Ekonomi Merosot Pemimpin Khianat Hanya Selamat Sekejap Anwar


 


Suasana ekonomi pandemik Covid 19 mewajarkan rakyat meneliti semula pemimpin yang terbaik untuk mengemudi negara.

 
Hal berkenaan ditegaskan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan perasmian Pejabat KEADILAN Cabang Sepang, tengah hari tadi.
 
Menurut Anwar, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang wujud hari ini tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat berbilang kaum dan ekonomi yang merudum kerana ditadbir oleh pemimpin pengkhianat dan tidak mampu bergerak jauh dalam pemerintahan.
 





"Lihat ekonomi pademik Covid, penganguran dijangka akhir tahun ini hampir sejuta orang. Apa yang dibuat oleh pemimpin Perikatan Nasional?

 
"Perbanyakkan jawatan menteri, jawatan GLC. Orang di bawah makan pun tak cukup.
 
"Negeri ini kecil ada 30 juta penduduk, menteri 70 orang. Di dunia ini biasanya menteri 30, 40 atau 50 orang. Kita catat rekod 70. Ada yang sampai sekarang sudah 6 bulan tak pernah dengar pun (nama) menteri.
 
"Kedua kalau buat kenyataan memang celaru, kelam kabut.
 
"Ada beza mengapa kita katakan mandat rakyat itu penting. Sebab orang yang khianat ini, dalam sejarah dia boleh selamat sekejap tetapi tak boleh ke mana.
 
"Kerana orang akan cop dia memerintah atau mentadbir melalui pengkhianatan bukan perjuangan," kata Anwar dalam majlis yang dihadiri kira-kira 200 orang itu.
 
Menurut beliau lagi, KEADILAN merupakan sebuah parti keramat yang memperjuangkan hak rakyat terbanyak. Setiap wakil rakyat yang dipilih wajib meletakkan agenda rakyat di hadapan dan melebihi segala-galanya.
 
Tanpa agenda membela rakyat itu KEADILAN tidak akan mampu bertahan menyaingi retorik parti-parti perkauman.
 





Serahan 300 borang keahlian baru KEADILAN

 
"Parti ini muncul dari hasrat membela nasib rakyat. Selagi kemiskinan tak selesai, selagi rumah pangsa tidak dicat sebagaimana rumah yang sesuai dihuni oleh manusia, selagi pengangguran tidak dapat diatasi, selagi itu kita belum sempurna mentadbir dan menjalankan pemerintahan yang baik.
 

"Ujiannya bukan sekadar kita mendapat gelaran atau kedudukan. Persoalannya apakah kedudukan itu yang menentukan kita berhasil, ataukah khidmat kita kepada rakyat?

 

"Soalnya sekarang bagaimana nak pertahan parti induk KEADILAN tidak lari dan tergelincir dari hasrat perjuangan murni? Kita ada kekuatan, jumlah ahli yang ramai. Saya ucap tahniah kepada Borhan (Ketua Cabang) berjaya kumpul keanggotaan. Tetapi untuk apa? Untuk menjana kekuatan mewakili hasrat rakyat.

 
"Jawatan ini adalah tanggungjawab. Kita diangkat sebagai ADUN sebagai Exco, Menteri Besar, Perdana Menteri jangan kita lupa (agenda rakyat). Jangan kita samakan parti ini dengan parti-parti lain yang pernah mentadbir negeri atau negara," katanya.
 
Justeru, Anwar mengingatkan KEADILAN hanya relevan apabila ketua-ketua di semua peringkat bersama-sama menggiatkan usaha membantu rakyat termasuk di negeri maju seperti Selangor.
 
"Saya selalu ingatkan pergi lihat orang miskin bandar, pergi lihat rumah-rumah di negeri Selangor, masih ada yang memerlukan pertolongan, masih belum dapat pembelaan yang sesuai.
 
"Ini beza naratif kita. Parti ini akan hanya wujud dan berwibawa jika kita prihatin," katanya lagi.
 
Dalam majlis itu juga Anwar menerima penyampaikan lebih 300 borang keahlian baharu KEADILAN.




YB Bohan Aman Shah memberi ucapan

 
Keahlian KEADILAN di cabang Sepang sekitar 11,000 anggota. Anwar berseloroh setelah mempunyai pejabat baharu keahlian akan meningkat kepada 15,000 anggota.
 
Majlis itu turut mengadakan sesi tertutup taklimat khas presiden kepada pimpinan KEADILAN yang didahului Anwar menandatangani plak khas perasmian bangunan.
 
Anwar turut ditunjukkan gambar-gambar mural perjuangan dua dekad Reformasi oleh Ketua Cabang, Bohan Aman Shah yang juga merupakan ADUN Tanjung Sepat.
 
Dalam ucapannya, Borhan menyatakan Cabang Sepang menyokong penuh kepimpinan presiden parti pasca perpecahan akibat pengkhianatan puak kartel kira-kira 6 bulan lalu.
 
Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor Hee Loy Sian, Naib Presiden KEADILAN Datuk Dr Xavier Jayakumar, ADUN Sungai Pelek Ronnie Liu dan pimpinan-pimpinan tempatan dari Amanah serta DAP.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/ekonomi-merosot-pemimpin-khianat-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kaitan Pemimpin Umno Dalam Langkah Anwar Kejutkan Dap

Kaitan Pemimpin Umno Dalam Langkah Anwar Kejutkan Dap

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 326 hits
Diterbitkan Hari ini 12 00 amPengumuman Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baru bukan sahaja mengejutkan lawannya tapi juga sekutunya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng...
Gimik Anwar Pemimpin Umno Jawab Dakwaan Dapat Sokongan Kukuh

Gimik Anwar Pemimpin Umno Jawab Dakwaan Dapat Sokongan Kukuh

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 330 hits
PETALING JAYA Pemimpin Umno meragui pengumuman Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau dapat sokongan cukup untuk membentuk kerajaan menepisnya sebagai gimik Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata Anwar mungkin cuba mengulangi perm...
Azmin Dakwa Dirinya Yang Susah Payah Bina Pkr Anwar Hanya Duduk Dalam Penjara

Azmin Dakwa Dirinya Yang Susah Payah Bina Pkr Anwar Hanya Duduk Dalam Penjara

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 386 hits
mhdaily netBekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyerang bekas ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berkempen Pilihan Raya Negeri Sabah Katanya PKR merupakan parti yang tidak memperjuangkan rakyat sebalikny...
Pemimpin Berwibawa Umno Hanya Muncul Selepas Pemilihan 2021

Pemimpin Berwibawa Umno Hanya Muncul Selepas Pemilihan 2021

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 493 hits
Menurut Khairy Jamaluddin tiada yang lebih berwibawa daripada kalangan pemimpin UMNO mahupun PAS untuk dijadikan calon Perdana Menteri buat masa ini Menteri Sains Teknologi dan Inovasi itu berkata berdasarkan kewibawaan ia hanya dimiliki ol...
Dakwaan Anwar Hanya Sindrom September Takiyuddin

Dakwaan Anwar Hanya Sindrom September Takiyuddin

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 314 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agong Pas Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sindrom bulan September Ini kerana menurut beliau perkara itu pernah berlaku sebelum ini pada 16 September 2008 Sept...
Pemimpin Sarawak Nafi Mereka Beri Sokongan Untuk Anwar Ibrahim Tubuh Kerajaan Baharu

Pemimpin Sarawak Nafi Mereka Beri Sokongan Untuk Anwar Ibrahim Tubuh Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 352 hits
KUCHING Pemimpin Gabungan Parti Sarawak menafikan mereka menyokong ketua pembangkang Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan negeri akan t...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini