Ekonomi Merudum Sedih Tergamam Diberhentikan Kerja


Pagi itu, lebih sebulan lalu, Fakrul Rozi Mohd. Isa, 35, seorang pekerja syarikat pembersihan menjalankan tugas seperti biasa di sebuah sekolah di Langgar di sini.
Sedang asyik bekerja, Fakrul Rozi dikejutkan dengan panggilan daripada majikannya bahawa dia terpaksa diberhentikan dan tidak perlu datang lagi pada keesokan harinya.
Pada masa itu, hatinya luluh, tergamam dan begitu sedih memikirkan masa depannya yang bakal kehilangan kerja.
Alasan yang diberikan majikan yang mendapat tender pembersihan sekolah itu ialah terpaksa mengurangkan pekerja daripada tujuh kepada empat orang sahaja di sesebuah sekolah.
Sebagai pampasan setelah diberhentikan kerja, Fakrul Rozi hanya diberikan RM30 sebagai saguhati oleh majikannya itu.
Sehingga hari ini, Fakrul Rozi yang tinggal bersama ibunya yang berusia 69 tahun di sebuah kediaman kecil di kawasan pekan Langgar itu masih tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya mengikut rakan me­lakukan kerja-kerja kampung seperti mesin rumput dengan pendapatan kira-kira RM500 sebulan.
“Kami bukan orang senang, hendak boleh kerja pada masa ini bukan senang. Mengapa perlu kurangkan pekerja. Saya harap pihak berkaitan dapat mengkaji semula agar sektor pembersihan ini tidak dikurangkan pekerja” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan seramai 45,000 pekerja pembersihan bangunan dan kawasan sekolah di seluruh negara diancam hilang pekerjaan jika Kementerian Pendidikan melaksanakan format tender baharu tahun ini.
Yang Dipertua Persatuan Kontraktor-Kontraktor Bumiputera Sisa Pepejal dan Pembersihan (Kosppem) Pahang, Datuk Tengku Abu Nirah Tengku Ahmad dilaporkan berkata, format itu perlu dikaji semula bagi mengelakkan lebih ramai rakyat kehilangan pekerjaan.
“Saya ada minta kerja di pelbagai tempat termasuk dalam kerja pembersihan dengan syarikat lain namun masih belum bernasib baik,” katanya.
Utusan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/03/07/ekonomi-merudum-sedih-tergamam-diberhentikan-kerja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Graduan India Paling Teruk Didiskriminasi Dalam Permohonan Kerja

Graduan India Paling Teruk Didiskriminasi Dalam Permohonan Kerja

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 563 hits
KEADILAN DAILY Lepasan universiti berbangsa India paling teruk didiskriminasikan dalam permohonan kerja di sektor swasta demikian dapatan firma kajian sains sosial dan tingkah laku The Centre for Governance and Political Studies Cent GPS me...
Hargai Budaya Indonesia Jokowi Berencana Kerja Pakai Sarung Sebulan Sekali

Hargai Budaya Indonesia Jokowi Berencana Kerja Pakai Sarung Sebulan Sekali

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 334 hits
Jokowi melanjutkan untuk menghargai kekayaan budaya Indonesia tidak tertutup kemungkinan pemerintah akan menetapkan satu hari dalam seminggu atau sebulan untuk menggunakan sarung
Bn Pas Perlu Kerja Lebih Keras

Bn Pas Perlu Kerja Lebih Keras

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 336 hits
oleh Ab Jalil Backer Kemenangan di Semenyih tidak bermakna majoriti rakyat telah sokong asas perjuangan yang kita bawa dalam PRK ini Kajian pasca PRK Semenyih perlu dibuat mengapa masih ada hampir 37 Melayu menyokong PH Jika dilhat kepada k...
Jangan Biarkan Orang Rumah Anda Mengandung Sendirian Suami Kena Buat Kerja Lebih Sikit Untuk Jaga Emosi Si Isteri

Jangan Biarkan Orang Rumah Anda Mengandung Sendirian Suami Kena Buat Kerja Lebih Sikit Untuk Jaga Emosi Si Isteri

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 491 hits
Wanita sekarang terlalu berdikari Ketika mengandung pun boleh buat macam macam perkara Ketika seorang isteri hamil anda hanya mampu melihat susah payahnya dia membawa kandungan Benar anda tidak mampu memindahkan kandungan itu kepada diri an...
Timbulkan Efek Berganda Industri Migas Ciptakan Banyak Lapangan Kerja

Timbulkan Efek Berganda Industri Migas Ciptakan Banyak Lapangan Kerja

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 238 hits
IPA Board Director Tenny Wibowo yang juga merupakan Presiden Direktur Ophir Energy menjelaskan industri migas menimbulkan efek berganda bagi sektor lainnya seperti information technology transportasi kuliner perhotelan dan sebagainya
Syarikat Ini Akan Benarkan Stafnya Ambil Cuti Sekiranya Tiada Mood Untuk Masuk Kerja

Syarikat Ini Akan Benarkan Stafnya Ambil Cuti Sekiranya Tiada Mood Untuk Masuk Kerja

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 279 hits
Sebuah syarikat di China mempunyai cara yang unik untuk menjaga kebajikkan pekerjanya apabila membenarkan mereka untuk mengambil cuti sekiranya tiada mood untuk masuk bekerja Tidak perlu memberi alasan terlalu panjang cukup sekadar memaklum...
Almy Nadia Seronok Jadi Surirumah Walaupun Kerja Tak Pernah Habis Tapi Puas Urus Anak Sendiri

Almy Nadia Seronok Jadi Surirumah Walaupun Kerja Tak Pernah Habis Tapi Puas Urus Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 744 hits
Bergelar ibu kepada tiga anak perempuan yang comel pelakon Datin Almy Nadia akui tidak mudah untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa Bagaimanapun kata Almy walaupun agak penat namun itulah momen paling berharga buat dirinya kerana dap...
Toddible Memudahkan Kerja Ibu Newbie Macam Fd

Toddible Memudahkan Kerja Ibu Newbie Macam Fd

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 446 hits
AssalamualaikumFayyra dah masuk 6 bulan dan dah tiba masanya dia boleh makan Bukan minum susu je ye Pening jugak nak mulakan dengan makan apa Nasib baik lah Toddible ada untuk bantu FD Maklum lah kite ni mak newbie Hahaha apa ni bu Pera wek...
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Mak Ajar Resipi Mi Udang Penang Mudah Sedap Tak Terkata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Isu Ketua Hakim

Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa