Elak Jadi Mangsa Penipuan Peniaga Online


                                                                         


KUALA LUMPUR – Keseronokan membeli barang di atas talian atau ‘online’, membuatkan ramai yang memilih cara berkenaan, yang dianggap mudah, cepat dan menjimatkan, bagi mendapatkan produk mahupun perkhidmatan



Lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadan ini, pembelian secara online meningkat berkali-kali ganda dengan pelbagai promosi oleh peniaga yang mengambil peluang sempena kedatangan Aidilfitri ini



Trend pembelian melalui online, yang menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat hari ini turut diakui Pos Malaysia, yang menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui Pos Laju



Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat dan Penjagaan Pelanggan Pos Malaysia, Datuk Rohaiza Hashim berkata trend itu semakin ketara sejak tiga tahun lepas, apabila jumlah pengeposan barangan meningkat dalam tempoh itu



Pada tahun 2011 sebanyak 29 juta pengeposan barang dibuat meningkat kepada 30 juta pada tahun 2012 dan terus meningkat kepada 40 juta pada tahun lepas



Kebiasaannya pada bulan Ramadan akan berlaku peningkatan pengeposan antara 25 hingga 30 peratus terutama dua minggu terakhir sebelum hari raya, katanya



PEMBELI TEGAR ONLINE


Sebut sahaja apa yang diinginkan, produk pakaian dan tudung, barangan bayi, makanan, pakej percutian, barangan elektronik segala-galanya ada. Tidak perlu bersesak di pusat membeli-belah dan meredah kesesakan di jalan raya, semuanya boleh dibeli di hujung jari dan akan sampai terus ke tangan pembeli



Selain mudah dan menjimatkan masa, pengguna juga mempunyai banyak pilihan untuk “mencuci mata” mencari barangan yang diperlukan dengan lambakan laman-laman sosial yang digunakan peniaga seperti Facebook, Twitter, Blog, Instagram mahupun WhatsApp



“Masalah mencari tempat letak kereta dan kesesakan jalan raya antara sebab saya lebih suka membeli barang melalui online”, menurut Maznah Abu Bakar, 40an yang juga pembeli tegar di dalam talian



Beliau, yang bertugas sebagai penjawat awam berkata, kebiasaannya beliau hanya ke kedai untuk membeli barangan dapur manakala untuk produk lain, lebih selesa membeli melalui online



“Bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga menjimatkan perbelanjaan kerana tidak perlu fikir duit minyak, tol mahupun parking. Kalau ke kedai atau pusat membeli-belah biasanya mesti akan terbeli barang-barang yang tidak diperlukan, katanya yang turut membuat persiapan hari raya dengan membeli pakaian secara online



Ujar Maznah, membeli secara online membuatkan beliau lebih fokus terutama untuk membuat pilihan terbaik dalam setiap pembelian. Antara perkara yang diberi keutamaan ialah memilih peniaga yang diyakini dengan mengkaji latar belakang perniagaan serta barangan yang dijual setelah membaca maklum balas daripada pembeli lain



“Selepas melihat barang-barang yang dijual sama ada di blog dan laman sosial, jika ada yang disukai, saya akan buat perbandingan harga dahulu dan setelah puas hati baharulah saya membuat transaksi”, katanya



Sejak aktif membeli secara online setahun yang lepas, beliau mengakui tidak pernah ditipu kecuali pernah merasa tidak puas hati dengan barang yang diterima kerana tidak mencapai kualiti seperti yang diharapkan



Bagi mengelakkan kejadian yang sama, beliau lebih berhati-hati ketika membeli dengan menghubungi peniaga untuk kepastian bagi setiap barangan yang dipesan



“Penting untuk pembeli membaca setiap aturan pembelian dan ketahui dahulu jenis, kualiti dan bahan sesuatu barangan sebelum membuat pengesahan pembelian dan bayaran”, katanya



KES DI TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA


Walaupun ada segelintir mengambil sikap berhati-hati ketika membeli secara online, masih ramai dalam kalangan pengguna yang mengambil mudah ketika berbelanja dek keghairahan mendapatkan sesuatu barang yang diinginkan



Banyak perkara yang sering terlepas pandang oleh pengguna sehingga menjadi mangsa penipuan peniaga online



Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) merekodkan 30 kes tuntutan yang difailkan melibatkan transaksi pembelian secara online dari Januari hingga Mei tahun ini. Ia menunjukkan peningkatan kerana 61 kes tuntutan difailkan sepanjang tahun lepas



Kes-kes yang dilaporkan melibatkan lebih 40 jenis produk dan perkhidmatan yang antaranya baucar percutian, barangan elektronik, telefon, perkhidmatan percetakan, pakaian, eksesori wanita, ubat-ubatan dan kereta terpakai



Kuala Lumpur, Selangor dan Kelantan menjadi tiga negeri tertinggi merekodkan kes tuntutan yang difailkan berkaitan pembelian dan perkhidmatan melalui online



Untuk rekod, sejak 2011 hingga pertengahan tahun ini, sebanyak 137 kes tuntutan melibatkan pembelian secara online yang dibuat pengguna



PERATURAN PENIAGA ONLINE


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggariskan Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) yang dikuatkuasakan pada 1 Julai, 2013



Tujuannya bagi meningkatkan keyakinan pengguna yang menjalankan transaksi secara online dengan memberi perlindungan yang menyeluruh. Namun berapa ramai peniaga dan pengguna yang mengetahui perkara ini?



Antara peraturan yang diwajibkan kepada peniaga, mereka perlu mendedahkan maklumat pada tapak web di mana perniagaan dijalankan iaitu nama peniaga online, nombor pendaftaran perniagaan dan syarikat dan alamat e-mel, nombor telefon atau alamat penjual online



Harus memaklumkan ciri utama barang dan perkhidmatan, harga penuh termasuk kos pengangkutan, cukai dan kos lain, kaedah pembayaran, terma dan syarat serta anggaran masa penghantaran kepada pembeli



Peniaga juga harus menyediakan ruang untuk pembeli membetulkan sebarang kesilapan sebelum mengesahkan pesanan dan segera memaklumkan kepada pembeli setelah menerima pesanan



Di bawah peraturan-peraturan itu, sekiranya peniaga gagal mematuhinya, denda maksimum sebanyak RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan bagi individu dan denda maksimum sebanyak RM100,000 bagi pertubuhan perbadanan



Untuk kesalahan kedua dan berikutnya, denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun boleh dikenakan atau kedua-duanya untuk individu , manakala bagi pertubuhan perbadanan denda maksimum ialah RM200,000



PANDUAN PENGGUNA


Pengguna sendiri harus memainkan peranan masing-masing bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan antaranya tidak terburu-buru membuat pembelian dan harus memastikan peniaga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)



Sehingga kini, sebanyak 616 syarikat dan 19,198 peniaga yang menjalankan aktiviti atau perniagaan melalui internet berdaftar dengan SSM



Beberapa panduan juga boleh diambil pengguna sebelum menjalankan transaksi melalui online yang disarankan KPDNKK bagi mengelak menjadi mangsa penipuan dengan:


1)Buat perbandingan harga terlebih dahulu dan peka dengan harga pasaran serta jangan mudah terpedaya dengan penawaran harga murah



2)Semak latar belakang syarikat atau perniagaan di Malaysia yang menawarkan produk di internet dengan membuat pengesahan alamat pernigaan dan lesen perniagaan dengan (SSM) bagi mengesahkan ketulenan perniagaan



3) Untuk lebih kepastian, buat kajian dengan membaca maklum balas yang dibuat oleh orang yang pernah membeli barang daripada syarikat atau individu yang sama bagi mendapatkan idea terbaik



4)Lakukan transaksi hanya melalui laman web yang selamat dan boleh dipercayai. Seelok-eloknya pastikan pemilik laman web itu memiliki ikon yang menunjukkan ia mengambil pendekatan program keselamatan tertentu



5) Sekiranya membeli dari laman web asing atau syarikat luar negara, elok difikirkan kos dan nilai barangan mengikut matawang tempatan termasuk kos yang perlu ditanggung untuk proses penghantaran ke rumah kerana kebiasaannya kos penghantaran lebih mahal daripada yang disangkakan



6) Dapatkan butiran peribadi penjual dengan menghubungi terlebih dahulu bagi sahkan barangan yang hendak dibeli termasuk tempoh masa barangan akan sampai



7) Pastikan kaedah pembayaran yang dilakukan dalam pembelian itu dan elak daripada mendepositkan wang ke pemegang akaun selain daripada nama penjual



8)Baca dan fahami terma dan syarat pembelian, sekiranya boleh memulangkan barang jika tidak berpuas hati terutama produk berbeza yang dihantar ke rumah anda



9) Cetak resit atau bukti pembayaran untuk disimpan sehingga produk yang dibeli sampai ke tangan anda. – BERNAMA
View the original article here


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kipastembak.blogspot.com/2014/07/elak-jadi-mangsa-penipuan-peniaga-online.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Balik Banyaknya Bisnis Offiline Yang Gagal Beralih Ke Online Ini Nih Yang Penyebabnya

Di Balik Banyaknya Bisnis Offiline Yang Gagal Beralih Ke Online Ini Nih Yang Penyebabnya

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 272 hits
Beralih dari bisnis offline ke online tapi tak kunjung menghasilkan Bahkan malah banyak yang gagal apa ya sebabnya
Comment On Kerja Online Di Rumah Apps Dan Web Testing By Hilmisidek

Comment On Kerja Online Di Rumah Apps Dan Web Testing By Hilmisidek

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 223 hits
In reply to Ade je yang free Yang saya list kan tu semua free Bayar kalau nak test app kite je As tester semua free Cubalah
Langgar Sop Majlis Daerah Raub Keluarkan Kompaun Kepada Tujuh Peniaga Musang King

Langgar Sop Majlis Daerah Raub Keluarkan Kompaun Kepada Tujuh Peniaga Musang King

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 419 hits
RAUB Sebanyak tujuh kompaun telah dikeluarkan oleh Majlis Daerah Raub terhadap peniaga durian musang king di Sungai Klau dan Sungai Chalit yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Pegawai Daerah Raub Datuk Mohamad Shahid ...
Kuiz Online Quizizz Bahasa Inggeris Tingkatan 3

Kuiz Online Quizizz Bahasa Inggeris Tingkatan 3

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 496 hits
Kuiz Online Quizizz Bahasa Inggeris Tingkatan 3 Kuiz ini adalah bagi memudahkan urusan pelajar untuk melakukan ulangkaji dengan menggunakan latihan secara atas talian yang lebih mudah Bahasa Inggeris memerlukan latihan secara penulisan dan ...
5 Benda Wajib Ada Untuk Mulakan Online Bisnes

5 Benda Wajib Ada Untuk Mulakan Online Bisnes

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 304 hits
Salam to all readers 5 Benda WAJIB Ada untuk Mulakan Online Bisnes Siapa yang follow aku di Instagram pasti tahu yang aku sekarang tengah aktif berbisnes tudung Aku salah seorang reseller tudung Ameera Zaini Ikutkan aku memang minat je berb...
Sopir Taksi Online Asal Makassar Dibegal Dan Dibuang Di Gorontalo

Sopir Taksi Online Asal Makassar Dibegal Dan Dibuang Di Gorontalo

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 168 hits
Tiga orang ini punya peran beda beda Ada yang jadi eksekutor menodong korban dan sopir saat membawa korban ke Gorontalo bebernya
Free Online Training Course Certificate

Free Online Training Course Certificate

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 285 hits
Hi I don t know siapa je akan came across this blog by now Just nak share pasal free online training course which are all certified Ingat eh FOR FREE Until end of year taksilap So please grab the chance by now Let s sign up Lepas sign up am...
Kelas Silat Online Malaysia Yang Pertama

Kelas Silat Online Malaysia Yang Pertama

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 152 hits
Kelas Silat Online Malaysia yang pertama Seramai 1 000 ahli Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia dari serata dunia menghadiri Sambutan Maal Hijrah 1443H dan Hari Tenaga Pengajar yang julung kalinya diadakan secara maya ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian