Elakkan Ikat Orang Dengan Budi


ELAKKAN IKAT ORANG DENGAN BUDI. بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Balas budi tak boleh. Tapi kalau kenang budi itu harus.. inilah kata-kata ustaz yang masih lagi PC ingat sewaktu kuliah ringkas sebelum mulakan solat sunat tarawih di bulan Ramadan beberapa tahun lepas. Kalau kita nak balas budi mesti sama, tapi agak mustahil untuk kita buat perkara yang sama kerana hal yang terjadi pada kita dan terjadi pada orang lain tentunya tidak serupa. Justeru harus mengenang budi, bila kita ingat setiap budi orang pada kita, kita akan usahakan untuk cuba memberi apa sewajarnya. Boleh jadi bantuan, atau apa sahaja yang dikira dan dirasakan patut mengikut kesesuaian. Bila difikirkan, budi tidak mampu dinilai dengan kebendaan.
Aku dah banyak tolong kau. Sekarang giliran kau tolong aku.
Dulu aku dah bersusah payah buat untuk kau, takkanlah sekarang kau tak boleh tolong aku pulak.
Jangan jadi kacang lupakan kulit.
Habis madu, sepah kau buang.
Elakkan ikat orang dengan budi. Kesian sangat-sangat bila orang diikat dengan budi. Boleh jadi tertekan, tersepit, terjerat dan menyakitkan juga. Buat orang rasa tidak tenang dan mungkin juga menjadi terpaksa. Ini daripada sudut pandang dan pendapat PC ya. Keadaan akan selalu berubah. Kan sentiasa ada yang tidak sama dan situasi diri kita sendiri pun boleh jadi bertambah baik atau sebaliknya. Seiringnya waktu segalanya mungkin. Seiringnya waktu sekarang tidak boleh disamakan dengan yang dahulu. Dulu aku macam ni. Dulu aku macam tu. Dulu kau begini. Dulu kau begitu. 
Jujurnya sangat mudah cakap buat kerana Allah SWT, tetapi nak lakukan itu susah. Lebih-lebih lagi bila kita perlukan bantuan daripada orang yang pernah kita bantu, bila mana dia menolak walaupun dengan sebab yang bukan dibuat-buat, dalam hati timbul rasa yang lain. Sudah tidak jenih lagi hati kita jadinya. Ini yang PC sampaikan elakkan ikan orang dengan budi. Sebanyak mana pun kita telah berbudi dengan orang, bila tiba masa kita perlukan bantuan orang itu, jika dia berhalangan jangan bersangka tidak baik.
Bila berbudi dengan A jangan harap balasan daripada A. Boleh jadi nanti D atau G yang kembali berbudi kepada kita. Yang pasti balasan kebaikkan daripada Allah SWT itu selalu ada. Cukup kerana Allah. Hati dan fikiran lapang serta tenang. Urusan mudah dan lancar. Hati jernih. Fikiran tak serabut. Andai hati tidak kuat untuk ikhlas pilihlah jalan untuk tidak menabur budi atau cukup sekadar mendoakan daripada ianya menjadi masalah pada diri sendiri dan membebani orang lain juga.
Sekian.Tinta Perdu Cinta ❤Elakkan Ikat  Orang Dengan BUDI 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.perducinta.com/2021/11/elakkan-ikat-orang-dengan-budi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Pantun Budi Pantun Tradisional

Koleksi Pantun Budi Pantun Tradisional

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 163 hits
KOLEKSI PANTUN BUDI PANTUN TRADISIONAL Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua kerana sudi datang ke blog saya di sini saya ingin kongsikan satu informasi yang sangat menarik untuk dikongsikan dengan anda semua informasi tersebu...
Antara Rupa Paras Dan Hati Budi

Antara Rupa Paras Dan Hati Budi

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 161 hits
Assalamualaikum Apa khabar sahabat2 pembaca Aku nak mintak maaf la ek kalo tiap2 kali korang masuk blog aku ni entri yang sama je korang duk tenung Biasa la aku tak sempat nak update blog Broadband pun mengalahkan siput Lembap He2 Ok2 kali ...
Jelang Akhir Tahun Menhub Budi Bantu Percepat Vaksinasi Di Yogyakarta

Jelang Akhir Tahun Menhub Budi Bantu Percepat Vaksinasi Di Yogyakarta

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 258 hits
Menhub Budi Karya Sumadi memprediksi Yogyakarta akan menjadi salah satu tempat favorit wisatawan di Libur Natal dan Tahun Baru Sebagai langkah antisipasi lonjakan wisatawan dan penularan Covid 19 ini Kemenhub membantu menggenjot vaksinasi d...
Hiburan Bukan Bercinta Saya Terhutang Budi Sharifah Rose Nafi Jalin Hubungan Dengan Redza Rosli

Hiburan Bukan Bercinta Saya Terhutang Budi Sharifah Rose Nafi Jalin Hubungan Dengan Redza Rosli

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 690 hits
Pelakon baharu dan selebriti media sosial Sharifah Rose menafikan wujud cinta lokasi di lokasi penggambaran drama bersiri popular Kekasih Hati Mr Bodyguard membabitkan dia dengan Redza Rosli ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementRose atau nama len...
Usah Sesekali Termakan Budi Jika Umno Tak Mahu Tergadai Body

Usah Sesekali Termakan Budi Jika Umno Tak Mahu Tergadai Body

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 270 hits
Kata bidalan moden selalu mengingatkan jangan termakan budi nanti tergadai body Walaupun kata bidalan di atas lebih dimaksudkan kepada anak anak gadis agar berhati hati selalu dalam menempuhi pergaulan kehidupan mereka tetapi adalah suatu h...
Menhub Budi Sebut Pelabuhan Dermaga Sanur Selesai Mei 2022

Menhub Budi Sebut Pelabuhan Dermaga Sanur Selesai Mei 2022

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 240 hits
Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi juga meninjau pembangunan dermaga atau Pelabuhan Sanur di Denpasar Bali atau dikenal dengan sebutan Segitiga Emas Segitiga Emas yaitu Sanur Nusa Penida dan Nusa Lembongan
Kerap Sangat Bermain Tiktok Suami Nekad Ikat Kaki Isteri Dengan Rantai Panjang

Kerap Sangat Bermain Tiktok Suami Nekad Ikat Kaki Isteri Dengan Rantai Panjang

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 296 hits
JAKARTA Gara gara sering bermain TikTok seorang wanita di Jakarta dirantai oleh suaminya bagi mengelakkannya daripada terus menggunakan aplikasi tersebut lapor laman berita Suara com Video yang tular itu dikongsikan seorang pengguna dengan ...
Leher Anak Di Ikat Kerana Ponteng Sekolah

Leher Anak Di Ikat Kerana Ponteng Sekolah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 162 hits
Seorang kanak kanak berusia 10 tahun yang didakwa ponteng sekolah telah ditemui dirantai pada tong gas di sebuah rumah di Indera Mahkota di sini semalam
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Ford S Suv Recall A Commitment To Driver Safety

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Merpati Band Kamu Tak Sendiri Chord

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Berbuka Puasa 2025 Dengan Bufet Syoknya Ramadan Di New York Hotel Jb

Dapur Sambal Jb Kini Dibuka Kerjasama Istimewa Dengan Cerebral Palsy Johor Untuk Menyokong Komuniti

Your Tanks Neil Woodman Practical Fishkeeping

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

7 Lelaki Didakwa Bunuh Tanam Rakan Dalam Kolah

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis