Ekonomi Berasaskan Politik Naungan




Oleh AB JALIL BACKER
Keadaan ekonomi Malaysia berada dalam ketidaktentuan sejak setahun lalu akibat perubahan parti pemerintah. Sepatutnya perubahan itu tidak memberi kesan besar kepada persekitaran perniagaan sekiranya ia diuruskan dengan profesional dan meyakinkan.
Namun apa yang berlaku ialah perubahan parti pemerintah itu telah diikuti dengan perubahan kehendak dan nafsu baharu. Banyak perniagaan dan kontrak yang telah diluluskan oleh pentadbiran lama dirunding semula, dikurangkan harga dan ada yang dibatalkan.
Menurut sumber, banyak kontraktor dan pembekal diberi pilihan oleh Kementerian Kewangan sama ada mengurangkan kos kepada 10 peratus atau menyerahkan semula kontrak kepada kerajaan untuk diproses semula.
Lebih menghairankan kebanyakan kontraktor yang berhadapan keadaan itu ialah kontraktor-kontraktor Melayu.
Walaupun kontrak-kontrak itu mungkin diberikan secara runding terus atau tender terhad namun kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya meminta pengurangan atau pembatalan.
Kita menyokong langkah rundingan semula jika ada bukti menunjukkan harga yang berlebihan dan keterlaluan berbanding nilai sebenar projek.
Namun dalam banyak kes, arahan pengurangan harga itu dilakukan dengan tujuan mewujudkan persepsi kerajaan dahulu korup dan tidak telus. Malah sudah timbul cakap-cakap rundingan semula itu bertujuan mewujudkan kroni-kroni baharu secara langsung dan tidak langsung.
Ada kontraktor dicabar menyaman kerajaan jika tidak bersetuju dengan tindakan rundingan semula atau pembatalan kontrak.
Mudah kepada Kementerian Kewangan mencabar saman kerana bukan menteri yang menanggung kos. Jika kalah pun ia dibayar oleh kerajaan bukan oleh menteri, sebaliknya kontraktor yang terbabit akan kerugian masa dan wang yang besar dalam berhadapan kes mahkamah.
Pada tahun lalu Kementerian Dalam Negeri telah membatalkan kontrak Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) yang bernilai RM3.5 bilion kerana ia diluluskan oleh pentadbiran lalu.
SKIN telah diberikan kepada syarikat Prestariang SKIN Sdn Bhd (PSSB) secara runding terus berikutan keperluan spesifik dan kepentingan keselamatan negara. Ia sepatutnya mula beroperasi mulai April 2020 menggantikan Sistem Imigresen Malaysian (MyIMMs) yang mempunyai banyak kelemahan.
Apabila membatalkannya, KDN telah membuka tender secara ‘request for proposal’ (RFP) untuk pembangunan Sistem Bersepadu Imigresen (Integrated Immigration System – IIS). Pada tarikh tutup 16 Ogos lalu, sebanyak 30 buah syarikat menghantar cadangan.
Apa yang membimbangkan ialah sebaik sahaja tarikh tutup, beberapa laporan media mula membuat spekulasi mengenai syarikat yang bakal dipilih. Nama-nama yang disebut seperti Datasonic Group Bhd, HeiTech Padu Bhd, Iris Corporation Bhd and Scicom MSC Bhd dan Maju Holdings merupakan syarikat yang sama ada telah mempunyai hubungan dengan imigresen atau dilihat rapat dengan kepimpinan negara.
Ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan syarikat-syarikat yang menghantar RFP bahawa proses penilaian tidak lagi telus dan bergantung kepada kekuatan lobi.
Pada masa sama, wujud kebimbangan KDN akan membatalkan RFP itu dan memberi kembali kontrak berkenaan kepada Prestariang. Ini kerana apabila kontrak dibatalkan Prestariang telah mengalami perubahan pemegang saham dan pelantikan pengarah-pengarah baharu.
Kebimbangan itu berasas apabila NST Online pada 5 Ogos 2019 menerbitkan sebuah artikel bertajuk “National security: SKIN or IIS?” NST diketahui umum merupakan antara media yang rapat dengan kerajaan dan sentiasa digunakan oleh kerajaan untuk membentuk persepsi umum.
Artikel itu telah membuat analisis kelebihan sistem SKIN berbanding IIS dan memetik laporan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang menyarankan Kabinet meneruskan SKIN.
Beberapa minggu lalu Prestariang juga telah menarik balik saman mereka ke atas kerajaan mengenai pembatalan kontrak SKIN dan mengambil jalan mediasi atau perundingan. Ini menguatkan lagi kepercayaan bahawa kerajaan akan membuat pusingan U.
Polemik seperti inilah yang menimbulkan persepsi bahawa kerajaan menguruskan ekonomi berasaskan naungan politik dan menghilangkan keyakinan pelabur dan komuniti perniagaan.
Oleh kerana KDN telah membatalkan kontrak atas alasan ketelusan, maka kerajaan harus membuktikan mereka benar-benar telus dalam pemilihan pembida kali ini. Jangan menjadi seperti ayam yang kokok berderai-derai, ekor penuh tahi.
Sinar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/21/ekonomi-berasaskan-politik-naungan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ekonomi Gig Antara Pembelaan Nasional Dan Wayang Politik

Ekonomi Gig Antara Pembelaan Nasional Dan Wayang Politik

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 285 hits
WALAUPUN ekonomi gig masih agak baru di Malaysia namun menurut Persekutuan Majikan Majikan Malaysia jumlah freelancer atau mereka yang bekerja sendiri yang cari makan dalam sektor ini sudah mencecah hampir 1 7 juta orang Ini termasuklah pem...
Bertemu Jokowi Prabowo Bahas Masalah Ekonomi Politik Hingga Ibu Kota Baru

Bertemu Jokowi Prabowo Bahas Masalah Ekonomi Politik Hingga Ibu Kota Baru

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 262 hits
Prabowo hadir sekitar pukul 15 00 WIB dan langsung diterima di ruangan Jepara Mereka kompak memakai kemeja putih Prabowo sempat menyapa awak media
Saudi Fasa Perubahan Politik Ekonomi Sosial Tingkatkan Pelawat M Sia

Saudi Fasa Perubahan Politik Ekonomi Sosial Tingkatkan Pelawat M Sia

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 204 hits
Dreamliner 10 menggantikan Dreamliner Dash 9 bagi tujuan menambah kapasiti dan juga peningkatan perkhidmatan penerbangan Sumber foto MAHB Ahlan wasahlan Saudia selamat datang ARAB Saudi kini bersedia untuk menerima lebih ramai pelawat dari ...
Jangan Urus Ekonomi Lebih Kepada Politik Johari

Jangan Urus Ekonomi Lebih Kepada Politik Johari

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 193 hits
Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani bercakap kepada media selepas Majlis Simposium Perakaunan 2017 anjuran Yayasan Peneraju di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Tun Dr Mahath...
Safari Politik Prabowo Berbuah Kursi Menteri Dari Jokowi

Safari Politik Prabowo Berbuah Kursi Menteri Dari Jokowi

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 180 hits
Kerasnya gesekan di Pemilihan Presiden 2019 lalu sudah saatnya dilupakan Dua tokoh berseberang kini akhirnya bersatu Prabowo Subianto secara terbuka mengakui ditawari jabatan menteri oleh Presiden Joko Widodo
Salah Guna Amla Bagi Politik Balas Dendam

Salah Guna Amla Bagi Politik Balas Dendam

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 365 hits
oleh Ab Jalil Backer Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu dan entiti yang dipercayai menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad menggunakan Seksyen 92 Akta Pencegahan Pengu...
Cerita Hidayat Nur Wahid Soal Undangan Jokowi Dan Sikap Pks Menolak Kompromi Politik

Cerita Hidayat Nur Wahid Soal Undangan Jokowi Dan Sikap Pks Menolak Kompromi Politik

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 227 hits
Hidayat tidak mengetahui persis maksud undangan dari Istana untuk Presiden PKS Mohamad Sohibul Iman Apakah sekadar silaturahmi atau kompromi politik PKS sudah memutuskan sikap politiknya
Sohibul Iman Sebut Nasdem Bakal Kunjungan Politik Ke Pks

Sohibul Iman Sebut Nasdem Bakal Kunjungan Politik Ke Pks

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 189 hits
Usai bertemu dengan Ketua Umum Partai Gerindra Sohibul menegaskan kunjungan NasDem ke PKS tidak serta merta diartikan menggaet kawan politik untuk menjadi oposisi pemerintah Kendati Surya Paloh pernah melontarkan pernyataan satir partainya ...
Kempen Bmf Di Masjid Dikesan Ada Unsur Politik Asmuni

Kempen Bmf Di Masjid Dikesan Ada Unsur Politik Asmuni

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 501 hits
IPOH 22 Okt Kerajaan negeri Perak tetap bertegas tidak membenarkan mana mana pihak yang mempunyai kaitan dengan parti politik untuk menjadikan masjid sebagai lokasi apa juga penganjuran termasuk kempen tertentu Ia selari dengan ketetapan ya...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco