Elok Beri Elaun Bulanan M40 B40 Daripada Keluar Kwsp



Elaun bulanan selama setahun lebih wajar untuk membantu golongan berpendapatan rendah B40 dan kelas menengah M40 berbanding pengeluaran simpanan hari tua dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata pakar ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid.
“Tanggungjawab kerajaan membantu rakyat ketika susah. Bantuan bulanan harus diberikan kepada B40, M40.
“Ini bukan benda baru. Jepun buat, Singapura pun buat. Malah di Jepun beri pinjaman mikro untuk isi rumah. Bantuan bulanan dalam 6 bulan.” kata pengarah urusan DM Analytics.
Beliau yang menjadi penasihat ekonomi kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad diwawancara oleh The Malaysian Insight dalam program bual bicara Insight Talk. Wawancara bertajuk “Ada Apa Dengan KWSP?”.
Menurut Muhammed, skim pengeluaran dana KWSP bagi mereka yang terjejas pendapat akibat penularan Covid-19 tidak difikirkan dengan mendalam oleh kerajaan.
Skim itu “terlepas pandang” mereka yang memerlukan bantuan, ketika kebanyakan rakyat yang menghadapi masalah kewangan kesan pandemik ialah mereka yang berada dalam sektor tidak formal, yang mencarum secara sukarela dengan KWSP.
“KWSP tidak ada gunanya untuk mereka walaupun mereka ini yang sangat tertekan,” katanya.
“Jadi siapa yang kita cuba hendak bantu? Kalau kita hendak bantu mereka yang hilang pekerjaan atau yang kena potong gaji, mereka sepatutnya diberikan bantuan tunai.”
Semasa membentangkan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 khusus bagi mereka yang kehilangan kerja, sebanyak RM500 sebulan bagi tempoh 12 bulan.
Pengeluaran RM6,000 itu adalah tambahan kepada RM6,000 yang dibenarkan pada hujung Mac di bawah skim i-Lestari.
Pelbagai pihak termasuk parti politik terutamanya Umno dan Barisan Nasional bagaimanapun kemudian mendesak had dan skop pengeluaran diperluaskan.
Skim i-Sinar kemudian diperluaskan kepada 2 juta ahli KWSP yang hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan untuk mengeluarkan caruman dari Akaun 1, antara RM9,000 hingga RM60,000 tertakluk kepada baki simpanan.
Skim itu sekali lagi dipinda dan diumumkan pindaannya semasa Zafrul menggulung perbahasan Belanjawan 2021 peringkat dasar pada Khamis lepas.
Mereka yang sebelum ini dibenar mengeluarkan 10% daripada simpanan atau minimum RM9,000 kini diberi kelonggaran membuat pengeluaran sehingga RM10,000 dan memberi manfaat kepada 8 juta pencarum.
Kelonggaran yang kerajaan beri untuk mengeluarkan simpanan hari tua rakyat bagaimanapun dikritik oleh banyak pihak yang melihatnya sebagai petunjuk keadaan suram ekonomi dan dasar kerajaan yang gagal menangani isu kos sara hidup.
Belanjawan 2021 juga mencadangkan pengurangan caruman pekerja daripada 11% kepada 9% bagi menambah aliran tunai mereka.
Menurut Muhammed, kerajaan “tersalah keutamaan” dalam Belanjawan 2021 apabila menyediakan dana yang besar untuk menubuhkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), yang dijenamakan semula sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), serta memperuntukkan bonus kepada kakitangan awam.
“Apa sebab beri bonus kepada kakitangan awam, mereka bukan hilang pekerjaan dan tak kena potong gaji.
“Lebih baik kalau (peruntukan) itu diberi kepada mereka yang hilang pekerjaan atau yang bekerja di sektor tidak rasmi.
“Soalnya bukan kurang dana tetapi pengagihannya tidak betul,” tambahnya.
Secara keseluruhannya, beliau berkata Belanjawan 2021 dengan cadangan perbelanjaan RM322.5 bilion dan RM305 bilion pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan pada awal tahun ini bagi menampan kesan pandemik ke atas ekonomi, tidak memuaskan dari segi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Tiada bantuan baharu, katanya, ketika bantuan tunai sudah sedia wujud sejak ia diperkenalkan oleh pentadbiran Najib Razak, yang ketika itu dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Bantuan ini disalurkan dari 2012 hingga 2019 dan ketika itu tiada krisis.
“Apabila ada krisis, bantuan tambahan dan bantuan bentuk baharu perlu diberi. Tetapi tiada bantuan baharu untuk tahun depan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30818

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Tempelak Cadangan Bekas Pembantu Ekonomi Mahathir Mengenai Elaun Bulanan Gantikan Kwsp

Najib Tempelak Cadangan Bekas Pembantu Ekonomi Mahathir Mengenai Elaun Bulanan Gantikan Kwsp

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 242 hits
Khazanah Research Institute Economist Dr Muhammed Abdul KhalidCADANGAN memberikan elaun kepada rakyat golongan seperti B40 dan M40 didakwa tidak akan membantu negara menghadapi pandemik Kerajaan didakwa tidak akan mampu berbuat demikian eko...
Fasa Satu Pembayaran Bpn 2 0 Disalurkan Kepada 9 86 Juta Penerima B40 M40

Fasa Satu Pembayaran Bpn 2 0 Disalurkan Kepada 9 86 Juta Penerima B40 M40

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 314 hits
Pembayaran Fasa Pertama Bantuan Prihatin Nasional 2 0 sejumlah RM4 5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9 86 juta penerima merangkumi 7 juta penerima daripada kategori B40 dan 2 86 juta penerima daripada kategori M40 setakat ini M...
Lanjutan Moratorium B40 M40 Peniaga Kecil Cara Mohon Semakan Status

Lanjutan Moratorium B40 M40 Peniaga Kecil Cara Mohon Semakan Status

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 683 hits
LANJUTAN MORATORIUM B40 M40 PENIAGA KECIL CARA MOHON SEMAKAN STATUS Melalui Belanjawan 2021 berikut adalah status LANJUTAN MORATORIUM B40 M40 PERUSAHAAN MIKRO Golongan B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup atau Bantuan Prihatin Rakyat d...
Cara Mohon Lanjutan Moratorium Peminjam B40 M40 T20 Dan Iks

Cara Mohon Lanjutan Moratorium Peminjam B40 M40 T20 Dan Iks

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 894 hits
Moratorium Covid 19 iaitu penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda adalah untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia Kerajaan dan Bank Negara telah memperkenal...
Jurutera Layak Keluar Kwsp Makcik Kiah Tidak

Jurutera Layak Keluar Kwsp Makcik Kiah Tidak

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 190 hits
Makcik Kiah bekerja sebagai Cleaner yang bergaji RM1 000 00 ketika pandemik syarikat telah kurangkan gaji Makcik Kiah sebanyak 20 tinggal lah gaji makcik kiah RM800 00 Maka Makcik Kiah pun pergi ke KWSP untuk memohon i sinar Tetapi tidak la...
Bagi Pencarum Keluar Rm10 000 Tanpa Syarat Kata Presiden Umno Kepada Kwsp

Bagi Pencarum Keluar Rm10 000 Tanpa Syarat Kata Presiden Umno Kepada Kwsp

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 262 hits
December 4 2020 Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata Ahli Parlimen Barisan Nasional sejak awal berpendirian tegas memperjuangankan isu tuntutan pengeluaran wang Akaun 1 KWSP yang dibangkitkan rakyat KUALA LUMPUR Presiden Umno Ahmad Zahi...
Moratorium Keluar Wang Kwsp Bukan Sebahagian Bajet 2021

Moratorium Keluar Wang Kwsp Bukan Sebahagian Bajet 2021

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 289 hits
Ipohmali Antara sebab PH terperangkap semalam Ia berkaitan isu KWSP dan Moratorium yang dimainkan sentimennya oleh Najib Kesilapan terbesar PH Tidak tawarkan Pilihan kepada Rakyat Benar Kata Nurul Izzah Sebaiknya kerajaan dahulukan dana sel...
Tekanan Jiwa Melanda Hatiku Susah Nak Keluar Kwsp Ku Lagu Coverosak Azman Kini Trending Di Media Sosial

Tekanan Jiwa Melanda Hatiku Susah Nak Keluar Kwsp Ku Lagu Coverosak Azman Kini Trending Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 414 hits
Tidak dinafikan sejak pandemik Covid 19 ramai yang terkesan terutamanya golongan B40 M40 dan T40 Ada yang hilang pekerjaan terpaksa direhatkan sementara dan sekali gus hilang punca pendapatan menyebabkan mereka terpaksa mencari jalan lain u...
Apa Ke Hal Keluar Duit Kwsp 6 Bulan Rakyat Mahu Sekali Gus

Apa Ke Hal Keluar Duit Kwsp 6 Bulan Rakyat Mahu Sekali Gus

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 184 hits
Apa ke hal keluar duit KWSP 6 bulan rakyat mahu sekali gusOleh December 05 2020Via WhatsAppSekarang telah jelas hanya sebahagian pencarum yang layak untuk memohon pengeluaran caruman mereka dalam akaun 1 dan pengeluaran tersebut bukan lagi ...
5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

Lelaki Didakwa Cederakan Teman Wanita Dengan Menyimbah Minyak Panas


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Butterworth Folk Push For Cross Channel Lrt Link To Start First

Things To Ponder Self Reflection 7

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Sufian Suhaimi Sarah Suhairi Dengan Lafaznya Chord

Pulanglah Wahai Sahabat