Ejen Insurans Pakat Bakar Kereta


Hanya kerana mahu mendapatkan komisen tuntutan insurans, seorang ejen insurans sanggup berpakat dengan pemilik sebelum membakar kenderaan menggunakan kerosin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, terdapat tiga kes diterima pihaknya membabitkan kejadian kenderaan dipercayai dibakar dengan sengaja pada tahun ini hingga mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat di kondominium di Sri Putramas.
“Kejadian pertama dilaporkan pada 9 Jun lalu membabitkan tiga kereta, manakala kejadian kedua pada 4 Julai lalu membabitkan tiga kereta dan kejadian ketiga pada 16 November lalu membabitkan dua kereta.
“Semua kejadian itu berlaku antara 12.30 tengah malam hingga 4.30 pagi. Jumlah keseluruhan kereta yang dibakar adalah lapan membabitkan model Mercedes Benz, Bentley, Toyota, Perodua dan Nissan dianggarkan bernilai RM190,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Nik Ros Azhan berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya melakukan tangkapan terhadap lelaki tempatan berusia 35 tahun di hotel di Genting Highlands, Bentong, Pahang 11 malam, kelmarin.
“Siasatan awal mendapati suspek terbabit menetap di Taman Kepong Baru, Kuala Lumpur dan bekerja sebagai ejen insurans.
“Hasil soal siasat dilakukan kami mendapati modus operandi kegiatan suspek adalah mengenal pasti pemilik dan kemudian berpakat dengan mereka (pemilik) sebelum membakar kenderaan menggunakan gas kerosin untuk mendapatkan komisen tuntutan insuran,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya yakin berjaya menyelesaikan tiga kes kenderaan dibakar di kondominium Sri Putramas dengan penahanan suspek berkenaan.
“Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah berkaitan penipuan dan judi.
“Suspek kini direman selama empat hari bermula semalam hingga 20 November ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya. HM
Mujur ada Skim Insurans Pekerjaan (SIP) – Najib

The post Ejen insurans pakat bakar kereta appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/18/ejen-insurans-pakat-bakar-kereta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Bengang Sering Rosak Pemuda Nekad Bakar Kereta Mercedes Amg Gt63 Miliknya Itu

Video Bengang Sering Rosak Pemuda Nekad Bakar Kereta Mercedes Amg Gt63 Miliknya Itu

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 462 hits
Tertekan dengan prestasi kereta yang asyik asyik rosak seorang lelaki dari Moscow nekad membakar kereta miliknya jenis Mercedes AME G63 Difahamkan kereta yang dibeli dengan harga 13 juta rubel itu sering sahaja rosak meskip
Ejen Insurans Dakwa Polis Keluarkan Saman Terhadapnya Secara Salah Atas Tuduhan Memandu Menggunakan Handphone

Ejen Insurans Dakwa Polis Keluarkan Saman Terhadapnya Secara Salah Atas Tuduhan Memandu Menggunakan Handphone

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 293 hits
Seorang ejen insurans mendakwa dia telah disaman secara salah atas tuduhan menggunakan telefon bimbit ketika memandu Sau Peng Wan 36 berkata dia ditahan di sekatan jalan raya di Jalan Sultan Nazrin Shah ketika dalam perjalanan ke Greentown ...
Britain Haramkan Jualan Kereta Guna Bahan Api Petrol Diesel Menjelang 2030

Britain Haramkan Jualan Kereta Guna Bahan Api Petrol Diesel Menjelang 2030

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 299 hits
LONDON Britain akan mengharamkan penjualan kereta menggunakan bahan bakar petrol dan diesel pada tahun 2030 Kenyataan Perdana Menteri Boris Johnson itu dikeluarkan sedekad lebih awal berbanding komitmen dinyatakan sebelum ini Johnson membua...
Terkejut Tengok Anak Tiada Dalam Kereta Bila Diperiksa Ada Dalam Longkang

Terkejut Tengok Anak Tiada Dalam Kereta Bila Diperiksa Ada Dalam Longkang

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 724 hits
Tak sangka niat ibu untuk tinggalkan anak sekejap dalam kereta benar benar buatkan seorang ibu serik apabila mendapati anak lelakinya tiada dalam kereta Kejadian yang dikongsikan oleh seorang ibu ini benar benar menjadi pengalaman buatnya d...
Petrol Bercampur Air Sebabkan Kereta Tersadai Lepas Isi Minyak Pengusaha Stesen Minyak Mohon Maaf

Petrol Bercampur Air Sebabkan Kereta Tersadai Lepas Isi Minyak Pengusaha Stesen Minyak Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 350 hits
Jertih Seorang pengusaha stesen minyak di Kampung Tok Dor di sini memohon maaf kepada pemilik kenderaan yang rosak selepas bekalan petrol di stesen itu didapati bercampur air Difahamkan insiden itu turut tular di media sosial dan menimbulka...
Kami Makan Sate Jer 2 Pasangan Dicekup Oyeh Dalam Kereta Di Kulim

Kami Makan Sate Jer 2 Pasangan Dicekup Oyeh Dalam Kereta Di Kulim

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 537 hits
Seorang wanita bersama pasangannya yang merupakan suami orang dicekup berkhalwat di dalam sebuah kereta Toyota Vios yang diparkirkan di hadapan sebuah rumah di Taman Keladi malam kelmarin Bagaimanapun pasangan itu memberi alasan bahawa mere...
Jangan Terus Start Engine Kereta

Jangan Terus Start Engine Kereta

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 274 hits
WANITA PUN KENA AMBIL TAHU Kebanyakan kereta baru sekarang ada push start button ni tanpa cucuk lubang kunci untuk hidupkan enjin Tetapi kunci tu kena ada bersama kita la biasanya di simpan di dalam poket Kebanyakan orang masuk dalam kereta...
Video Sakitnya Ya Allah Gadis Ini Parking Kereta Nangis Nangis Tepi Jalan Sebab Frust Pakwenya Curang

Video Sakitnya Ya Allah Gadis Ini Parking Kereta Nangis Nangis Tepi Jalan Sebab Frust Pakwenya Curang

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 620 hits
Dalam sesebuah hubungan ia memerlukan kesetiaan daripada kedua belah pihak supaya tidak mudah diganggu orang ketiga Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila dia memuat naik sedang menangis dalam kereta di tepi jalan kerana di...
Platform Jual Beli Kereta Terpakai Terbaik Hanya Di Carsome

Platform Jual Beli Kereta Terpakai Terbaik Hanya Di Carsome

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 452 hits
Anda ada nak jual kereta lama anda Atau anda ada bercadang dan terfikri untuk beli kereta baru Sebelum itu pastikan anda mendapat platform dan jumpa mereka yang terbaik dalam bidang jual beli kereta ini Musim pandemik ini mungkin bagi mener...
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Muat Turun Template Buku Program Hari Guru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Penting Untuk Pengguna Cimb Tiada Lagi Sms Transaksi Mulai 17 Mei