Elak Banyak Pusingan U Atau Berdepan Risiko Pelabur Lari Mia



KUALA LUMPUR — Perdagangan dan pelaburan negara telah terdedah kepada faktor dalaman dan luaran sejak 2017, yang menyebabkan ramai pelabur tidak memasuki pasaran.
Ia terutamanya semasa tempoh sebelum dan selepas pilihan raya umum ke-14, walaupun keadaan telah mereda sekarang dan hala tuju negara telah nampak lebih jelas lagi.
Bagi mengekalkan kehadiran pelabur, mustahak bagi kerajaan untuk menyediakan persekitaran yang akomodatif bagi mereka dan mengelak untuk melakukan terlalu banyak pusingan-U yang boleh menjejaskan keyakinan mereka untuk membuat keputusan pelaburan jangka panjang, kata Presiden Persatuan Pelabur Malaysia (MIA) Ho Choy Meng.
“Pasaran boleh menerima pusingan-U sekiranya hala tuju awal adalah salah.
“Tetapi terlalu banyak pusingan-U akan menjejaskan keyakinan pelabur untuk membuat keputusan dan terlalu banyak kesilapan yang memudaratkan tidak boleh berpatah balik,” katanya kepada bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.
Beliau berkata MIA juga melihat persekitaran mencabar tahun depan dengan banyak faktor luaran dan dalaman yang akan menjejaskan sentimen pelaburan.
Ho berkata ramai pelabur yang sebenarnya telah keluar dari pasaran menjelang pilihan raya pada 9 Mei dan mereka bersyukur tidak memasuki Bursa Malaysia dengan segera selepasnya, sebaliknya menunggu petunjuk baharu untuk membuat keputusan pelaburan.
“Angka kurang menggalakkan. Terlalu banyak kes skandal dan rasuah telah menjejaskan sentimen pelabur termasuk kerugian 1Malaysia Development Bhd dan pakej gaji syarikat berkaitan kerajaan yang terlalu tinggi meskipun mengalami kerugian.
“Jumlah besar kecurian yang tidak pernah berlaku sebelum ini disebabkan rasuah dan bentuk ketirisan kewangan lain adalah amat mengejutkan.
“Pelabur masih lagi terkejut daripada kejutan trilion ringgit (hutang dan liabiliti) yang tidak ditentukur,” jelasnya.
Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan kepada interaksi antara MIA dengan ramai jurucakap misi pelaburan asing di ibu kota, minat asing masih lagi kekal kerana mereka gembira dengan peralihan kepada kerajaan baharu yang berlaku secara aman dan tanpa gangguan.
“Setiap kali, mereka memberi jaminan yang negara mereka akan kembali untuk melabur dalam sektor perindustrian kita dan mungkin meningkatkan kuantum pelaburan mereka,” katanya.
Menurut Ho, faktor-faktor luaran menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.
Beliau berkata Malaysia mengalami kesan negatif daripada penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS dan mata wang global lain, sambil memberi contoh ringgit turun ke paras 4.1640 berbanding dolar AS pada 7 Dis, 2018, berbanding kadar pertukaran 4.0594 pada awal tahun.
Beliau yang mengingatkan kepada entiti tempatan agar tidak cepat selesa bagi tempoh jangka panjang berkata, berita positif ketika ini dan laporan ekonomi yang memuji kedudukan ekonomi Malaysia gagal untuk melonjakkan petunjuk pasaran FBM KLCI ke paras tinggi baharu.
“Jadi nampaknya prestasi pasaran saham kita akan kekal kurang memberangsangkan sehingga aktiviti memperelokkan akaun pada akhir tahun yang ditunggu-tunggu apabila kaunter individu berusaha menggerakkan kaunter mereka untuk ditutup di paras yang lebih tinggi bagi mencerminkan gambaran yang lebih baik dalam laporan tahunan mereka,” kata Ho.
Beliau juga berkata MIA tidak bersetuju dengan penilaian prospek ekonomi Malaysia oleh Moody’s Investors Service, terutamanya berkaitan dengan prasa “sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berdaya saing di peringkat global.”
Menurutnya, MIA percaya bahawa Malaysia perlahan-lahan kehilangan daya saingnya berbanding negara rantau Asean – antaranya, Vietnam dan Indonesia – yang mengatasi Malaysia dalam menarik peluang yang sama terhadap pelaburan langsung asing.
“Pelabur mengharapkan keuntungan modal. Mereka mahukan bayaran dividen yang bagus daripada kaunter di mana mereka melabur.
“Wujud banyak kekecewaan dan kejutan terhadap Telekom Malaysia and KLCC Property, yang mana prestasi mereka agak teruk menyebabkan kedudukan mereka di FBM KLCI pada masa ini diganti oleh AMMB dan Top Glove.
“Namun, sebelum pelabur mengalu-alukan dengan sepenuhnya peserta baharu, laporan yang tidak memberangsangkan keluar,” keluhnya.
FBM KLCI meningkat ke paras tertingginya dalam tempoh 52 minggu kepada 1,896,03 pada 20 April, sebelum menjunam ke paras 1,657.78 pada 28 Jun, merekodkan penurunan 12.56 peratus pada tahun ini.
Jelasnya, secara konservatif, FBM KLCI mungkin berada dalam jajaran 1,680 dan 1,780 mata pada 2019.
Bagaimanapun, ini semua bergantung kepada keyakinan pelabur, kestabilan politik dan perubahan dasar yang minimum atau dasar kerajaan yang tidak menentu, untuk meminimumkan gangguan terhadap operasi perniagaan jangka panjang.
“Kaunter yang perlu diperhatikan tahun depan adalah insurans dan saham berkaitan penjagaan kesihatan,” tambahnya.
Berhubung isu membabitkan kuil Sri Maha Mariamman, beliau mengingatkan bahawa, sentimen pasaran dan keyakinan adalah komoditi yang rapuh yang perlu ditangani dengan berhati-hati.
“Selepas menyaksikan 100 hari pertama kerajaan Pakatan Harapan, pelabur mula menyesuaikan dasar pelaburan mereka untuk memenuhi paradigma baharu.
“Insiden di kuil Sri Maha Mariamman, membabitkan perselisihan antara pemilik baharu dengan penjaga terdahulu kuil berkenaan, yang dieksploitasi menjadi pertembungan kaum. Laporan yang salah dan fakta yang diputar belit boleh memberi kesan kepada keyakinan pelabur dalam menanam modal di Malaysia,” tegasnya.
Sementara itu, Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Datuk Soh Thian Lai, berkata kekecohan yang berlaku itu tiada kaitan dengan perniagaan dan pelaburan, justeru ia harus dilihat sebagai kes terpencil salah faham berhubung perpindahan daripada tanah persendirian
“Untuk itu, FMM berpandangan bahawa sentimen perniagaan tidak terjejas dan tidak melihat pelabur meninggalkan Malaysia dan menukar persepsi mereka seterusnya terhadap Malaysia berhubung perkara ini,” tambahnya.
Bagaimanapun, meletakkan ke tepi masalah itu, Soh menyatakan bahawa, FMM mengadakan hubungan yang rapat dengan kerajaan terhadap beberapa isu tertunggak dan baharu yang mana dapat memastikan suasana perniagaan yang lebih kondusif untuk industri.
Satu contoh adalah kos tenaga. Katanya, notis secara berkala dan mencukupi berhubung rasionalisasi subsidi untuk gas asli adalah perlu kerana ia mempunyai kesan langsung terhadap tarif elektrik.
“Selain itu, kerajaan mesti mengawal selia sektor logistik kerana ia akan menangani isu pengenaan satu pihak pelbagai caj sampingan oleh penyedia perkhidmatan logistik dan pengendali depot,” tambahnya. — Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2018/12/elak-banyak-pusingan-u-atau-berdepan-risiko-pelabur-lari-mia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Rumah Anak Banyak Cakap Bila Dekat Luar Atau Sekolah Senyap Mungkin Ciri Selective Mutism

Di Rumah Anak Banyak Cakap Bila Dekat Luar Atau Sekolah Senyap Mungkin Ciri Selective Mutism

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 372 hits
Di rumah cakap banyak tapi bila di luar atau sekolah senyap Jika anak ada ciri ini mungkin Selective Mutism Menurut Patalogis Pertuturan Bahasa Selective Mutism biasanya berlaku ketika zaman kanak kanak Ia bisanya bermula sebelum kanak kana...
Kaki Bengkak Sebelah Atau Kedua Dua Masa Hamil Hati Hati Boleh Jadi Darah Beku Risiko Maut

Kaki Bengkak Sebelah Atau Kedua Dua Masa Hamil Hati Hati Boleh Jadi Darah Beku Risiko Maut

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 1122 hits
Masa mengandung ni kaki bengkak tu agak biasa Ramai yang pernah mengalaminya Tapi pernah tak terfikir kenapa kaki boleh bengkak masa pregnant ni Masa pregnant especially masa baby dah agak besar rahim yang besar itu akan menekan organ organ...
Elak Sebut No Atau Jangan Bila Larang Anak Buat Sesuatu Guna 6 Ayat Ganti Lebih Positif

Elak Sebut No Atau Jangan Bila Larang Anak Buat Sesuatu Guna 6 Ayat Ganti Lebih Positif

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 453 hits
Bila ada anak kecil perkataan wajib yang kita selalu sebut adalah No atau Jangan Bukan apa kalau budak tu nak buat benda yang bahaya mestilah mak bapa automatik akan larang dengan perkataan Jangan atau No Tapi ramai pakar psikologi anak cak...
Kuantan Pekan Dan Rompin Di Jangka Berdepan Risiko Banjir

Kuantan Pekan Dan Rompin Di Jangka Berdepan Risiko Banjir

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 335 hits
KUANTAN Pahang khususnya daerah Kuantan Rompin dan Pekan dijangka berdepan tempoh lima hari yang kritikal risiko banjir susulan ramalan hujan lebat dan air pasang besar sepanjang tempoh berkenaan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhamm...
Ma Ruf Amin Lebih Tertarik Baca Koran Ketimbang Online Atau Medsos

Ma Ruf Amin Lebih Tertarik Baca Koran Ketimbang Online Atau Medsos

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 196 hits
Berbeda dengan informasi di media sosial Mantan anggota Dewan Pertimbangan Presiden itu mengaku tidak terlalu minat mencari informasi di media sosial karena banyaknya berita bohong
Usaha Melaga Atau Berita Benar Hisham Dalang Mp Keluar Umno Kata Sumber Parti

Usaha Melaga Atau Berita Benar Hisham Dalang Mp Keluar Umno Kata Sumber Parti

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 494 hits
Beberapa sumber parti mendakwa bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein adalah dalang di sebalik tindakan beberapa wakil rakyat parti itu yang berpaling tadah Sumber berkenaan memberitahu Malaysiakini demikian selepas diminta menerangk...
Jk Usul Investasi Dana Haji Untuk Beli Kebun Sawit Atau Bikin Tol

Jk Usul Investasi Dana Haji Untuk Beli Kebun Sawit Atau Bikin Tol

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 208 hits
Badan Pengelola Keuangan Haji berencana menginvestasikan dana haji untuk perhotelan transportasi dan katering di Arab Saudi Penjajakan telah dilakukan dan rencananya investasi akan dimulai tahun depan
Sila Ambil Perhatian Jika Sumber Maklumat Utama Anda Ialah Facebook Atau Media Sosial Lain

Sila Ambil Perhatian Jika Sumber Maklumat Utama Anda Ialah Facebook Atau Media Sosial Lain

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 411 hits
Dari mana anda mendapatkan segala maklumat atau berita sekarang Mungkin soalan yang sama jadi agak pelik jika ditanya sebelum bermulanya era internet dan media sosial Zaman sebelum internet dan media sosial sumber utama maklumat sudah tentu...
Pemindahan Markas Pemenangan Sandiaga Usul Di Salatiga Wonosobo Atau Temanggung

Pemindahan Markas Pemenangan Sandiaga Usul Di Salatiga Wonosobo Atau Temanggung

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 136 hits
Calon Wakil Presiden nomor urut 02 Sandiaga Uno mengusulkan tiga daerah yang dibidik untuk membuka kantor BPN Yakni Salatiga Wonosobo atau Temanggung Menurut Sandi pemindahan markas atas permintaan relawan
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults