Elakkan Pembaziran Makanan Di Applikasi Oh Free Food
Oh Free Food | Korang pernah tak alami situasi dimana korang terlebih membeli atau pun terlebih memasak.Dan akhirnya masakan tersebut terpaksa di buang begitu sahaja.Hemm,, rugi betul.Penat penat memasak dan akhirnya ke dalam tong sampah juga,tong juga lah yang kenyang.
Oh Free Food
Oh Free Food
Satu-satunya platform untuk berkongsi rezeki dengan memberi dan menerima makanan yang terlebih masak mahupun korang terlebih beli.Jadi,kat sini lah tempatnya korang boleh sumbangkan lebihan makanan tadi tu.
Di platform ini juga, selain boleh memberi makanan yang sudah siap di masak.Korang boleh memberi barangan keperluan seperti barangan dapur lain Contohnya seperti beras,milo,nescafe,kicap,sos cili,gula,susu dan tepung gandum.Selagi ia didalam kategori makanan,korang boleh beri.Roti yang berharga RM 1 satu pun boleh,janji korang ikhlas memberi.
Download apps OH FREE FOOD di appstore
Langkah demi langkah Install Oh Free Food
1. Sebelum korang nak guna apps ini.Korang kena download/ install terlebih dahulu apps ini di appstore.Apps ini tak banyak guna memory phone korang.Hihih..
2. Nah Link : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ohfreefood.app&hl=en_US
3. Setelah selesai download apps tersebut,korang register melalui facebook atau email.Pilih lah mana satu.Bagi Ina,paling mudah adalah facebook.Hihihihi..
4. Dah selesai,korang boleh terus masukkan gambar makanan yang korang nak berikan itu.
5. Samada nak self pickup atau berjumpa di mana-mana lokasi korang.
Makanan
Tadaaa!.. dah siap iklan kat apps Oh Free Food tu.Hanya masukkan keterangan barangan yang ingin diberikan.Pastu korang tunggu je orang request makanan tu.
Dalam beberapa minit,ramai pula yang request nak makanan yang Ina iklankan itu.
Ina hanya boleh pilih salah seorang sahaja penerima makanan tersebut.Sebab makanan ni Ina buka hanya untuk seorang penerima sahaja.Makanya,yang terawal request makanan kat atas tu,Ina accept.Dan yang lain,terpaksa reject.Maaf yea kepada yang lain.
Bila korang dah accept penerima,korang boleh chat kat inbox sebelah kanan atas yea.Boleh lah korang nak share lokasi kat mana nak berjumpa.Macam Ina,set bagi dorang meet up je kat rumah.Mudah,lagipun sibuk dengan anak-anak ni.
Iya, Sesiapa yang menerima makanan secara FREE ini,memang tak perlu bayar apa-apa.Ianya FREE sahaja.Platform ini bertujuan berkongsi rezeki sahaja.
Penerima free Food melalui Apps Oh Free Food
Penerima free Food melalui Apps Oh Free Food
Penerima free Food melalui Apps Oh Free Food
Alhamdulillah,seronok sangat dengan menggunakan applikasi Oh Free Food.Dapat juga mendekatkan diri kepada mereka yang betul-betul memerlukan makanan tersebut.
Paling terkesan dihati apabila ada antara mereka yang bila berjumpa semasa memberikan makanan tersebut,ada yang bergenang airmata sambil mendoakan Ina.Allahu! Sebak betul.. ada yang terpaksa di blurkan wajah (permintaan) mereka bagi menjaga airmuka.
Untuk keterangan lanjut lawati social media mereka dibawah :
Website : www.ohfreefood.com
Facebook : https://www.facebook.com/ohfreefoodofficial/
Instagram : https://www.instagram.com/ohfreefoodofficial/
Download applikasi Oh Free Food : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ohfreefood.app&hl=en_US
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ehbelogaku.com/2019/03/elakkan-pembaziran-makanan-di-applikasi.html