ini telah ditolak mentah-mentah oleh bekas Perdana Menteri itu.
Tun Mahathir sebelum ini menolak untuk bertemu dengan Muhyiddin, bahkan memberi syarat agar mengenepikan UMNO dalam kerajaannya terlebih dahulu jika ingin berjumpa dengannya.
Meskipun Bersatu ketika ini berpecah dua – satu kumpulan bersama Tun Mahathir dan satu lagi berpihak kepada Muhyiddin – jika tawaran jawatan TPM kepada Mukhriz itu diterima, Bersatu pasti akan kembali berpadu dan akan sepenuhnya menyokong Perikatan Nasional (PN).
Atas alasan untuk mengukuhkan kerajaannya, Muhyiddin dilaporkan tidak bimbang jika menawarkan jawatan TPM kepada Mukhriz akan menimbulkan rasa tidak senang rakan-rakan lain dalam PN.
Ini berikutan Zahid Hamidi yang paling sesuai menjadi TPM sudah terhalang daripada segi moral untuk memegang jawatan itu berikutan kes mahkamahnya masih lagi berjalan.
Pas dan geng Azmin dikatakan pasti tiada halangan dengan perkara itu kerana mereka selama ini pun memang merupakan penyokong dan pengampu kepada Tun Mahathir.
Maka, jika Tun Mahathir sedia bersama dengan PN, walaupun dengan menawarkan jawatan TPM kepada Mukhriz, kegembiraan mereka pasti sama saja.
Lagi pun, bagi Pas dan geng Azmin, apa saja pendekatan yang boleh menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri, sudah tentu mereka tidak ada masalah untuk menyokongnya.
Dengan menjadikan Mukhriz sebagai TPM, ia bukan saja akan menjadikan Bersatu benar-benar bersatu bersama Muhyiddin dan seterusnya meletakkan PN dalam keadaan yang lebih kukuh, bahkan dengan sendirinya menjadikan usul undi tidak percaya yang mahu dibawa oleh PH pada sidang Parlimen 18 Mei depan akan menemui kegagalan sebelum tiba waktunya lagi.
Malah, disebabkan Muhyiddin adalah Presiden Bersatu dan anaknya pula menjadi TPM, duka, kecewa dan marah Tun Mahathir kepada Perdana Menteri pun tentu akan terubat dengan segera. (ShahbudinHusin 10/03/2020


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/elok-sangat-kalau-jawatan-tpm-diberikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Tpm Diganti Dengan 4 Menteri Kanan

Jawatan Tpm Diganti Dengan 4 Menteri Kanan

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 470 hits
TIADA Ahli Parlimen yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebaliknya Kabinet kerajaan di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai empat menteri kanan Empat menteri kanan ini bertanggungjawab membantu Perdana Menteri...
Jawatan Tpm Bersatu Bertelagah Antara Ahmad Zahid Atau Abdul Hadi

Jawatan Tpm Bersatu Bertelagah Antara Ahmad Zahid Atau Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 397 hits
Suara tidak puashati dikalangan pimpinan negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia mula jelas kedengaran dalam memastikan jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak diserahkan kepada kumpulan perasuah dan kleptokrat kerajaan Umno BN Bahkan ada dika...
Elok Elok Jadi Pm Letak Jawatan Kemudian Beli Mp Sana Sini Nak Dapatkan 114 Bodoh Namanya

Elok Elok Jadi Pm Letak Jawatan Kemudian Beli Mp Sana Sini Nak Dapatkan 114 Bodoh Namanya

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 402 hits
Dia jadi PM kerana tak berikan kepada Anwar di letak Jwatan Bila bermasalah di cadang Muhyiddin Jadi PM 8Tiba tiba dia lawan Muhyiddin cari sokongan Ini kira bodoh Yang lagi Bodoh Geng PH Tahu dah Mahathir tu penipu dan berbelit belitYang k...
Tiada Jawatan Tpm Pentadbiran Kerajaan Jadi Tempang

Tiada Jawatan Tpm Pentadbiran Kerajaan Jadi Tempang

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 293 hits
Walaupun jawatan TPM tidak termaktub dalam perlembagaan dan hanya semata mata lantikan berasaskan konvensyen atau amalan kebiasaan tetapi keputusan Muhyiddin Yassin tidak mewujudkan jawatan tersebut tentu saja agak mengejutkan Ia bukan saja...
Umno Tak Lobi Jawatan Tpm Zahid Hamidi

Umno Tak Lobi Jawatan Tpm Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 339 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan UMNO melobi untuk jawatan nombor dua di dalam kerajaan Sebaliknya beliau memberitahu UMNO telah mengemukakan beberapa nama Ahli Parlimen Barisan Nasional kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyid...
Lepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Tun Dr Mahathir Dedah Sendiri Punca Letak Jawatan

Lepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Tun Dr Mahathir Dedah Sendiri Punca Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 278 hits
Selepas berjam wartawan tunggu akhirnya Tun Mahathir muncul mendedahkan sendiri punca utama beliau meletak jawatan isnin lepas Tak sangka baca selanjutnya Lepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Tun Dr Mahathir Dedah Sendiri Punca Letak Jawatan
Sebenarnya Tun Mahathir Dengki Dengan Jawatan Datuk Seri Ismail Sabri

Sebenarnya Tun Mahathir Dengki Dengan Jawatan Datuk Seri Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 370 hits
Tun Mahathir Mohamad seorang Insan yang jarang mengalah dan dia akan cuba yang terbaik Sejarahnya dia pegang banyak jawatan sebelum dia menjadi PM Malah dia cuba mengalahkan sesiapa sahaja yang nampak hebat Bila dia menjadi PM yang ke 7 men...
Sudahlah Tun Mahathir Hentikan Porak Peranda Atau Letak Jawatan Mp Langkawi

Sudahlah Tun Mahathir Hentikan Porak Peranda Atau Letak Jawatan Mp Langkawi

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 357 hits
Paling mudah tun letak jela jawatan sebagai MP langkawi Tun boleh berehat dan rakyay boleh memilih MP baru di langkawi Kami faham tun penat terpaksa melayan kerenah anak anak kecil yang baru belajar menjadi menteri yang akhirnya semua kecun...
Video Istiadat Kurnia Suratcara Pelantikan Dan Angkat Sumpah Jawatan Pm Baharu Tan Sri Muhyiddin Perdana Menteri Ke 8

Video Istiadat Kurnia Suratcara Pelantikan Dan Angkat Sumpah Jawatan Pm Baharu Tan Sri Muhyiddin Perdana Menteri Ke 8

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 881 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatud...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah