Ekonomi Bumiputera Dikhianati Dibunuh Dasar Kerajaan


harakahdaily.net
February 10, 2025
Kerajaan Madani 'pak turut' kartel?
KUANTAN: Penutupan kilang padi Bumiputera terbesar, Dibuk Sdn Bhd di Perlis membuktikan betapa dasar kerajaan pemerintah hari ini gagal dalam melindungi kepentingan industri padi dan beras tempatan

Ketua Penerangan PAS Pahang, Aireroshairi Roslan berkata, kejatuhan kilang itu menjadi satu contoh kelemahan kerajaan yang hanya bersifat retorik tanpa manfaat nyata kepada rakyat, petani dan pengusaha Bumiputera.

“Lebih membimbangkan, satu fenomena pelik sedang berlaku di negara kita. Walaupun pengeluaran padi oleh petani masih konsisten, tetapi beras tempatan seolah-olah ‘menghilang’ dari pasaran.

“Ke manakah perginya beras tempatan kita? Mengapa rakyat semakin sukar mendapatkan beras tempatan di pasaran? Adakah ini satu bentuk manipulasi terancang untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda?

“Mengapakah beras tempatan hanya akan muncul ketika Pilihan Raya Kecil?” kata beliau menerusi satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, nasib industri kilang padi Bumiputera semakin merosot dengan jumlah kilang yang beroperasi berkurangan secara drastik daripada 127 pada 1998 kepada hanya sembilan pada hari ini.

“Kita sedang menyaksikan satu bentuk ‘pembunuhan ekonomi’ yang sistematik terhadap pengusaha Bumiputera. Bukankah ini satu pengkhianatan terhadap agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera yang sering dilaung-laungkan?

“Hakikatnya, kerajaan hari ini telah menjadi ‘pak turut’ kepada kartel beras yang menguasai pasaran. Selama 16 tahun, harga beras putih tempatan ‘dibekukan’ tanpa kajian semula, sedangkan kos operasi melambung tinggi.

“Dalam masa yang sama, harga beras import dibiarkan terapung sesuka hati sehingga memberi ruang kepada pihak tertentu untuk mengaut keuntungan berlipat ganda,” katanya.

Justeru, PAS Pahang menuntut kerajaan memberikan jawapan segera terhadap tiga persoalan utama.

“Mengapa kerajaan membiarkan monopoli kartel beras bermaharajalela sedangkan rakyat dan pengusaha tempatan terus menderita? Bilakah kerajaan akan mengkaji semula dasar kawalan harga yang jelas membunuh industri tempatan?

“Apakah nasib ribuan petani dan pekerja kilang yang kehilangan pendapatan akibat kegagalan dasar kerajaan?” persoalnya.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak terus terpedaya dengan slogan ‘Ekonomi Madani’ yang hanya memberi manfaat kepada pihak tertentu, sementara golongan pengusaha kecil terus ditindas.

“Jangan terus tertipu dengan slogan kosong kerajaan hari ini,” katanya. 
– HARAKAHDAILY 10/2/2025

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/ekonomi-bumiputera-dikhianati-dibunuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pusingan U Dasar Jejas Kredibiliti Kerajaan Kata Penganalisis

Pusingan U Dasar Jejas Kredibiliti Kerajaan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 372 hits
freemalaysiatoday com 29 Jan 2025 Menurut seorang ahli akademik u turn kerajaan berkenaan dasar berkait tol musim perayaan mungkin berpunca pelbagai pendapat politik dalam Jemaah Menteri Minggu lepas kerajaan mengumumkan tidak lagi memberik...
Umat Islam Diseru Solidariti Usaha Kerajaan Bangunkan Semula Gaza

Umat Islam Diseru Solidariti Usaha Kerajaan Bangunkan Semula Gaza

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 247 hits
UMAT Islam di Malaysia diseru untuk bersolidariti dan menyokong usaha kerajaan dalam membangunkan semula Gaza yang mengalami kemusnahan besar akibat konflik yang berpanjangan Menerusi teks Khutbah Jumaat bertajuk Persaudaraan Ummah Demi Kes...
Kerajaan Dituntut Nyata Pendirian Hormat Majlis Fatwa

Kerajaan Dituntut Nyata Pendirian Hormat Majlis Fatwa

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 269 hits
harakahdaily netFebruary 7 2025Mengenai garis panduan sambutan perayaan agama bukan IslamAfnan Hamimi Taib AzamuddenKUALA LUMPUR Dewan Pemuda PAS Malaysia mempertikaikan pendirian kerajaan berhubung Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan...
Panas Kenapa Wks Serang Kerajaan Kampar Tibai Wee Ka Siong Kwsp

Panas Kenapa Wks Serang Kerajaan Kampar Tibai Wee Ka Siong Kwsp

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 133 hits
Ahli Parlimen Chong Zhemin menyelar Presiden MCA Wee Ka Siong berkenaan isu penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Malah Chong turut mencabar ahli parlimen Ayer Hitam itu untuk menyaman beliau ...
Keh Keh Keh Nitizen Kata Arwah Terlupa Cukai Zaman Dia Jadi Kerajaan Kenakan Cukai

Keh Keh Keh Nitizen Kata Arwah Terlupa Cukai Zaman Dia Jadi Kerajaan Kenakan Cukai

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 162 hits
MP Pas nak burukkan kerajaan Madani tapi kantoi PN yang kenakan cukai iniFebruary 6 2025Wakil rakyat Pas Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dilihat cuba untuk memburukkan kerajaan Madani kononnya mengenakan pelbagai cukai yang dianggapnya ...
Mada Oleh Kerajaan Pusat Luar Mada Oleh Kerajaan Negeri

Mada Oleh Kerajaan Pusat Luar Mada Oleh Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 204 hits
Paparan MADA Di Kuasai Oleh Kerajaan Pusat Enekmen Penanam Penanam Padi Negeri Kedah Di Kuasai Oleh Kerajaan Kedah Tugas Utama MADA Membangunkan Tanah Tanah Sawah Di Kawasan Tanggungjawab MADA Sepatut nya Tanah Tanah Di Luar Kawasan MADA Ya...
Tunku Azizah Has Never Offered Assistance Via Tiktok Pahang Palace

Blood Stained Journal Among Exhibits In Inquest Into Zara Qairina S Death

Federal Court Maintains Oct 29 Hearing Date For Appeal Against Isa Samad S Acquittal

Kelantan Syariah Court Launches Online Courtroom To Speed Up Non Criminal Cases

Cara Mudah Masak Murtabak Mi Segera Sedap Resipi Padu Untuk Orang Bujang

Dahulu Pergi Sekarang Tidak Lagi

Kerajaan Pihak Industri Perlu Bertindak Metro Ahad 07 09 2025

Nasi Beriyani Ayam Masak Kurma Cup Cake Coklat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Adha Sertai Pertandingan Nyanyian Lagu Merdeka

Lepak Balik Hari Di Fraser Hill

Buasir Otak Tv Roblox Panjat Gunung Bypass Malaysia Live

Lawatan Sambil Belajar Tabika Aaira Ke Balai Bomba

Printing Packaging Marketing Material Cara Mudah Naikkan Imej Bisnes Anda

Customer Exp For Business Success