Ecrl Benarkah Ada Penjimatan Atau Sebaliknya


ECRL: PENNY WISE POUND FOOLISH
Pertama sekali, saya menyambut baik tindakan kerajaan untuk meneruskan ECRL dengan perubahan skop. Walaupun perubahan tersebut adalah merugikan, tetapi ia lebih baik daripada membatalkan projek ini sepertimana pengumuman sebelumnya.
Namun, apakah kerugian perubahan skop ini?
1. Apabila laluan ECRL tidak lagi melalui Gombak Utara, ia akan menghalang proses ‘reverse migration’ daripada berlaku. Laporan Bank Dunia pada 2014 menunjukkan bahawa negara kehilangan RM20bilion setahun atau RM54 juta sehari kesan daripada kesesakan jalan raya di Lembah Klang sahaja. Kewujudan laluan ECRL dan stesen di Gombak Utara akan mengurangkan kerugian kesesakan, membolehkan pekerja di Lembah Klang bermigrasi keluar dan menetap di kawasan seperti Mentakab dalam keadaan masih bekerja di ibu negara.
2. Apabila berlakunya ‘reverse migration’, pendapatan purata penduduk di kawasan pedalaman akan meningkat dan menyebabkan kewujudan perniagaan baru / pembangunan seperti shopping complex di kawasan tersebut. Ia tidak lagi boleh berlaku. Perjalanan Mentakab – KL selepas perubahan laluan akan melebihi 3 jam kerana terpaksa melalui Jelebu dan Putrajaya sebelum bertukar dengan pengangkutan darat lain untuk ke ibu negara. Ia menjadikan pilihan tinggal di kawasan tersebut sebagai tidak lagi ekonomi sepertimana cadangan laluan asal.
3. Pembatalan stesen-stesen ECRL terutama di Pengkalan Kubor, Jelawat (Kelantan) dan Setiu (Terengganu) akan menyebabkan kawasan2 belum membangun ini tidak lagi dapat menikmati kesan berantai projek (ripple effect). Ini kerana pembangunan hanya akan berlegar di sekeliling stesen dan bukannya di sepanjang jajaran rail kereta api.
4. Terengganu dan Kelantan akan rugi besar. Jika peniaga bumiputera yang menguasai Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor (Kelantan) akan kehilangan manfaat pengangkutan kesan pembatalan stesen di kawasan mereka, Terengganu pula akan mengalami kesan lebih besar apabila industri silika di Setiu yang menjadi nadi baru ekonomi negeri tidak lagi akan mendapat faedah optimum daripada projek ini.
5. Pengurangan 3 stesen juga menyebabkan kerajaan akan kehilangan hasil daripada cukai industri, tanah dan korporat yang boleh dinikmati kesan pembangunan di sekeliling stesen ECRL.
6. Apabila CCCC (China) sebagai kontraktor utama bersetuju untuk menanggung 50% kos penyelenggaraan sebagai timbal balas hak 20% keuntungan bersih, ia sebenarnya menunjukkan bahawa ECRL ini sebenarnya satu perniagaan yang menguntungkan. Berbeza dengan persepsi PH sebelum ini.
7. Tarikh siap ECRL ini juga dianjakkan daripada 30 Jun 2024 kepada 31 Dis 2026. Pertambahan 30 bulan. Ia merupakan sesuatu yang merugikan kerana dalam tempoh tersebut, kerajaan akan kehilangan hak untuk memungut cukai, terpaksa menanggung kos tidak langsung kesesakan pembinaan serta risiko kehilangan momentum persaingan ekonomi dengan negara-negara jiran. Momentum ekonomi ini lebih besar nilainya daripada RM21 bilion yang ‘dijimatkan’.
8. Moratorium (tempoh penangguhan bayaran ansuran) juga tidak dinyatakan. Jika sekiranya tarikh mula bagi pembayaran ansuran kekal sepertimana kontrak asal, maka kerajaan hanya mempunyai masa 4 tahun setengah bagi menstabilkan kewangan ECRL berbanding 7 tahun sebelum ini. Dan dengan tempoh masa perjalanan antara KL – Kota Bharu yang melebihi 5 jam berbanding 4 jam dalam laluan asal, ECRL akan bergelut untuk mendapat keuntungan disebabkan pakej masa (time vs money) yang kurang menarik kepada penumpang persendirian.
9. Pengguguran Stesen Kerteh juga akan menyebabkan industri minyak dan gas tidak mendapat impak penuh dalam projek ini. Ia juga akan sedikit merencatkan pembangunan Kerteh yang masih terpaksa bergantung kepada pengangkutan konvensional darat dengan perubahan pelan ECRL.
10. Kenaikan kuota kontraktor tempatan daripada 30% kepada 40% juga perlu dilihat dengan lebih mendalam. Kebanyakan kos ECRL adalah daripada kerja-kerja pakar yang teknologinya tidak dimiliki kontraktor kecil tempatan. Makanya, yang lebih berpotensi menerima manfaat adalah kontraktor besar yang sudahpun ‘establish’. Saya pohon agar MP pembangkang dapat mendesak perincian kuota ini dikemukakan di parlimen kelak dan berapa peratus kuota sebenar akan diberi kepada kontraktor bumiputera dan kelas G1.
11. Pemilikan ECRL juga tidak jelas. Jika sebelum ini ianya 100% milik negara, tapi kini CCCC akan mempunyai 50% saham di dalam sebuah syarikat kerjasama dengan MRL (Malaysia) bagi pengoperasian ECRL. Ini bermakna tenaga kerja juga akan datang daripada negara tersebut dan tidak lagi dikuasai sepenuhnya anak tempatan. Tempoh milikan juga tidak jelas dan berdasarkan standard syarikat, milikan ini adalah untuk selamanya. Dan jika akan datang kerajaan mahu memiliki sepenuhnya syarikat pengoperasian tersebut (termasuk mengambil semula keuntungan 20% ECRL daripada China), bukankah kerajaan akhirnya terpaksa mengeluarkan kos tambahan bagi membeli saham daripada milikan CCCC?
12. Jadi soalannya, betul ke kita benar-benar telah berjimat RM21.5 bilion?
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/04/16/ecrl-benarkah-ada-penjimatan-atau-sebaliknya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ecrl Tiada Penjimatan Kos Hanya Skop Kerja Dikurangkan

Ecrl Tiada Penjimatan Kos Hanya Skop Kerja Dikurangkan

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 335 hits
Jumlah stesen sudah kurang Tidak sampai lagi ke Wakaf Bharu Tumpat dari Kota Bharu Kos terbesar iaitu melalui banjaran Titiwangsa juga tidak dibelanjakan lagi Oleh itu satu matlamat penting untuk mengurangkan masa perjalanan dari Kuala Lump...
Tak Hanya Satu Atau Dua Kali Artis Indonesia Ini Nikah Cerai Hingga Tiga Kali

Tak Hanya Satu Atau Dua Kali Artis Indonesia Ini Nikah Cerai Hingga Tiga Kali

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 365 hits
Setiap orang tentu mengidamkan pernikahan hanya sekali dalam seumur hidup Namun beberapa artis Indonesia ini
4892 Sidang Media Kontraktor Bongkar Kontrak Di Felda Realiti Atau Fantasi Ppim 17 4 19

4892 Sidang Media Kontraktor Bongkar Kontrak Di Felda Realiti Atau Fantasi Ppim 17 4 19

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 341 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menerima aduan beserta bukti daripada sebuah syarikat kontraktor yang menjalankan projek perumahan Generasi Kedua di bawah seliaan FGV Pelbagai isu salah urus dan salah guna kuasa telah berkali kali dilapor...
Lawak Atau Politik Razali Ismail Minta Perhatian Di Luar Kemanusiaan

Lawak Atau Politik Razali Ismail Minta Perhatian Di Luar Kemanusiaan

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 383 hits
NewsRazali Ismail quits as Suhakam chief two weeks before term ends Jerry Choong Malay Mail 3 hours ago KUALA LUMPUR April 17 Former diplomat Tan Sri Razali Ismail has resigned from his position as chairman of the Human Rights Commission of...
Galau Pilih Menikah Dengan Tema Tradisional Atau Internasional Simak Dulu Nih Pertimbangannya

Galau Pilih Menikah Dengan Tema Tradisional Atau Internasional Simak Dulu Nih Pertimbangannya

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 248 hits
Sebelum memilih coba renungkan dan pertimbangkan dulu deh hal hal ini nih biar nggak nyesel nantinya
Nak Sangat Anak Cemerlang Kita Sendiri Macamana Cemerlang Atau Tidak

Nak Sangat Anak Cemerlang Kita Sendiri Macamana Cemerlang Atau Tidak

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 457 hits
MATA PELAJARAN ANAK ANAK SEKARANGIni laporan keputusan peperiksaan anak saya darjah 1 dan 2 Ada 11 matapelajaran yang mereka perlu kuasai untuk membolehkan mereka dikira cemerlang di sekolah Tidaklah menjadi isu bagi saya jika ini sememangn...
Pilih Pak Jokowi Atau Prabowo Sebagai Presiden Indonesia Jawapan Win Arif Jiwa Asyraf Disokong Netizen

Pilih Pak Jokowi Atau Prabowo Sebagai Presiden Indonesia Jawapan Win Arif Jiwa Asyraf Disokong Netizen

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 334 hits
Pelakon yang juga menantu kepada Dato Siti Nurhaliza Tya Arifin memuat naik sebuah video di instagramnya Dalam video tersebut dia bertanya kepada anak lelakinya sama ada memilih Bapak Jokowi atau Bapak Prabowo sebagai presiden baru Indonesi...
Pengelap Cermin Kereta Jenis Getah Biasa Atau Silikon Mana Lebih Bagus

Pengelap Cermin Kereta Jenis Getah Biasa Atau Silikon Mana Lebih Bagus

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 989 hits
Wiper pengelap cermin kereta Alza aku dah rosak tapi dekat 3 bulan juga masih guna walaupun getah wiper dah jadi keras dan bahagian hujung dia dah terkoyak Bila memandu dalam hujan kurang nampak jalan sebab wiper dah tak boleh nak sapu bers...
Pukul Berapa Kepastian Jokowi Atau Prabowo Menang Versi Quick Count

Pukul Berapa Kepastian Jokowi Atau Prabowo Menang Versi Quick Count

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 303 hits
Kalau untuk Pilpres satu jam dua jam yang pemilihnya sedikit itu bisa diketahui Tapi rata rata sebelum matahari terbenam sudah selesai Maksimal maghrib sudah 100 persen katanya
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta