Eh Kenapa Tak Sama
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
EH,KENAPA TAK SAMA! |Biarpun kembar seiras..akan ada perbezaannya walau pun perbezaan yang kecil sahaja.Tidak sama itu membuktikan kekuasaan Allah swt.Dan kalau sama sekalipun itu juga membuktikan kekuasaan Allah swt untuk kita hamba-hambaNYA sentiasa berfikir
Timbul pertikaian.Perdebatan.Buat orang tertanya-tanya.Kadang bingung walau tak perlu pun sampai tahap bingung berdengung.Santaikan sahaja.Bawa bertenang.Bawa borak di warong sambil minum secawan kopi ke..teh ke..horlick ke..atau pun milo
Mungkin ini cuma kes atau perkara kecil sahaja.Tapi PC percaya ianya menimbulkan banyak isu walau cuma tahap sebarannya tu di kampung-kampung sahaja..hehehe.Eh,kenapa tak sama
Ayahnya ustaz,imam,bilal,baik lagi soleh kenapa anaknya macam tu.
Ibunya sopan,berakhlak kenapa anaknya tak ikut akhlak ibunya.
Anaknya bagus tapi mak ayahnya perangai tak semenggah mana.
Bila kita melihat perbezaan atau percanggahan sikap,tingkahlaku atau apa sahaja,bersangka baiklah.Siapa pun kita.Siapa pun mereka.Apa pun hubungan atau pertalian mereka dan kita...ingat,manusia tetap manusia..setiap kita ada pakej masing-masing.Ada buku takdir sendiri-sendiri.Ada orang sangat mudah menurut kata dan nasihat.Ada juga sebaliknya.Ada orang mudah mencontohi yang baik-baik dan ada juga sebaliknya.Sebenarnya bukan sahaja dilakukan orang lain..dalam keluarga kita pun ada potensi untuk berkelakuan seperti itu
Kalau kita manilai kebaikkan seseorang itu..tumpu pada dia sahaja.jangan lihat susur galurnya.kalau kita melihat keburukkan orang lain pun sama juga..tumpu pada dia sahaja jangan dikorek kisah insan-insan disekelilingnya.Tidak perlu pelik kalau langkahnya seperti tidak seiring
Sekian
#sama-sama mencari redha Allah swt
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://perducinta.blogspot.com/2020/04/eh-kenapa-tak-sama.html