Tiada Jawatan Tpm Pentadbiran Kerajaan Jadi Tempang




Walaupun jawatan TPM tidak termaktub dalam perlembagaan dan hanya semata-mata lantikan berasaskan konvensyen atau amalan kebiasaan, tetapi keputusan Muhyiddin Yassin tidak mewujudkan jawatan tersebut tentu saja agak mengejutkan.

Ia bukan saja memperlihatkan Muhyiddin seolah-olah ingin kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak diancam atau diganggu gugat, bahkan juga memperlihatkan ketidakpercayaannya kepada pemimpin-lain dalam Perikatan Nasional (PN) untuk memegang jawatan nombor dua dalam kerajaan itu.

Sebelum ini, hangat diperkatakan bahawa UMNO kuat menuntut jawatan tersebut memandangkan jumlah Ahli Parlimennya dalam PN adalah terbesar iaitu seramai 39 orang.

Meskipun Muhyiddin dilaporkan agak keberatan untuk memberikan jawatan TPM itu kepada Presiden UMNO, Zahid Hamidi berikutan perbicaraan kes mahkamahnya sedang berjalan, terdapat juga kecenderungan yang mahu Mohamad Hassan, Timbalan Presiden UMNO diberikan jawatan tersebut.

Selain itu, beberapa nama lain seperti Presiden Pas, Hadi Awang, Azmin Ali, Hishammuddin Hussein dan wakil GPS turut dirasakan sesuai dijadikan TPM untuk membantu Muhyiddin mengurus kerajaan.

Apakah tidak ada salah seorang daripada mereka itu yang layak untuk dijadikan TPM?

Tetapi, dengan Muhyiddin akhirnya tidak melantik sesiapa sebagai TPM, ia dengan sendirinya menjadikan kerajaan PN ini tempang dan tidak sempurna.

Peranan dan tugas TPM bukan saja untuk membantu Perdana Menteri, tetapi juga menjalankan tugas mengurus negara apabila Perdana Menteri melawat ke luar negara atau bercuti dalam tempoh yang agak lama.

Biasanya ketika itulah TPM akan mengambil alih tugas mempengerusikan mesyuarat kabinet atau membuat keputusan-keputusan penting yang perlu disegerakan.

Ini bermakna, sekiranya Muhyiddin bercuti atau melawat ke luar negara dalam tempoh yang agak lama, dua atau tiga minggu misalnya, bererti tidak akan ada mesyuarat kabinet dapat dijalankan.

Apakah ini baik untuk negara?

Sebab itulah sejak merdeka lagi jawatan TPM itu diwujudkan dan tidak pernah ditiadakan kerana ia adalah perlu untuk memastikan kerajaan terus berfungsi dan keputusan-keputusan penting tidak dilengah-lengahkan.

Walaupun Muhyiddin menggantikan ketiadaan jawatan TPM itu dengan melantik empat menteri kanan, namun ia tentu saja tidak sama dari segi fungsi dan kedudukannya.

Empat menteri kanan yang dilantik Muhyiddin ialah Azmin Ali (Bersatu), Ismail Sabri Yaakob (UMNO), Fadzilah Yusof (GPS) dan Radzi Jidin (Bersatu).

Ada yang bertanya, mengapa wakil Pas yang menyumbang 18 kerusi Parlimen dalam PN tidak diberikan jawatan menteri kanan?

Kalau Hadi Awang dirasakan tidak layak dijadikan TPM, apakah tidak boleh melantiknya sebagai menteri kanan?

Begitu pun, empat menteri kanan yang diwujudkan itu mungkin dapat berfungsi dengan baik dalam membantu Perdana Menteri, tetapi ia tidak sama dengan kedudukan seorang TPM yang lebih mudah untuk berperanan mempengeruskan mesyuarat kabinet apabila Perdana Menteri tiada dalam negara.

Dalam pada itu, ketiadaan jawatan TPM juga menjadikan kedudukan penggganti Perdana Menteri tidak jelas dalam kerajaan PN ini.

Mungkin Muhyiddin selesa dengan keadaan itu kerana beliau tidak berasa terancam kedudukannya atau terlepas daripada diganggu dengan desakan melakukan peralihan kuasa, namun harus disedari Perdana Menteri ke-8 ini bukanlah benar-benar sihat orangnya.

Beliau baru lepas menjalani pembedahan kanser dan disusuli menerima rawatan kimoterapi serta sebelum ini dilaporkan kerap tidak hadir mesyuarat kabinet atau hanya mengadakan mesyuarat pasca kabinet di rumahnya saja.

Soalnya, jika berlaku sesuatu yang tidak diiingini terhadap Muhyiddin, dengan tiada TPM yang dilantik, siapa akan jadi Perdana Menteri selepasnya? (ShahbudinHusin 09/03/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/tiada-jawatan-tpm-pentadbiran-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Tpm Diganti Dengan 4 Menteri Kanan

Jawatan Tpm Diganti Dengan 4 Menteri Kanan

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 523 hits
TIADA Ahli Parlimen yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebaliknya Kabinet kerajaan di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai empat menteri kanan Empat menteri kanan ini bertanggungjawab membantu Perdana Menteri...
Peletakan Jawatan Tun M Punca Kerajaan Ph Jatuh

Peletakan Jawatan Tun M Punca Kerajaan Ph Jatuh

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 288 hits
Nuridah Mohd SallehKUALA LUMPUR Kemelut politik negara bermula dengan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh pada Isnin lalu kata Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia Senator Nuridah Mohd Salleh Kemudian kata...
Menteri Besar Perak Letak Jawatan Kerajaan Bubar

Menteri Besar Perak Letak Jawatan Kerajaan Bubar

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 362 hits
Menteri Besar Perak Letak Jawatan Kerajaan Bubar Kemelut politik di negeri Perak akhirnya sampai ke garisan penamat apabila Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar kepada Sultan Perak Sultan N...
Cuepacs Gesa Kerajaan Lantik Penjawat Awam Isi Jawatan Utama Bukannya Lantik Orang Politik

Cuepacs Gesa Kerajaan Lantik Penjawat Awam Isi Jawatan Utama Bukannya Lantik Orang Politik

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 365 hits
Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam hari ini mencadangkan agar anggota perkhidmatan awam dilantik mengisi jawatan ketua ketua perkhidmatan utama seperti Peguam Negara Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata sebagai anggot...
Apa Kaitan Jawatan Di Parti Memerlukan Pengalaman Dalam Kerajaan

Apa Kaitan Jawatan Di Parti Memerlukan Pengalaman Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 309 hits
Dan kenapa sekarang Najib baru buka mulut Apakah untuk simpati dibebaskan Kita JUGA boleh faham najib perlu perhatian kerana populariti bossku sudah menurun tidak dipedulikan sejak Muhyiddin dilantik PM Najib JUGA tetkilan umno tidak calonk...
Umno Tak Lobi Jawatan Tpm Zahid Hamidi

Umno Tak Lobi Jawatan Tpm Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 382 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan UMNO melobi untuk jawatan nombor dua di dalam kerajaan Sebaliknya beliau memberitahu UMNO telah mengemukakan beberapa nama Ahli Parlimen Barisan Nasional kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyid...
Jawatan Tpm Bersatu Bertelagah Antara Ahmad Zahid Atau Abdul Hadi

Jawatan Tpm Bersatu Bertelagah Antara Ahmad Zahid Atau Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 432 hits
Suara tidak puashati dikalangan pimpinan negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia mula jelas kedengaran dalam memastikan jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak diserahkan kepada kumpulan perasuah dan kleptokrat kerajaan Umno BN Bahkan ada dika...
Elok Sangat Kalau Jawatan Tpm Diberikan Kepada Mukriz

Elok Sangat Kalau Jawatan Tpm Diberikan Kepada Mukriz

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 283 hits
Berikutan jawatan TPM dikosongkan oleh Muhyiddin Yassin dalam susunan kabinet yang dibentuknya dan sebelum itu beliau telah mengutus surat untuk cuba berjumpa dengan Tun Mahathir Mohamad berlegar khabar bahawa kekosongan itu adalah disengaj...
Agihan Jawatan Kerajaan Baru Mengikut Ahli Parlimen Setiap Negeri

Agihan Jawatan Kerajaan Baru Mengikut Ahli Parlimen Setiap Negeri

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 764 hits
AGIHAN JAWATAN KERAJAAN BARU MENGIKUT AHLI PARLIMEN SETIAP NEGERISARAWAK 20 AHLI PARLIMEN11 DILANTIK1 DILANTIK SEBAGAI MENTERI KANAN P 194 Petra Jaya Fadillah Bin Yusof Menteri Kanan Menteri Kerja Raya3 DILANTIK SEBAGAI MENTERI P 193 Santub...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Mcmc Perjelas Isu Pengumpulan Data Telefon Bimbit Tegaskan Privasi Dilindungi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain

Kadang Kita Salah Berdoa Dan Selalu Minta Yang Terbaik Kadang Allah Bagi Bukan Yang Kita Nak Tapi Yang Kita Perlu

Not By Accident

Agen Mesin Laundry Pontianak Berikan Layanan Pendampingan Dan Purna Jual Ke Para Pelanggan

Prinsip 90 10 Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Tenang

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal