Eidrees Bakal Jadi Abang Dapat Adik Hari Raya Nanti Anzalna Hamil 8 Bulan
Diam-diam rupanya berbadan dua. Tak sangka Anzalna Nasir bakal menimang cahaya mata kedua tak lama lagi setelah kelahiran anak pertama pada 2019. Berita gembira ini dikongsikan oleh Anzalna di instagramnya sempena 1 Ramadan.
Salam Ramadan. Alhamdulillah, bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu lagi di bulan yang mulia, bulan penuh keampunan dan rahmat daripada-Nya.
View this post on Instagram
A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)
Alhamdulillah Eidrees bakal dapat adik hari raya nanti. Another “Eid” baby. InsyaAllah..
Untuk itu, mohon doa semua agar dipermudahkan urusan melahirkan nanti dan semoga kita semua terus diberikan kesihatan yang baik. Amin.
Kongsi Anzalna, usia kandungannya kini dah mencecah 8 bulan dan bakal melahirkan anak kedua pada Hari Raya.
Tak lama lagi Eidrees akan dapat adik dan kebetulan pula jika tiada apa-apa masalah jangkaan pada Syawal nanti. Sebelum ini pun, Eidrees dilahirkan lagi beberapa hari nak raya dan sebab itu pemilihan namanya juga sempena Hari Raya Aidilfitri juga.
Sebelum ini, kelahiran Eidrees sangat dinantikan oleh Anzalna dan suaminya, Hanif Zaki setelah mendirikan rumah tangga pada Februari 2016.
Setelah 3 tahun, Allah makbulkan dan apa yang paling bermakna impian keluarganya ingin mempunyai generasi lelaki akhirnya tercapai dengan kelahiran Eidrees.
Kehadiran Eidrees itu merupakan kejutan buat dirinya dan sekaligus memenuhi impian bapa serta keluarganya yang menantikan kehadiran generasi lelaki semenjak 1993.
Sebelum ini Anzalna pernah memberitahu bapanya menunggu anak lelaki kerana adik beradiknya semua perempuan ditambah pula kakaknya, Diana Nasir juga dikurniakan tiga anak perempuan.
Cuma untuk kelahiran bayi kedua ini, Anzalna belum berkongsi jantina bayinya. Diharapkan mommy Anzalna dan bayi terus sihat dan dipermudahkan urusan kelahiran tak lama lagi.
Kredit: IG Anzalna Nasir
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post “Eidrees Bakal Jadi Abang, Dapat Adik Hari Raya Nanti.” Anzalna Hamil 8 Bulan appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/eidrees-bakal-jadi-abang-dapat-adik-hari-raya-nanti-anzalna-hamil-8-bulan/