Kerajaan Dituntut Nyata Pendirian Hormat Majlis Fatwa


harakahdaily.netFebruary 7, 2025
Mengenai garis panduan sambutan perayaan agama bukan Islam
Afnan Hamimi Taib Azamudden
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mempertikaikan pendirian kerajaan berhubung Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Garis panduan ini yang berpandukan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bertujuan memastikan akidah umat Islam terpelihara di samping mengekalkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden, menzahirkan kebimbangan terhadap sikap kerajaan yang dilihat tidak mengangkat garis panduan ini sebagai sebahagian daripada dasar rasmi negara.

Menurutnya, kenyataan bersama dua kementerian mengenai isu ini menimbulkan persoalan besar mengenai sejauh mana kerajaan menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan serta peranan Islam sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Majlis Fatwa Kebangsaan merupakan badan autoriti yang memberi panduan kepada umat Islam dalam isu-isu berkaitan akidah dan amalan agama.

“Pengabaian terhadap keputusan badan ini bukan sahaja menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam, malah berpotensi mencetuskan sensitiviti agama yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, Afnan Hamimi yang juga Ahli Parlimen Alor Setar berkata, Pemuda PAS Malaysia menuntut agar kerajaan menyatakan secara jelas pendirian rasmi mereka terhadap garis panduan ini dan menjelaskan mengapa ia tidak dijadikan sebahagian daripada dasar negara.

Selain itu, katanya kerajaan perlu memberi ruang sepenuhnya kepada pihak berkuasa agama seperti JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri untuk melaksanakan fatwa dan garis panduan tanpa campur tangan politik.

“Pemuda PAS Malaysia juga mahu dialog terbuka dan berstruktur antara kerajaan, pihak berkuasa agama, serta badan bukan kerajaan diadakan bagi memastikan sensitiviti agama dihormati dan prinsip Islam terus dijunjung dalam pentadbiran negara,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan perlu dihormati dan dipertahankan dalam setiap dasar serta tindakan kerajaan demi memastikan kedaulatan Islam terpelihara, tanpa menjejaskan keharmonian negara. 
– HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/kerajaan-dituntut-nyata-pendirian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Umno Sekadar Lalat Dalam Kerajaan

Dr M Umno Sekadar Lalat Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 119 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 28 2025 5 26 PMBekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kedudukan wakil rakyat Umno dalam kerajaan hanya lalat Mahathir menggunakan perumpanaan itu sebagai memetik pandangan pemimpin DAP terhadap...
Pusingan U Dasar Jejas Kredibiliti Kerajaan Kata Penganalisis

Pusingan U Dasar Jejas Kredibiliti Kerajaan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 167 hits
freemalaysiatoday com 29 Jan 2025 Menurut seorang ahli akademik u turn kerajaan berkenaan dasar berkait tol musim perayaan mungkin berpunca pelbagai pendapat politik dalam Jemaah Menteri Minggu lepas kerajaan mengumumkan tidak lagi memberik...
Perkahwinan Di Raja Sultan Mahmud Tengku Mariam Damaikan Kerajaan Pahang Johor

Perkahwinan Di Raja Sultan Mahmud Tengku Mariam Damaikan Kerajaan Pahang Johor

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 142 hits
Tengku Besar Mahmud Tengku MariamSultan Ahmad Muadzam Shah Pada tahun 1881 Tun Ahmad telah mengunjungi Johor dan Singapura selama 13 bulan Dalam kesempatan ini baginda telah berbincang dengan Maharaja Abu Bakar mengenai kedudukannya di Paha...
Kuat Kau Bikin Anak Nak Soh Kerajaan Tanggung Nampak Sangat Malas Kerja Adoiiii

Kuat Kau Bikin Anak Nak Soh Kerajaan Tanggung Nampak Sangat Malas Kerja Adoiiii

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 111 hits
Pulak dah Pegawai tu cakap sepatutnya suami saya yang perlu kerja lebih gigih kerana anak semakin ramai Patut ke pegawai JKM cakap macam tu luah seorang pengguna tidak dikenali Hmmm senangnya ramai anak kalau JKM bertanggungjawab Sumber thr...
Hiburan Kami Sedia Ambil Etnik Rohingya Bekerja Di Restoran Mamak Jika Kerajaan Benarkan Presma

Hiburan Kami Sedia Ambil Etnik Rohingya Bekerja Di Restoran Mamak Jika Kerajaan Benarkan Presma

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 140 hits
Melalui laporan baru baru ini Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia memaklumkan iklan kosong tidak mendapat sambutan bagi mengambil pekerja tempatan menerusi Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia Mohon kerajaan ben...
Siling Pusat Beli Belah Popular Di Jb Runtuh

Apa Itu Tin Ini 3 Cara Dapatkan Tin Tax Identification Number

Balik Asrama

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Limau Nipis Rebus Sembuhkan Kencinh Manis Kronik

Speed Read The Race Bred Harley Davidson Cvo Road Glide Rr And More

Alindya Ichi Takdir Cinta Harus Berpisah Chord

The Era Fm Dj S Thaipusam Fiasco Might Originally Be An Accident But It Has The Potential Of Turning Into A Disaster


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Day 1 Road Trip Ke Yala Narathiwat

Kota Para Dewa Rahsianya Masih Tersembunyi

Lotto888 Top 67 By Jonah Lot888 Net 3 25

Act Swiftly To Send Strong Message Against Hatred Gobind Tells Cops Ag

Character Is The Final Judge Of Malaysians Irrespective Of Race Or Religion

Pointless To Argue Over Differences In Opinion