Elak Rasa Mual Loya Ibu Hamil Patut Ambil Jambu Batu
Ramai ibu hamil sibuk cari makanan berkhasiat sepanjang kehamilan, tapi kadang-kadang terlupa buah paling simple dan murah pun boleh jadi superfruit, contohnya jambu batu.
Loya dan mual waktu hamil memang boleh buat mood swing naik turun. Tapi tahu tak, salah satu buah yang dapat membantu rasa mual dan loya ini adalah buah jambu batu.
Buah jambu ini bukan sahaja rangup dan sedap, tapi kaya dengan pelbagai nutrient. Apa yang penting ia sangat membantu ibu dan bayi dalam kandungan. Jom tengok apa yang buat buah ini tak patut dipandang sebelah mata!
1. Meningkatkan imuniti
Buah jambu ini kaya dengan vitamin C yang berperanan penting dalam menguatkan sistem imun. Ia membantu meningkatkan metabolisme dan imuniti badan, serta melindungi daripada pelbagai penyakit dan jangkitan.
2. Mengimbangkan tahap tekanan darah
Wanita hamil terdedah kepada tekanan darah tinggi semasa mengandung. Tetapi pemakanan buah jambu batu yang tinggi kandungan kalium dapat membantu mengekalkan tahap tekanan darah dan mengelakkan risiko keguguran dan kelahiran pramatang.
3. Khasiat jambu batu dalam mengawal kadar gula dalam darah
Diabetes gestasi adalah masalah biasa dialami ketika mengandung, terutamanya pada minggu ke-24 kehamilan.
Buah jambu berpotensi untuk mengawal kadar gula darah kerana kandungan serat yang tinggi serta kehadiran karbohidrat kompleks. Ini sekali gus dapat mencegah masalah diabetes semasa hamil.
4. Cegah sembelit dan buasir
Sembelit dan buasir juga antara keadaan yang kerap dihadapi wanita hamil, tetapi pengambilan buah jambu dapat mencegahnya. Anda perlu berterima kasih kepada kandungan serat tinggi dalam jambu yang memastikan perjalanan pergerakan usus baik dan tepat pada masanya.
5. Cegah Diabetes Semasa Hamil (GDM)
Diabetes gestasi kerap berlaku pada trimester kedua. Jambu batu mempunyai indek glisemik yang rendah.
* Rendah indeks glisemik
* Kaya serat & karbohidrat kompleks malah membantu stabilkan paras gula darah dengan lebih semulajadi.
6. Sistem saraf bayi
Selain kebaikan pada ibu, buah jambu yang mengandungi asid folik dan vitamin B9 bermanfaat dalam membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi. Asid folik adalah vitamin penting untuk wanita hamil kerana membantu mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida.
7. Mengurangkan risiko anemia
Keperluan zat besi semasa mengandung akan meningkat. Buah jambu mempunyai kandungan zat besi yang mencukupi bagi menjaga kadar hemoglobin sekali gus mengurangkan kecenderungan mengalami anemia.
8. Mengurangkan mabuk pagi, kebaikan jambu batu
Dikatakan kandungan vitamin C dalam jambu adalah baik untuk mengawal mabuk pagi (morning sickness). Apa kata jika anda berasa mual, cuba untuk makan jambu batu. Mungkin ia membantu mengatasinya.
Sumber: Hello Doktor
The post Elak Rasa Mual & Loya, Ibu Hamil Patut Ambil Jambu Batu! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/elak-rasa-mual-loya-ibu-hamil-patut-ambil-jambu-batu/