Elok La Dua Dua Bukan Boleh Pakai Pun Buat Melayu Mampoih Laagi Ada Nak Urus Ayam Pun Tak Boleh Nak Harap Apa La






Panas! Pemimpin Umno tempelak Hadi sibuk nak jaga tepi kain parti lain
January 2, 2022 Umno meminta PAS agar untuk tidak sewenang-wenangnya memberikan komen yang menyentuh isu dalaman parti lain seperti yang dilakukan Abdul Hadi Awang pagi tadi.
Ketua Penerangan Umno Malaysia Shahril Hamdan berkata sepertimana dia tidak wajar untuk mengajar PAS mengenai cara mengurus hal dalaman parti mereka, perkara yang sama diharapkan daripada Abdul Hadi.
Katanya rakan sekutu Umno wajar menghormati “decorum” dalam hubungan antara parti dan mengelak daripada membuat komen bagi pihak Umno.
“Tanpa mengurangkan hormat kepada Presiden PAS, saya menganggap kenyataan (Abdul Hadi) mengenai pendirian majoriti ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebagai kenyataan yang kurang wajar dikeluarkan oleh pimpinan parti lain.
“Sama ada majoriti ahli MKT menyokong atau tidak menyokong sesuatu perkara, ia menjadi rahsia dalaman mesyuarat yang tidak wajar diiklankan atau disahkan di luar.
“Yang penting ialah pendirian dan keputusan parti kelak,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook petang ini.
Terdahulu semasa ditemui media di Rusila pagi tadi Abdul Hadi mendakwa sebahagian besar anggota MKT Umno cenderung untuk terus bekerjasama dengan PAS.
Sudah diulas berkali-kali
Malah ahli parlimen Marang itu menambah Umno wajar mengikut ketetapan yang dibuat kepimpinan MKT dan bukannya suara di peringkat bahagian.
Duta khas perdana menteri ke Timur Tengah itu juga berpendapat penetapan pendirian itu sepatutnya tidak mengikut acuan “de timokrasi Barat”.
Shahril berkata seperti organisasi lain yang punyai struktur sendiri, sesuatu keputusan dibuat hanya selepas ia dimurnikan dan selepas itu barulah pendirian rasmi dikeluarkan.
“Soal pandangan mana-mana individu yang dibincang atau dibahas dalam mesyuarat, itu soal dalaman organisasi yang tak perlu dispekulasi oleh pihak lain.
“Apatah lagi semua ahli MKT telah bersumpah (menyimpan) rahsia sejak awal penggal lagi,” tegasnya.
Pada masa sama, Shahril berkata, dalam isu Muafakat Nasional (MN) Umno tidak pernah sesekali menolaknya seperti yang ditegaskan secara rasmi oleh Perhimpunan Agung Umno 2020.
Pun begitu katanya tindakan politik PAS meletakkan Umno dalam keadaan sukar.
Menurut Shahril lagi keputusan Umno mahu mempertahankan MN perlu diselaraskan dengan satu lagi ketetapan iaitu menolak kerjasama dengan Bersatu semasa PRU ke-15.
“Maka, apabila PAS bertegas mahu meneruskan jalinan kerjasama pilihan raya bersama Perikatan Nasional, maka ia meletakkan Umno dalam keadaan sukar untuk merancakkan MN seperti mana – sehingga terpaksa ada pertembungan pelbagai penjuru – apatah lagi jika PAS bertanding atas lambang PN seperti di PRN Melaka,” tambahnya.
Jelas Shahril, semua perkara ini telah diulas berkali-kali dan umum mengetahui dilema yang wujud adalah disebabkan pendirian PAS.
Meskipun begitu, kata Shahril, yang paling penting ialah Umno menghormati pendirian PAS dan tidak memaksa PAS melakukan apa-apa yang mereka tidak rela.
“Sebagai tanda keikhlasan persahabatan, harapnya PAS juga menghormati pendirian Umno dan tidak memaksa kami atau menghebahkan spekulasi dengan harapan kami melakukan sesuatu yang sememangnya sukar – khususnya berkenaan hubungan bersama pihak ketiga.
“Mungkin dengan penghormatan dua hala itu, barulah ada sinar untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya sebahagian daripada kerjasama yang pernah mewarnai pentas politik penggal ini,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/elok-la-dua-dua-bukan-boleh-pakai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gagalis Ayam Pun Tak Boleh Nak Selesaikan Kah Kah Kah Memang Cap Ayam Cap Ayam

Gagalis Ayam Pun Tak Boleh Nak Selesaikan Kah Kah Kah Memang Cap Ayam Cap Ayam

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 216 hits
Kerajaan gagal import ayam beku kerana kosnya lebih tinggi kata pengeluar ayamOleh MALAYSIA DATELINE December 31 2021Kerajaan telah gagal untuk menurunkan harga ayam di pasaran dengan cara mengimport ayam sejuk beku apabila harga ayam di lu...
Hiburan Luah Hasrat Untuk Berjalan Semula Bad Indigo Harap Dapat Pakai Jari Kaki Palsu

Hiburan Luah Hasrat Untuk Berjalan Semula Bad Indigo Harap Dapat Pakai Jari Kaki Palsu

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 248 hits
Semua sedia maklum mengenai keadaan penyanyi kumpulan terkenal Indigo yang kini bergelar orang kelainan upaya berikutan telah kehilangan lima jari kaki akibat penyakit kencing manis yang dihadapinya sejak sekian lama Ujar Bad atau nama sebe...
Bercakap La Soal Rakyat Ni Dok Kira Nak Main Dua Kolam Bagi Jadi Duta Bukan Suruh Makan Gaji Buta

Bercakap La Soal Rakyat Ni Dok Kira Nak Main Dua Kolam Bagi Jadi Duta Bukan Suruh Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 359 hits
Naikkan bantuan banjir jika tak benarkan pengeluaran KWSP kata AnwarAnwar Ibrahim meminta kerajaan tidak membebankan rakyat dengan kerenah birokrasi melampau yang hanya melambatkan proses penyaluran bantuan January 3 2022PETALING JAYA Ketua...
Hah Nak Juga Main Dua Kolam Takut Tumbang Ke Di Terengganu Dan Kedah Silap Silap Kelantan Pun Quyub

Hah Nak Juga Main Dua Kolam Takut Tumbang Ke Di Terengganu Dan Kedah Silap Silap Kelantan Pun Quyub

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 232 hits
Walaupun didesak Umno Pas tetap akan pertahan main dua kolam January 3 2022 Pas berpegang dengan keputusan untuk melebarkan Muafakat Nasional dan meneruskan kerjasama yang terjalin dalam masyarakat majmuk sejak merdeka dengan pembaharuan me...
Hiburan Tak Ada Benda Lagi Bagus Ke Kamu Boleh Buat Syed Saddiq Dikecam Pakai Kemeja Pergi Suntik Booster

Hiburan Tak Ada Benda Lagi Bagus Ke Kamu Boleh Buat Syed Saddiq Dikecam Pakai Kemeja Pergi Suntik Booster

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 485 hits
Ahli Parlimen Muar YB sering mendapat perhatian dan seolah olah tak boleh nak lari daripada menjadi sasaran netizen untuk dikritik Terbaru pemakaian Syed Saddiq yang mesra dipanggil Bro Saddiq itu telah menjadi isu diperkatakan oleh segelin...
Buat Kerja Rumah Ajak Anak Sekali Bukan Nak Sempurna Tapi Boleh Berdikari

Buat Kerja Rumah Ajak Anak Sekali Bukan Nak Sempurna Tapi Boleh Berdikari

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 332 hits
Penting untuk anak tahu berdikari urus diri Supaya tidaklah anak kita ni panggil ibu dan ayahnya sahaja bila nak buat sesuatu Sedangkan kalau diajar mereka boleh buat Dan sebenarnya kanak kanak ni suka sangat buat sendiri tau Seperti yang d...
Sara System Breakdown A Simple Apology Cannot Restore Public Trust

Design Ideas Nobody In Nyc Tells You About

Klia Klia 2 Vehicle Access Management System

Proton Saga Kereta Pertama Selepas Kahwin

Minum Air Jampi Penerang Hati Semburan Chad Gila Hingga Dapat Pergi Ke Luar Negara

Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin Dirujuk Ke Hospital Bahagia

Jenis Jenis Afidavit Di Mahkamah Syariah Dan Mahkamah Sivil Di Malaysia

Racist Post Hasty Apology Same Old Story


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Majlis Pelancaran Platform Orphan Society Ensany Global Berhad Ppim 04 09 2025

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447h 2025m

Cara Simpan Cili Padi Supaya Tahan Lama Bertahun Tahun Pun Elok Segar Lagi

Gerhana Bulan Penuh 7 8 September 2025 Lokasi Tarikh Masa

25 Kata Kata Menolak Cinta Secara Halus Dari Tegas Sampai Islami

Kek Lapis By Cousin