Elakkan Bagi Bayi Ubat Gigi Berflourida Ini Kesanya Kalau Bayi Tertelan Ubat Gigi


Penjagaan oral kanak-kanak perlu bermula sejak mereka masih bayi lagi. Sungguhpun bayi masih belum tumbuh gigi pertama, namun ibu bapa perlu mula menjaga kebersihan mulut dan gusi bayi. Penjagaan oral kanak-kanak sinonim dengan penggunaan berus gigi bayi, kain lembut dan juga ubat gigi. Walau bagaimanapun, seawal usia berapakah bayi boleh diberikan ubat gigi dan bagaimana anda ingin membersihkan gusi dan gigi bayi yang kecil?

Bagaimana menjaga gigi dan gusi bayi?

Ibu bapa tidak perlu menunggu sehingga anak tumbuh gigi untuk memulakan penjagaan oral mereka. Anda sudah boleh mula menjaga gusi bayi sebelum gigi pertamanya tumbuh lagi. Caranya adalah dengan:
Sebelum gigi bayi tumbuh, anda boleh mula bersihkan gusi dan mulutnya menggunakan kain basah lembut dan gosokkan pada sekitar mulut serta gusi bayi.
Jika bayi sudah tumbuh gigi, anda boleh mula perkenalkan berus gigi yang direka khas untuk bayi dengan berus lembut. Anda hanya perlu basahkan berus gigi dan kemudian gosokkan perlahan gigi bayi.
Bila perlu mula perkenalkan bayi dengan ubat gigi?
Bayi hanya boleh menggunakan ubat gigi jika sudah berusia 18 bulan dan ke atas. Sebelum mencapai usia yang dinyatakan, anda hanya boleh memperkenalkannya dengan ubat gigi jika disarankan oleh doktor gigi.
Jika bayi anda sudah berusia 18 bulan, anda boleh letakkan ubat gigi rendah atau bebas fluorida sebesar saiz kacang pis pada berus giginya.
Selamatkah ubat gigi fluorida untuk bayi?
Fluorida biasanya diletakkan dalam ubat gigi bagi mencegah kaviti, menguatkan enamel gigi yang lemah, menterbalikkan kerosakan gigi awal, mengehadkan pertumbuhan bakteria oral, dan melambatkan kehilangan mineral daripada enamel gigi. Bagaimanapun, terdapat perdebatan mengenai keselamatan fluorida, termasuklah ubat gigi berfluorida kepada manusia.
Namun, American Dental Association masih menyarankan penggunaan ubat gigi ini kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Cuma, ia perlu digunakan dengan betul.
Bayi hanya memerlukan sedikit sahaja ubat gigi untuk diletakkan pada berus gigi, setiap kali sesi. Mengikut saranan American Academy of Pediatrics, bayi perlu diberikan ubat gigi bebas-fluorida sehingga usianya mencecah 2 tahun.
Anda boleh menambah jumlah ubat gigi berfluorida jika usia kanak-kanak sekitar 3 tahun, kerana ketika ini mereka sudah pandai meludah semasa menggosok gigi.
Bagaimana jika bayi saya tertelan ubat gigi?
Sekiranya ibu bapa mematuhi jumlah pemberian ubat gigi yang disarankan, adalah tidak mengapa jika bayi tertelan sedikit daripada saiz kecil ubat gigi yang ada pada berus gigi. Bagaimanapun, jika anda meletakkan jumlah ubat gigi yang lebih banyak, dan anak anda tertelan sedikit daripadanya, terdapat kemungkinan bayi mengalami sakit perut. Ini tidak semestinya berbahaya, tetapi anda boleh membawa bayi berjumpa doktor jika bimbang dengan keadaan kesihatan si manja anda.
Ubat gigi berfluorida adalah selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Jika anda bimbang anak anda akan tertelan ubat gigi, sentiasa pantau anak kecil anda semasa memberus gigi, sehinggalah dia sudah boleh memberus giginya sendiri dan pandai meludah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Elakkan Bagi Bayi Ubat Gigi Berflourida, Ini Kesanya Kalau Bayi Tertelan Ubat Gigi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/elakkan-bagi-bayi-ubat-gigi-berflourida-ini-kesanya-kalau-bayi-tertelan-ubat-gigi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berat Hanya 338gm Lahir 4 Bulan Awal Bayi Paling Pramatang Di Dunia Sambut Hari Lahir Pertama

Berat Hanya 338gm Lahir 4 Bulan Awal Bayi Paling Pramatang Di Dunia Sambut Hari Lahir Pertama

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 299 hits
Kelahiran bayi pramatang sememangnya banyak ujiannya Bermacam rawatan terpaksa dilalui demi memastikan bayi stabil dan dalam keadaan yang baik Pun begitu bayi paling pramatang di dunia mampu berjuang untuk dirinya sendiri selepas menyambut ...
Gempar Video Bayi Usia Sebulan Hasilkan Susu Badan

Gempar Video Bayi Usia Sebulan Hasilkan Susu Badan

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 300 hits
SATU rakaman video menunjukkan seorang bayi berusia sebulan mengeluarkan air susu badan apabila menjadi tular di media sosial sejak semalam Video tersebut dimuat naik di akaun TikTok Nurulfauziah yang memaparkan seorang individu beberapa ka...
Keputusan Kajian Ubat Ivermectin September Ini Berita Harian

Keputusan Kajian Ubat Ivermectin September Ini Berita Harian

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR Keputusan kajian ubat Ivermectin untuk digunakan bagi merawat pesakit COVID 19 akan diketahui pada September ini
Ubat Covid 19 Paling Berkesan

Ubat Covid 19 Paling Berkesan

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 215 hits
UBAT COVID 19 DIJUMPAIsemua kita ketahui tentang musnahnya kaum terdahulu kerana ingkari Allah RasulSetiap Rasul di utus hanya untuk menyampaikan TAUHIDDiriwayatkan oleh Abdul Rahman ibn Abd al Rabb bahawa Baginda SAW bersabda Maksudnya Tia...
Jenazah Bayi 38 Minggu Positif Covid 19 Selamat Dikebumikan

Jenazah Bayi 38 Minggu Positif Covid 19 Selamat Dikebumikan

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan berkongsi kisah tentang pengebumian jenazah COVID 19 termuda Menurut ciapan Twitter agensi agama itu jenazah tersebut merupakan bayi lelaki berusia 38 minggu yang telah selamat dikebumi
Potret Honey Moon Cut Tari Dan Suami Pakai Baju Handuk Teman Bilang Pulang Bawa Bayi

Potret Honey Moon Cut Tari Dan Suami Pakai Baju Handuk Teman Bilang Pulang Bawa Bayi

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 258 hits
Cut Tari sedang menikmati kehidupan rumah tangganya bersama Richard Kevin Cut Tari sedang menghabiskan liburan bersama sang suami Cut Tari dan Richard Kevin memilih untuk liburan di Bali Ada yang menyebut jika liburan ini merupakan momen Ho...
Bayi Usia 10 Hari Di Bangka Positif Covid 19 Gejala Sesak Napas

Bayi Usia 10 Hari Di Bangka Positif Covid 19 Gejala Sesak Napas

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 242 hits
Dia mengatakan sampai dengan sekarang total bayi atau anak usia di bawah satu tahun yang terkonfirmasi positif Covid 19 mencapai 22 bayi tersebar di sejumlah wilayah kecamatan
Warna Najis Bayi Dan Maksudnya Jangan Ambil Mudah

Warna Najis Bayi Dan Maksudnya Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 3579 hits
Maksud Warna Najis Bayi Ada banyak warna najis bayi ya bukan satu atau dua yang anda pernah nampak Kalau ikut pengalaman saya bayi saya dulu najisnya 2 warna je samada kuning atau coklat gelap Hehe anda pula bagaimana Ada pengalaman mengeri...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


United States President Joe Biden Signs A Rule To Ban Tiktok In The United States Here S The Reason

Lunch Di Restoran Saffani Ipoh Perak

Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat