Sijil Darjah Khas Agama 2023 2024 Jadual Semakan


Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) 2023/2024 : Jadual Waktu Peperiksaan & Semakan Keputusan
Darjah Khas Agama atau SDKA merupakan sebuah sistem pengajian agama Islam yang hanya terdapat di negeri Johor Darul Takzim.
Pengajian di peringkat Darjah Khas Agama ini adalah program lanjutan pembelajaran di Sekolah Agam Kerajaan Johor di bawah Institusi Pendidikan Agama Johor.
Sejarah Pengenalan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Walaupun Darjah Khas Agama mungkin kurang dikenali di luar negeri Johor, SDKA sebenarnya sudah lama diwujudkan.
SDKA diperkenalkan secara formal pada tahun 1923 lagi.
Sistem pengajian diwujudkan untuk diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya, disamping berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Pengajian SDKA ini disediakan untuk lulusan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA).
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di SDKA agar mudah difahami.
Pengajian Darjah Khas ini disediakan kepada murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan yang memilih untuk meneruskan pembelajarannya ke tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Artikel berkaitan: Pendaftaran Tadika Agama Johor (TAJ) & Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) 2023
Objektif Pengajian di peringkat Darjah Khas Agama ini diwujudkan untuk mencapai objektif yang berikut:
Memberi kefahaman yang lebih luas tentang Islam agar pelajar dapat menyempurnakan peranannya sebagai hamba dan Khalifah Allah di bumi. Memupuk kekuatan diri dan daya juang yang tinggi menerusi pendidikan dan pembinaan iman yang mantap Melahirkan golongan muslim mukmin yang sepadu dan seimbang antara akalnya, rohaninya, jasmaninya, dan emosinya bagi mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat Membentuk generasi pelanjut umat yang berkualiti dan sentiasa bersyukur kepada Allah. Tempoh Pengajian Tempoh pengajian bagi Sijil Darjah Khas Agama adalah setahun, dari bulan Februari hingga November.
Jumlah pertemuan maksimum pada setiap bulan hanya empat kali sahaja dan sekiranya terdapat lima minggu dalam sebulan, maka minggu pertama adalah cuti.
Hari pengajian bagi SDKA hanyalah 1 hari persekolahan dalam seminggu di mana masa pembelajaran daripada 8 pai hingga 1 tengah hari (5 jam sahaja).
Kebiasaannya, jumlah murid dalam setiap kelas antara 35 hingga 40 orang.
Tarikh Peperiksaan SDKA Sesi 2023/2024 Peperiksaan bertulis Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Sekolah Agama Kerajaan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2023/2024 akan berlangsung pada tarikh berikut:
18 hingga 22 Februari 2024 Syarat Kelayakan Pelajar yang hanya memenuhi syarat-syarat berikut sahaja akan diterima masuk melanjutkan pengajian dalam sistem Sijil Darjah Khas Agama ini:
Warganegara Malaysia. Bukan warganegara yang boleh dipertimbangkan. Lulus Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) dengan pencapaian markah sekurang-kurangnya 50% sebelum 2005 Lulus enam (6) matapelajaran termasuk tiga (3) matapelajaran Teras mulai tahun 2005 atau
Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya Kelebihan Bagi mereka yang belum mengetahui, SDKA merupakan sijil tertinggi dalam sistem Sekolah Agama Kerajaan Johor peringkat rendah dan mula diwujudkan pada tahun 1923 sebelum digubal sukatan pelajaran pada tahun 1930 dan dimulakan secara rasmi sama seperti SDKA sekarang bermula pada tahun 1932 apabila kelas SDKA dimulakan.
Kalau mengikut sistem Sekolah Agama Kerajaan Johor peringkat rendah, para pelajar akan bermula dengan darjah 1 sehingga darjah 5 (kemudian mendduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa atau UPKK ) , disambung kepada Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) untuk darjah 6 dan berakhir dengan SDKA untuk darjah 6+1.
Konsep pembelajaran di Sekolah Agama Kerajaan Johor ialah siapa gagal, dia tak naik darjah. Bermaksud jika anda gagal darjah 1 anda akan kekal di darjah 1 sampai anda lulus. Sebab itu jugalah kadang-kadang ada pelajar darjah 4 tapi umur 15 tahun (feeling mudalah tu) walaupun sepatutnya umur bagi darjah 4 jika anda lulus setiap darjah cumalah 10 tahun. Bagi SDKA pula, anda cuma akan layak mengambil tahap lanjutan ini apabila lulus peperiksaan SDEA.
Tempoh masa pembelajaran SDKA ialah selama setahun sahaja iaitu daripada bulan 2 sehingga bulan 11 dan peperiksaan akhir akan diadakan pada penghujung tahun iaitu bermula sekitar bulan 11 atau 12.
Uniknya SDKA ini ialah pelaksanaan proses pembelajarannya hanyalah maksima 4 kali pertemuan dalam sebulan iaitu selama 5 jam bermula jam 8 am sehingga jam 1 pm. Bermakna anda cuma perlu hadir ke sekolah seminggu sekali untuk mempelajari keseluruhan sukatan pelajaran SDKA itu sendiri iaitu sebanyak 11 subjek dan kebiasaan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) diadakan pada setiap hari Sabtu.
Subjek-subjek tersebut ialah Al-Quran, Tauhid, Ibadat, Muamalat, Munakahat, Jenayah, Arab, Faraid, Tafsir Al-Quran, Sirah dan Akhlak.
Satu lagi yang anda kena tahu, tak kiralah dari darjah 1 Sekolah Agama Negeri Johor peringkat rendah hinggalah SDKA ini, bagi menjawab peperiksaan tersebut kenalah dalam bentuk tulisan Jawi dan bukan Rumi. Sebab itu jugalah kenapa dalam proses P&P, guru-guru akan menggunakan sepenuhnya tulisan jawi dalam proses P&P.
Perkara ini dilakukan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan bahawa khazanah tulisan Jawi ini dapat dikekalkan dan dipelihara untuk generasi seterusnya supaya tidak ditelan diarus zaman.
Bagi mereka yang dapat keputusan SDKA, jangan tiba-tiba pelik kenapa ada gred 1 bagai dan bukannya guna sistem pointer atau sistem Abjad (A, B, C , D) dalam sijil rasmi SDKA anda nanti. Sebab sijil ini menggunakan sistem penggredan atau pangkat iaitu 1 untuk paling cemerlang, 2 cemerlang, 3 baik , SAA lulus dan gagal tu gagal.
Kebiasaannya setiap tahun akan diadakan majlis Konvokesyen oleh pihak sekolah dan Daerah untuk meraikan mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam SDKA. Jadi jangan hairan tiba-tiba nampak ada yang pakai jubah konvokesyen kat sekolah agama, maksudnya ada majlis konvokesyen meraikan merekalah tu.
Kelebihan mempunyai sijil darjah khas ini selain bertujuan memantapkan diri dengan ilmu agama di Johor sebelum Izrail memanggil antaranya ialah;
1) Salah satu syarat kelayakan untuk menjadi Guru KAFA di negeri Johor.
2) Sijil tambahan untuk diberi keutamaan bekerja dalam sektor kerajaan di Negeri Johor.
Sumber perkongsian oleh Nur Firdaus
Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) 2023/2024 JADUAL PEPERIKSAAN SIJIL DARJAH KHAS AGAMA (SDKA) SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024
Jadual Rasmi Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) bagi sesi persekolahan 2023/2024 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam JAINJ dan telah diedarkan kepada semua pelajar Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Johor.
Peperiksaan akan berlangsung pada 18 hingga 22 Februari 2024.
Selamat maju jaya diucapkan.
Dapatkan BUKU NOTA RINGKAS DARJAH KHAS (SDKA) berdasarkan silibus Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor.
Semakan Keputusan Keputusan SDKA biasanya diumumkan sekitar bulan Mei-Julai, bergantung kepada Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Bagi tahun 2023 yang lalu, Majlis Perisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) diadakan pada 29 Mei 2023.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sdka-sijil-darjah-khas-agama/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sdka-sijil-darjah-khas-agama

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Colours Of Life Sijil Darjah Khas Agama 2023

The Colours Of Life Sijil Darjah Khas Agama 2023

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 145 hits
The Colours of Life Sijil Darjah Khas Agama 2023 Jadual peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama 2023 6 dan 13 Januari 2024 3 subjek setiap sesi All the best and be the best abam iqi dan kesemua calon SDKA 2023 mknaceunlimited mknace thecolourso...
Jadual Tarikh Perlawanan Piala Asia 2023 Qatar Kumpulan E

Jadual Tarikh Perlawanan Piala Asia 2023 Qatar Kumpulan E

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 165 hits
sumber FAMPiala Asia 2023 AFC Asian Cup 2023 di Qatar dijadualkan berlangsung bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024 Skuad Harimau Malaya kendalian jurulatih Kim Pan Gon telah diundi dalam kumpulan E Melihat dari senarai pasukan dalam K...
I Suri Kwsp 2024 Permohonan Amp Semakan

I Suri Kwsp 2024 Permohonan Amp Semakan

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 144 hits
Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas sehingga RM300 setahun daripada Kerajaan melalui i Suri 2024 Kemudahan ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumb...
Jadual Puasa Sunat Rejab Dan Hari Putih Tahun 2024

Jadual Puasa Sunat Rejab Dan Hari Putih Tahun 2024

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 280 hits
Kemuliaan Bulan RejabPada hari ini tarikh 13 Januari 2024 adalah bersamaan dengan 1 Rejab 1445HApabila masuk sahaja ke bulan Rejab Rasulullah SAW akan berdoa dengan doa dibawah Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban serta pe...
Jadual Tarikh Bayaran Pencen 2024 Rasmi Oleh Jpa

Jadual Tarikh Bayaran Pencen 2024 Rasmi Oleh Jpa

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 187 hits
Info terbaru mengenai tarikh bayaran pencen 2024 yang rasmi dikeluarkan oleh jabatan perkhidmatan awam Sehubungan itu anda boleh membuat semakan dalam matahari tarikh pembayaran yang seperti disenaraikan bagi tahun 2024 Adalah tarikh bayara...
Cara Semak Dividen Asb 2023 Secara Online Tarikh Semakan

Cara Semak Dividen Asb 2023 Secara Online Tarikh Semakan

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 150 hits
Selepas pengumuman pengagihan pendapatan atau dividen ASB 2023 sebelum ini kita semua sebagai pelabur pastinya ingin tahu bila tarikh semakan boleh dibuat dan bagaimana cara untuk semak jumlah dividen yang diperoleh Sebelum ini kita dah tah...
Jadual Afcon 2023 Perlawanan Waktu Malaysia

Jadual Afcon 2023 Perlawanan Waktu Malaysia

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 180 hits
Piala Negara Negara Afrika 2023 2024 atau juga dikenali dengan AFCON 2023 tahun ini akan diadakan di Ivory Coast bermula dari 13 Januari hingga 11 Februari 2024 Satu dunia telah menyaksikan bagaimana negara negara seperti Morocco Senegal Tu...
Muet 2024 Semakan Keputusan Online Sms

Muet 2024 Semakan Keputusan Online Sms

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 170 hits
PENGUMUMAN KEPUTUSAN MUET SESI 3 TAHUN 2023 DAN RAYUAN SEMAK SEMULA 2024 Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan secara online melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia Semakan Keputusan MUET Sesi 3 Tahun 2023 KEPUTUSAN UJIAN...
Waspada Sebarang Sebaran Kandungan Berkenaan Pengeluaran Khas Kwsp 2024

Waspada Sebarang Sebaran Kandungan Berkenaan Pengeluaran Khas Kwsp 2024

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 119 hits
Menurut kenyataan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Awas Jangan terpedaya dengan maklumat tidak tepat Sentiasa berhati hati dengan maklumat yang diperolehi Dapatkan maklumat sahih hanya di laman web dan media sosial r
Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Apa Itu Kwsp Akaun 3

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Lirik Lagu Satu Selamanya Twins

Pet Expo Midvalley 2024

Bercinta Ke Keluar Makan Malam Bersama Netizen Jumpa Kelibat Byun Wooseok Dalam Gambar Hyeri

Lunch Date Di Torii Teppanyaki



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Onew Bertemu Peminat Pada 27 Julai 2024

Hentikan Kerja Gila Hiburan Ekstrim Lihat K Tan

Late Lunch

Breathe Easy Indoors Exploring Air Conditioner Installation

Aneh Lelaki Kahwini Ibu Mentua Selepas Kematian Isteri Dengan Restu Bapa Mentuanya