Elak Luka Bertukar Nanah Suami Bantulah Isteri Sediakan Air Cebok Untuk Bersihkan Bahagian Intim


Selepas melahirkan anak, terutamanya kelahiran secara normal akan ada luka pada vagina ibu. Luka bersalin perlu diberi perhatian dan dibersihkan dengan betul. Ada sesetengah ibu merasa takut untuk mencuci luka kerana rasa pedih dan ngilu apabila melihat keadaan luka. Sebenarnya jika dijaga dengan baik, luka bersalin boleh segera sembuh.
Menurut Pengamal Perbinanan Melayu, Dayangku Sri Arjuna Sarohman, membersihkan luka selepas bersalin sangat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kawasan tersebut. Jangkitan kuman boleh menyebabkan luka menjadi gatal dan kemudian bernanh. Itu lebih sakit dan sukar untuk dijaga. Penjagaan rapi juga boleh membersihkan segala kotoran pada bahagian intim yang berkemungkinan membawa kepada jangkitan penyakit.
Amalkan ‘Bercebok’ Untuk Membersih
Amalan ‘bercebok’ adalah istilah yang digunakan oleh orang tua zaman dahulu untuk membersihkan bahagian intim si ibu. Ia boleh dibuat sendiri, bahannya mudah dicari dan tidak memerlukan modal yang besar. Apa yang anda perlukan hanyalah:
 
Sedikit garam kasar
2-3 keping asam gelugor
Daun sirih
 
Rebuskan semua bahan sehingga mendidih. Kemudian masukkan ke dalam bekas basuhan dan tambahkan air paip sedikit. Pastikan air cebok bersuhu suam dan bersihkan luka dengan air terlebih dahulu. Kemudian bolehlah bercebok dengan air rebusan tadi. Amalan ini sebaiknya dibuat dua kali sehari. Tunggu sehingga hari keempat atau kelima sebelum memulakan amalan bercebok.
Bertangas Hilangkan Bau Hanyir Pada Bahagian Intim
Selain amalan bercebok, ibu selepas bersalin digalakkan untuk membuat tangas. Tangas sangat baik dan berkesan untuk menghilangkan bau kurang enak pada bahagian intim. Selain itu, amalan bertangas dapat membasmi kuman serta melancarkan peredaran darah nifas.
Ini membolehkan saki baki darah dalam rahim dikeluarkan. Bagi memudahkan ibu dalam pantang, anda boleh mendapatkan tangas yang sedia digunakan di pasaran. Tetapi seeloknya dibuat sendiri untuk menjamin kesegran serta kualitinya.
Resipi tangas paling mudah yang boleh anda buat sendiri:
Sedikit manjakani
Sedikit kunyit
Sedikit halia
Garam
Daun pandan
*Bahan-bahan ini digunakan dalam kuantiti yang lebih kurang sama kecuali daun pandan. Tambahkan daun pandan jika anda mahu bancuhan tangas anda lebih harum.
CARA MEMBUAT:
Rebus semua bahan sehingga mendidih. Masukkan ramuan tangas ke dalam baldi. Rebusan herba diletakkan di bawah kerusi berlubang di tengah. Sarungkan kain batik dan duduk di atas kerusi tersebut. Bertangas sambil melakukan senaman kegel selama 20 minit Tahukah anda, bertangas sambil membuat senaman kegel dapat menguatkan otot vagina dan membantu ia menjadi lebih ‘mencengkam?’. Selain itu, masalah kentut vagina juga dapat diatasi dengan amalan bertangas.
Jangan Takut Untuk Bersihkan Luka
Kebersihan pada bahagian intim bukan sekadar memerlukan anda untuk bercebok dan bertangas sahaja. Ibu harus rajin menukar tuala wanita sekurang-kurangnya dua jam sekali. Setiap kali selepas membuang air, cuci bersih dan keringkan. Luka yang dikeringkan dengan baik dapat mengelakkan jangkitan kuman serta mempercepatkan proses untuk sembuh.
Selesai bersebok, sapukan ubat luka yang diberikan oleh doktor. Jangan merasa takut untuk membersihkan luka. Amat penting ia dibersihkan dengan baik bagi mengelakan jangkitan kuman. Jika susah atau anda merasa takut, mintalah bantuan suami untuk membersihkan luka anda.
Makanan Sembuhkan Luka
Selain mengamalkan petua lama atau menggunakan ubat untuk membersihkan luka, anda boleh makan makanan berkhasiat. Buah limau yang kaya dengan vitamin C sebagai contoh, dapat memperbaiki sel kulit dan menyembuhkan luka dari dalam. Ia juga dapat mengelakkan masalah sembelit sekaligus boleh mengurangkan rasa khuatir ibu untuk membuang air serta membersihkan luka.
Amalan memakan kunyit muda yang dihiris nipis sebagai ulam juga amat baik. Kunyit bertindak sebagai bahan anti septik semula jadi yang mempercepatkan pengeringan luka. Kunyit juga dapat mematikan kuman sekaligus melindungi bahagian intim dari terkena jangkitan.
Jika anda tidak mempunyai masalah untuk memakan labu, ia juga elok untuk menyembuhkan luka. Kandungan magnesium dalam labu membantu untuk mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit yang baharu.
Amat penting agar ibu tidak merasa takut untuk membersihkan luka kerana amat penting bahagian intim dijaga sebaiknya. Banyakkan bertanya dan membaca untuk menambah ilmu supaya anda bersedia untuk melalui fasa berpantang dengan lancar dan tidak bermasalah.
 
Jangan Sebab Mudah Sanggup Bagi Anak Bubur Dalam Botol. Kena Faham Risiko Tersedak Tinggi

The post Elak Luka Bertukar Nanah, Suami Bantulah Isteri Sediakan Air ‘Cebok’ Untuk Bersihkan Bahagian Intim appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/elak-luka-bertukar-nanah-suami-bantulah-isteri-sediakan-air-cebok-untuk-bersihkan-bahagian-intim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Ni Senang Je Janji Air Tangan Isteri Ikan Dengan Sambal Pun Laju Dia Makan Netizen

Suami Ni Senang Je Janji Air Tangan Isteri Ikan Dengan Sambal Pun Laju Dia Makan Netizen

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 715 hits
Pelakon Fasha Sandha menerusi akaun instagramnya meluahkan rasa lega apabila suami sentiasa memuji masakanya walaupun simple dan kos penyediaan yang murah Baca Fasha yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Aidil yang juga pelakon k...
Jangan Harapkan Isteri 100 Suami Perlu Sediakan 5 Persediaan Ini Untuk Sambut Anak Sulung

Jangan Harapkan Isteri 100 Suami Perlu Sediakan 5 Persediaan Ini Untuk Sambut Anak Sulung

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 476 hits
Memang perkara yang mengujakan buat si suami bila mendapat tahu isteri kini berbadan dua Namun begitu tugas suami tidak terhenti di situ Masih banyak persiapan yang memerlukan bantuan suami untuk menyambut bayi yang bakal lahir kelak PERSED...
Nak Anak Jadi Orang Berguna Suami Isteri Sepakat Bagi Anak Nama Google

Nak Anak Jadi Orang Berguna Suami Isteri Sepakat Bagi Anak Nama Google

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 487 hits
Menamakan anak dengan nama yang baik merupakan amalan yang dipercayai dapat mempengaruhi sikap dan masa depan anak tersebut Oleh yang demikian kebanyakan ibu bapa akan memilih nama nama yang mempunyai makna yang baik untuk dinamakan kepada ...
Suami Isteri Luangkan Masa Dengar Luahan Sebelum Tidur Lebih Tenang Kurang Stres

Suami Isteri Luangkan Masa Dengar Luahan Sebelum Tidur Lebih Tenang Kurang Stres

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 453 hits
Suami isteri jangan jemu meluangkan masa walau pun sebentar untuk sama sama mendengar luahan hati Pillow talk atau berbual sebelum tidur boleh menjadikan hubungan lebih tenang dan diri kurang tekanan Perkongsian daripada Akhtar Syamir ini a...
Menitis Air Mata Suami Azankan Anak Tasha Syukur Doa Bersalin Hari Jumaat Makbul

Menitis Air Mata Suami Azankan Anak Tasha Syukur Doa Bersalin Hari Jumaat Makbul

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 575 hits
Momen azankan anak selepas dilahirkan pasti akan menyentuh hati bapa Pilu dan sebak menatap anak buat kali pertama air mata menitis Tasha Manshahar selamat bersalin anak sulungnya semalam Dalam kemaskini Instagram dia turut berkongsi rakama...
Suami Isteri Warga Palestin Mahu Sumbang Pembangunan Gaza

Suami Isteri Warga Palestin Mahu Sumbang Pembangunan Gaza

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 278 hits
PUTRAJAYA Pasangan suami isteri warga Palestin yang menerima ijazah kedoktoran dalam bidang pengurusan pada konvokesyen Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing di sini hari ini berikrar untuk membantu memperbaiki taraf hidup penduduk di Sem...
Bahasa Isyarat Sayang Dari Suami Yang Jarang Diketahui Oleh Isteri

Bahasa Isyarat Sayang Dari Suami Yang Jarang Diketahui Oleh Isteri

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 658 hits
Sebenarnya lelaki juga menggunakan tubuh dan bahasa berlapik untuk menunjukkan yang mereka sayang si isteri Sama sahaja dengan wanita yang lebih suka menggunakan bahasa berlapik atau berkias bila nak menunjukkan betapa dia meyayangi seorang...
Suami Perlu Bantu Isteri Ketika Rasa Sakit Melahirkan Anak

Suami Perlu Bantu Isteri Ketika Rasa Sakit Melahirkan Anak

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 570 hits
SUAMI PERLU BANTU ISTERI KETIKA RASA SAKIT MELAHIRKAN ANAK Sebagai suami kita tidak akan faham penderitaan isteri yang melahirkan anak kita Tidak kira lahir secara normal atau pembedahan cesarean Kedua duanya sama sakit Kita orang lelaki bi...
Dating Suami Isteri Penting Walaupun Ada Anak Waktu Ini Sama Sama Luah Faham

Dating Suami Isteri Penting Walaupun Ada Anak Waktu Ini Sama Sama Luah Faham

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 287 hits
Nampak macam biasakan tapi inilah yang boleh mengukuhkan hubungan suami isteri walaupun dah ada anak ramai Ketahuilah siapa tak dating suami isteri memang rugi besar Mana tidaknya kalau sibuk dengan alam kerjaya balik rumah dengan anak lagi...
Myborderpass Apps Baru Untuk Pengembara Dari Malaysia

Filem Emp4t

Rayer S Pro Bjp Remarks Led To Strong Local Tamil Backlash

Alleycats Khabar Buat Ibu Chord

I Gps 2025 Insentif Graduan Pulang Sarawak

Come Clean On Alleged Royal Addendum Hamzah Tell Government

Durian Durian Durian Imam

Helping The Poor Will Be A Blessing And The Happiness Gained Will Be Enormous


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur

Najib S House Detention Addendum Issue Points To A Cover Up At The Highest Echelons Of The Madani Government

Al Imam Salim Dari Kota Hadhramaut Ke Alam Nusantara

Konsert Genkru Dilaksanakan Tiga Hari Cipta Sejarah Baru Industri Hiburan Negara

Pelajar Kpsk Mencungkil Kebolehan Seni Orang Kurang Upaya Di Karnival Casaxoku 2025