Ek 3 Keluar Keputusan




Setelah habis peperiksaan saya pun balik ke kampung saya di Bukit Gajah, Pelangai meneruskan kehidupan cara kampung, menoreh getah. Saya pun tidak ambil kisah sangat tentang keputusan peperiksaan kerana tidak yakin akan lulus. Saya juga tidak tahu bila keputusan peperiksaan keluar kerana tiada siapa beritahu. Tv tak ada, radio tak ada, surat khabar pun tak ada. Saya juga tidak membuat sebarang persediaan misalnya ambil borang permohonan masuk universiti, memohon biasiswa dan sebagainya. 
Satu hari saya terserempak dgn Cikgu MN (arwah), bekas guru sekolah rendah saya. Dari jauh dia sudah tersenyum dan kemudian mengucapkan tahniah kepada saya. Saya pun bertanya dia ucap tahniah untuk apa. Dia beritahu, saya lulus peperiksaan STP dan nama saya ada keluar dalam surat khabar Strait Times. Sememangnya pada masa tu nama2 pelajar yang lulus peperiksaan STPM, keluar surat khabar. Masa kami berjumpa tu kalau tak silap saya sudah lebih seminggu keputusan keluar. "Cuba pergi tengok kat kedai Cikgu B sebab dia ada berlanggan surat khabar tu". Beliau mencadangkan. Apa lagi saya pun bergegas ke kedai tersebut untuk menengok keputusan peperiksaan saya. Dalam hati saya berdoa agar surat khabar hari berkenaan masih ada lagi tersimpan. Sampai di kedai Cikgu B, saya minta izin tuan kedai untuk menengok surat khabar yang dimaksudkan. "Cuba tengok kek situ, kok ado laei" kata tuan kedai. 
Saya pun meluru ke arah surat khabar yang terletak di satu sudut. Dengan segera saya menyelak surat khabar yang tersusun rapi untuk mencari surat khabar hari berkenaan yang sudah pun terlepas ke bawah. Bila terjumpa, saya dengan gelojoh mencari muka surat yang ada nama sekolah tempat saya ambil peperiksaan. Bila terjumpa nama sekolah dan nama saya, terus hati saya melonjak gembira. Satu rasa gembira yang belum pernah saya rasai sebelumnya. Macam tak percaya saya telah berjaya dalam cubaan pertama mengambil STPM dengan segala macam kekurangan dan kekangan. Sungguh manis kejayaan ini. Namun saya kawal diri supaya tidak menjerit, kerana saya sedar saya berada dalam kedai orang. Dua tiga kali saya tengok nama saya. Sah cuma nama saya sahaja yang tertera di bawah nama sekolah tersebut sedangkan yang ambil peperiksaan beratus2 orang. "Takkan aku seorang sahaja yang lulus", bisik hati saya. Tapi tak kisahlah. Yang penting saya lulus dan harus segera memberitahu keluarga kerana mereka masih belum tahu lagi.  
Saya pun mengayuh basikal dengan lajunya sambil tersenyum riang balik ke rumah. Kelajuannya mungkin kalah johan lumba basikal peringkat olimpik. Mahu sahaja saya menjerit memberitahu semua orang yang saya jumpa di kiri kanan jalan yang saya sudah lulus peperiksaan STPM. 
Keesokan harinya, saya terus ke sekolah utk mengambil slip keputusan. Pada masa itu saya tidak berjumpa kawan2 yang sama2 belajar dahulu. Bila dah dapat slip keputusan barulah saya tahu 'score' yang saya dapat bagi setiap kertas. Saya lulus dengan mendapat Prinsipal dalam semua 4 mata pelajaran yang saya ambil. Saya juga mcm tak percaya boleh dapat Prinsipal A dalam kertas BM. Yang lebih menggembirakan, saya lulus Kertas Am yang merupakan kertas wajib lulus sebagai syarat untuk diterima masuk ke Universiti walaupun saya menyangka akan gagal kertas ini atas sebab yang telah saya ceritakan dalam episod sebelum ini. Saya percaya ini semua berkat doa keluarga saya, terutamanya doa arwah ibu saya. Alhamdulillah. Syukur kepada Mu ya Allah. 
Sekian. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://al-lavendari.blogspot.com/2021/02/ek-3-keluar-keputusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Confirm Tak U Turn Dah Isteri Kedua Pu Abu Dedah Buat Keputusan Bercerai Selepas 7 Bulan Rujuk

Hiburan Confirm Tak U Turn Dah Isteri Kedua Pu Abu Dedah Buat Keputusan Bercerai Selepas 7 Bulan Rujuk

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 539 hits
Meskipun lebih selesa untuk tidak berkongsi mengenai hal peribadi dengan khalayak umum sebelum ini namun PU Abu baru baru ini mendedahkan bahawa dia sedang menjalani proses penceraian dengan isteri keduanya Hana Azraa BACA AdvertisementSeju...
Polling Tentang Keputusan Untuk Menjadi Ibu Rumah Tangga Seutuhnya Sudah Seberapa Mantap

Polling Tentang Keputusan Untuk Menjadi Ibu Rumah Tangga Seutuhnya Sudah Seberapa Mantap

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 228 hits
Menjadi ibu bekerja atau ibu rumah tangga bukanlah sesuatu yang harus diperdebatkan Keduanya memiliki risiko dan peranannya masing masing
Najib Jangka Dividen Kwsp Tahun Ini Lebih Tinggi Daripada Asb Susulan Keputusan Benar Pelaburan Di As

Najib Jangka Dividen Kwsp Tahun Ini Lebih Tinggi Daripada Asb Susulan Keputusan Benar Pelaburan Di As

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 315 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak berkata sebagai ekonomi terbesar dunia sudah tentu AS merupakan antara destinasi pelaburan luar negara terbesar KWSP PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak bertanya sama ada keputusan beliau menyok...
Tulahan Idea Grand Coalition Tiada Keputusan

Tulahan Idea Grand Coalition Tiada Keputusan

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 299 hits
Assalam Dua perkara yang penulis sarankan supaya PH segera lakukan untuk memperkukuhkan pakatan politik ini tetapi masih tidak dilakukan Pertama melantik Pengerusi PH di negeri negeri dan kedua mengarahkan PH negeri membuat pembahagian keru...
Huawei Memfailkan Petisyen Mahkamah Mencabar Keputusan Melabelkan Mereka Sebagai Ancaman Sekuriti

Huawei Memfailkan Petisyen Mahkamah Mencabar Keputusan Melabelkan Mereka Sebagai Ancaman Sekuriti

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 211 hits
Huawei kini telah memfailkan petisyen di mahkamah sekaligus mencabar keputusan FCC di Amerika Syarikat dalam menyenaraikan syarikat Huawei sebagai ancaman sekuriti untuk negara Sebelum ini Huawei telah disenaraikan pada senarai entiti yang ...
Gelaran Datuk Di Tarik Balik Farid Kamil Akur Dan Hormat Keputusan Istana Pahang

Gelaran Datuk Di Tarik Balik Farid Kamil Akur Dan Hormat Keputusan Istana Pahang

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 275 hits
PETALING JAYA Pelakon Farid Kamil menghormati dan akur dengan keputusan Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang yang dianugerahkan kepadanya pada 2017 Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari 39 berkata dia ber...
Sabar Kami Akan Buat Keputusan Kes Adib Nanti Kata Peguam Negara

Sabar Kami Akan Buat Keputusan Kes Adib Nanti Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 219 hits
February 16 2021 Tunggu dan sabar kami akan buat keputusan nanti kata Peguam Negara Idrus Harun Itu adalah reaksi Idrus ketika diminta mengulas perkembangan terkini kes kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Muhammad Adib Mo...
Sa Selepas Keluar Dari Rumah Sewa

Sa Selepas Keluar Dari Rumah Sewa

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 337 hits
Hi korang Maybe ada antara korang yang mengikuti perkembangan SA di Media Sosial tau yang SA dah tak duduk menyewa bilik lagi dah sejak MCO tahun lepas dan PKP baru ni SA dah jarang balik rumah sewa dan asyik bayar jer sewa Dari bazir duit ...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Template Blogger Responsive Seo Friendly

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry

Rain Lily Scarlet O Hara

Maszlee Malik Dan Noor Amin Ahmad Dakwa Rafizi Menipu

Johari Ghani Youths No Longer Care About Party S Legacy Umno Must Focus On Credibility Climate And Reform To Woo Them

Msn Sahkan Lee Zii Jia Dalam Keadaan Baik Tiada Isu Depresi Dan Kemurungan Dikesan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Element Hentikan Aku Untuk Mencintaimu Chord

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Sambutan Hari Lahir Angah Di The Soru Station Wangsa Maju

Malaysia Airlines A330neo Pesawat Baharu Lebih Canggih Selesa Jimat Bahan Api

Ucapan Istemewa Kepada Babab Net

Mendaki Bukit Panorama Di Sungai Lembing