Elaun Kenangan Pjm Rm500 Dibayar Mulai Esok


Oleh Fahmy A Rosli  Menteri Kanan yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan mengumumkan pembayaran Elaun Kenangan Pingat Jasa Malaysia (PJM) fasa tiga dan empat sebanyak RM500 secara sekali bayar, bermula esok, kepada 51,816 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menteri Kanan yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya telah memohon peruntukan tambahan bagi veteran baru berdaftar dan layak.
Beliau berkata, pembayaran itu membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM25.908 juta.
"Sebagai rekod, pembayaran Elaun Kenangan bagi fasa satu dan dua selesai dilaksanakan pada Februari dan Mac lalu membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM35 juta.
"Selain pemberian elaun ini, Kementerian Pertahanan juga berjaya merealisasikan beberapa insentif kepada veteran.
"Antaranya, memberi agihan semula dana Kutipan Jalanan dan Matching Grant (geran padanan) serta insentif sempena Kempen Tabung Pahlawan 2019 berjumlah RM5,320,486.46, dan melaksanakan pembayaran awal Bantuan Sara Hidup kepada 4,800 veteran ATM berjumlah RM1,440,000.
"Terdahulu, kementerian juga melaksanakan pengagihan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Aidilfitri kepada 126,505 veteran ATM berpencen sebanyak RM250 seorang dengan jumlah RM31,626,250," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Selain itu, Ismail Sabri berkata, seramai 128,194 veteran ATM berpencen menerima bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) Prihatin Nasional 2020 sebanyak RM500 seorang dengan implikasi kewangan RM64,097,000.
Atas keprihatinan pihak kementerian, katanya, bantuan khas itu turut dipanjangkan kepada veteran tidak berpencen.
Beliau berkata, seramai 72,739 orang menerima BKK yang sama dengan implikasi keseluruhan kewangan berjumlah RM100,466,500.
"Dari aspek bantuan kebajikan pula, Kementerian Pertahanan turut berjaya meningkatkan jumlah bantuan skim Bantuan Bencana Alam daripada RM5,000 kepada RM10,000.
"Selain itu, memperluaskan bantuan kemasukan ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terpilih berjumlah RM1,000 untuk pengajian peringkat diploma dan RM1,500 bagi ijazah pertama, serta bantuan khas kepada penjaga veteran ATM yang sakit terlantar berjumlah RM350 seorang sedang diusahakan," katanya.
Beliau sekali gus menyeru syarikat korporat dan orang ramai untuk terus menyumbang kepada Kempen Tabung Pahlawan yang masih berlangsung hingga 31 Disember depan.
"Sumbangan boleh dihulurkan melalui pautan https://tabungpahlawan.jhev.gov.my atau terus menyumbang ke akaun yang telah didaftarkan.
"Untuk maklumat lanjut, boleh layari portal JHEV ATM atau hubungi JHEV ATM melalui talian 03-2697 6600," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/elaun-kenangan-pjm-rm500-dibayar-mulai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
177 Sekolah Di Seremban Ditutup 2 Minggu Mulai Esok

177 Sekolah Di Seremban Ditutup 2 Minggu Mulai Esok

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 401 hits
Kementerian Pendidikan mengumumkan 177 sekolah dan institusi pendidikan di Seremban ditutup mulai esok sehingga 9 Nov ini selepas daerah itu diisytiharkan zon merah Covid 19 Sebuah daerah akan dikategorikan zon merah apabila mencatatkan leb...
Peraturan Pkpb Mungkin Diperketat Mulai Esok

Peraturan Pkpb Mungkin Diperketat Mulai Esok

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 322 hits
Prosedur operasi standard bagi perintah kawalan pergerakan bersyarat dijangka akan mula diperketatkan Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata ia mungkin diputuskan begitu semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Negara esok MKN akan bentang ap...
Pkpd 88 Salak Tinggi Sepang Dilaksana Mulai Esok

Pkpd 88 Salak Tinggi Sepang Dilaksana Mulai Esok

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 235 hits
SIDANG khas Majlis Keselamatan Negara hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD di Medan 88 salak Tinggi Sepang Selangor berkuatkuasa esok sehingga 25 November 2020 Menteri Kanan Keselama
51 Sekatan Jalan Raya Bermula Esok Sehingga 6 Disember

51 Sekatan Jalan Raya Bermula Esok Sehingga 6 Disember

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 281 hits
Oleh Seramai 1 800 anggota polis Perak akan memantau pematuhan SOP PKPB FOTO NSTP IPOH Polis Perak akan membuat 51 sekatan jalan raya di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula esok sehingga 6 Disember Pemangku Ketua ...
Esok Dah Boleh Beli Playstation 5

Esok Dah Boleh Beli Playstation 5

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 250 hits
nbsp Sony mengumumkan Sony Playstation 5 akan dilancarkan pada 11 Disember 2020 dan dijual pada harga runcit RM1 869 bagi edisi digital dan RM2 299 bagi edisi cakera Pesanan awal bagi PS5 boleh dibuat mulai esok namun waktu pembukaan bagi p
Nasruddin Mohon Acara Abpbh Esok Dibatalkan

Nasruddin Mohon Acara Abpbh Esok Dibatalkan

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 286 hits
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Nasruddin Hassan memberitahu pihaknya sedang mengusahakan agar Anugerah Bintang Paling Popular BH Ke 33 esok dibatalkan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu berkata program hiburan itu s
Nahas Helikopter Mangsa Terselamat Dipanggil Esok

Nahas Helikopter Mangsa Terselamat Dipanggil Esok

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 493 hits
Kedua dua helikopter jenis pesawat ringan tiada kotak hitam KUALA LUMPUR Biro Siasatan Kemalangan Udara akan memanggil dua mangsa yang terselamat dalam nahas helikopter terhempas esok bagi membantu siasatan kata Ketua Inspektor Kemalangan U...
Bedah Siasat Mangsa Nahas Helikopter Esok

Bedah Siasat Mangsa Nahas Helikopter Esok

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 299 hits
Oleh Bangkai helikopter yang terhempas di Taman Melawati dibawa keluar dari lokasi kejadian dan akan dihantar ke Lapangan Terbang Subang untuk siasatan lanjut yang akan dikendalikan oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara Kementerian Pe...
Nahas Helikopter Biro Siasatan Kemalangan Udara Soal Siasat Mangsa Selamat Esok

Nahas Helikopter Biro Siasatan Kemalangan Udara Soal Siasat Mangsa Selamat Esok

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 584 hits
Biro Siasatan Kemalangan Udara akan memanggil 2 mangsa terselamat dalam nahas helikopter di Taman Melawati esok untuk membantu siasatan kata Ketua Inspektor Kemalangan Udara BSKU Izani Ismail Pada hari ini kedua dua mangsa dibawa untuk mene...
Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Nahas Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Lembu Korban Lari Sembunyi Dalam Balai Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sifat Perangai Mengikut Bulan Kelahiran Tepat Ke Tak

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup

Hari Lautan Sedunia Ekspedisi Ahli Biologi Marin Umt Ke Hujung Dunia

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Buah Yang Bagus Diambil Di Waktu Pagi

Kisah Raya Aidiladha 2025