Ektremis Lgbt Gunakan Sosma Tangani Golongan Pelampau Kehidupan


Kerajaan tidak boleh berlembut, kerajaan perlu tegas dan tidak mengikut cara pentadbiran BN yang memberi muka kepada golongan pelampau LGBT yang menuntut hak dan mempromosikan gaya hidup tidak sihat. Jika ektremis agama boleh dikenakan dibawah akta SOSMA, kenapa tidak kepada ektremis LGBT.

Jika malaysia mengambil tindakan tegas menolak dan tidak menerima golongan LGBT, malaysia tidak berseorangan. Banyak lagi negara yang menolak golongan ektremis LGBT. Mereka mempromosikan gaya hidup melampaui batas manusia dan menuntut supaya masyarakat menerima gaya kehidupan mereka. Apakah berbeza dengan tuntutan golongan ektremis agama.

Malaysiakini | Tindakan mana-mana kumpulan yang mementingkan diri sendiri dan memilih kaedah yang tidak diterima masyarakat boleh menggagalkan reformasi dibawa PH, kata salah seorang pemimpin Bersatu.

Menurut Wan Saiful Wan Jan ketika ini kerajaan membawa gagasan mahu melakukan pembaikan yang lebih besar untuk manfaat rakyat terbanyak selepas berlaku kepincangan sebelum ini.

Namun kata anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu ia akan gagal jika berlaku keadaan seperti mencampur-adukkan agenda LGBT dengan perarakan Hari Wanita Antarabangsa seperti semalam.

"Perjuangan menuntut hak-hak kaum hawa adalah perkara yang dihormati dan mulia yang wajar disokong, tetapi mencampurkan agenda itu dengan agenda LGBT adalah provokasi terhadap kestabilan negara.

"Ini perlu ditolak oleh semua pihak," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Semalam kira-kira 300 orang berkumpul di Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

Acara itu memfokuskan lima tuntutan, iaitu menggesa supaya keganasan berdasarkan gender dan orientasi seksual dihentikan; melarang semua perkahwinan kanak-kanak; menjamin hak-hak wanita terhadap diri dan kehidupan mereka; memastikan gaji minimum RM1,800 dan menghapuskan patriaki (ketuanan lelaki) dalam masyarakat.

Terdapat juga laungan "Jangan kacau LGBT" dan "Hidup LGBT" ketika perhimpunan berlangsung.

Bagaimanapun ucapan-ucapan yang dibuat hanya berkisar kepada lima tuntutan tersebut.

Kata Wan Saiful semua orang mahukan kebebasan namun ia perlu mempunyai konteks tersendiri.

"Semua individu yang boleh berfikir secara rasional akan memahami bahawa dalam konteks Malaysia agenda LGBT tidak dapat diterima," katanya.

Bagi Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula menyindir perarakan tersebut seperti ‘perarakan yang menghairankan haiwan’.

Menurutnya, manusia biasanya berkumpul dan melaungkan perasaan menuntut hak yang telah dikurniakan tuhan atau berkumpul demi membela fitrah insani.

“Malangnya bagi golongan songsang mereka berhimpun dan menjerit menuntut supaya kesongsangan hidup mereka diiktiraf. Mereka bukan sahaja mendedahkan keaiban diri mereka bahkan mendedahkan betapa mereka itu 'cacat' mencacatkan fitrah.

“Perarakan seperti itu bukan sahaja menghairankan manusia yang menuruti fitrah yang Allah tetapkan, tapi ia juga boleh menghairankan alam haiwan yang sentiasa berada atas ketetapan ciptaan Tuhan,” tulisnya di Facebook, hari ini.

Sementara itu Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas penganjur himpunan semalam kerana menimbulkan keresahan dan kemarahan umat Islam di negara ini.

Ketuanya Dr Siti Mariah Mahmud berkata Awan kesal apabila himpunan memperingati hari wanita itu dicemari dengan insiden berkenaan.

"Kita memang bersetuju dengan hak kebebasan bersuara yang diamalkan di negara ini namun tindakan pihak yang berkenaan semalam melampaui batas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya pendirian kerajaan mengenai isu LGBT sangat jelas, malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof berulang kali memberi amaran supaya ruang demokrasi yang ada di negara ini tidak disalah guna untuk mempertahankan perkara yang salah di sisi agama.

"Awan mendokong penuh pendirian perdana menteri yang menegaskan bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/03/ektremis-lgbt-gunakan-sosma-tangani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Ph Wajar Lebih Sopan Tangani Golongan Lgbt

Kerajaan Ph Wajar Lebih Sopan Tangani Golongan Lgbt

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 354 hits
Walaupun Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Mujahid Yusuf Rawa menegaskan bahawa LGBT adalah tetap salah disisi Islam namun Kerajaan PH disarankan agar lebih berlembut terhadap golongan berkenaan Menurut anggota Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadz...
Gunakan Himpunan Hari Wanita Untuk Pertahan Lgbt Salah Guna Ruang Demokrasi Mujahid

Gunakan Himpunan Hari Wanita Untuk Pertahan Lgbt Salah Guna Ruang Demokrasi Mujahid

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 430 hits
Astro Awani Mujahid berkata kerajaan amat tegas bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini Gambar fail KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan tindakan segelintir pi...
Jakim Menolak Sebarang Usaha Untuk Iktiraf Golongan Lgbt

Jakim Menolak Sebarang Usaha Untuk Iktiraf Golongan Lgbt

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 514 hits
PUTRAJAYA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menolak sebarang usaha untuk mengiktiraf lesbian gay biseksual dan transgender dalam negara Ketua Pengarahnya Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata pendirian itu selaras dengan pendirian Perdana Ment...
Skim Rumah Belia Melaka Bantu Golongan Muda Dapatkan Rumah Pertama

Skim Rumah Belia Melaka Bantu Golongan Muda Dapatkan Rumah Pertama

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 263 hits
Pada 14 Mac 2019oleh PentadbirExco Komunikasi Multimedia NGO Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka Kerk Chee Yee berkata kerajaan negeri komited membantu golongan belia mendapatkan rumah pertama mereka Menurut Kerk inisiatif Skim Rumah ...
7 Tips Tangani Murid Slow Learner Di Dalam Kelas

7 Tips Tangani Murid Slow Learner Di Dalam Kelas

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 275 hits
SLOW LEARNER Slow learner ialah anak anak yang akademiknya agak lambat atau ketinggalan sedikit ke belakang berbanding dengan anak anak lain yang sama peringkat umur dengan mereka Mereka ni bukan kategori tidak boleh belajar seperti OKU cum...
Istana Pastikan Tangani Kasus Penculikan 2 Wni Di Filipina

Istana Pastikan Tangani Kasus Penculikan 2 Wni Di Filipina

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 214 hits
Politikus PDI Perjuangan ini mengatakan Indonesia telah menjalin kerja sama penanganan terorisme dengan Filipina dan Malaysia Dengan demikian tidak begitu sulit bagi pemerintah untuk berkoordinasi dengan Filipina dalam menangani penculikan ...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Joy Revfa Kongsi Ward Tour Nervous Nak Lahirkan Baby Kedua Macam Lahirkan Anak Pertama 10 Tahun Dulu

Hidup Setiap Orang Berbeza

Diy Creative Quiet Books For Child With Fine Motor Skills

Menu Berbuka Puasa Ke 4

Rendang Cili Padi Sedap

Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun