Senarai Pelepasan Cukai 2023 Untuk E Filing 2024


Senarai Pelepasan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2023 LHDN (e-Filing 2024)
Seperti setiap tahun, pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2023 dan Tahun Saraan 2023 melalui e-Filing bagi pembayar cukai individu dan selain individu iaitu Borang BE, B, M, BT, MT, P, TF, TP dan E boleh dilakukan mulai 01 Mac 2024.
LHDN telah menyenaraikan pelepasan cukai individu pemastautin bagi tahun taksiran 2023 untuk makluman semua pembayar cukai.
Berikut adalah senarai Pelepasan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai atau e-filing yang akan dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi e-filing 2024 nanti.
Adakah Anda Layak Dikenakan Cukai? Cukai pendapatan dikenakan terhadap setiap individu bagi pendapatan yang terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran.
Seseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan MELEBIHI nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Skop pengenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf mastautinnya.
Individu bermastautin dikenakan cukai mengikut kadar cukai berskala serta layak menuntut potongan menurut seksyen 45A ACP hingga seksyen 49 ACP. Manakala individu bukan pemastautin dikenakan cukai pada kadar tetap 30% dan tidak layak menikmati sebarang potongan.
Sebarang punca pendapatan daripada luar Malaysia yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dikecualikan cukai.
I) JUMLAH PENDAPATAN PENGGAJIAN (INDIVIDU) YANG TIDAK DIKENAKAN CUKAI
Individu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 34,000 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan layak dikenakan cukai.
Pengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang TIDAK DIKENAKAN CUKAI adalah mengambil kira pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak. Pelepasan asas yang diambil kira adalah pelepasan individu dan saudara tanggungan serta pelepasan suami / isteri dan anak (di bawah umur 18 tahun) bagi individu yang telah berkahwin. Manakala tolakan rebat individu (RM400) serta pasangan (RM400 jika berkenaan) dibenarkan sekiranya pendapatan bercukai individu tersebut tidak melebihi RM35,000.
Berikut merupakan ambang jumlah pendapatan individu TIDAK DIKENAKAN CUKAI mengikut jenis taksiran :
JENIS TAKSIRANPENDAPATAN TAHUNAN (RM)PENDAPATAN BULANAN (RM)Diri Sendiri(Bujang / janda / balu / duda / pasangan tiada punca pendapatan)37,3333,111Berasingan1. Berkahwin + 0 Anak37,3333,1112. Berkahwin + 1 Anak  3. Berkahwin + 2 Anak41,3333,444Bersama1. Berkahwin + 0 Anak48,0004,0002. Berkahwin + 1 Anak50,0004,1673. Berkahwin + 2 Anak52,0004,333 Nota:
* Jumlah pelepasan individu dan saudara tanggungan adalah RM9,000
** Jumlah pelepasan anak di bawah umur 18 tahun adalah RM2,000 bagi seorang anak
*** Jumlah kelayakan rebat (diri sendiri dan suami / isteri) terhad kepada pendapatan bercukai individu sehingga RM35,000
Baca juga: ezHASiL: Panduan Isi eFiling Cukai Pendapatan Untuk Kali Pertama
II) JUMLAH PENDAPATAN PENGGAJIAN PERNIAGAAN (INDIVIDU) YANG TIDAK DIKENAKAN CUKAI
Keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai (termasuk sebarang bentuk perniagaan yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa (Ekonomi Bayangan).
Perniagaan terdiri daripada:
Milikan Tunggal / Bekerja Sendiri Individu yang menjalankan perniagaan secara perseorangan
Perkongsian Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Perkongsian mungkin wujud di antara :
Individu-individu Dua syarikat Individu dan syarikat Individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian Contoh Perniagaan :
Perniagaan Runcit Perniagaan Pasar Malam / Gerai Perniagaan Melalui Internet (Ekonomi Digital) Bidang Lakonan / Nyanyian / Duta Produk / Ulasan Produk Komisen / Kelas Tuisyen / Penceramah Perniagaan Jualan Langsung / Stokis Bidang Penulisan / Youtuber / Blogger Pertanian dan Penternakan Klinik, Firma Guaman atau Lain-Lain Pengamal Profesional Pemandu Teksi / e-hailing Senarai Pelepasan Cukai 2023 (Untuk e-Filing 2024) IMBAS KEMBALI : PELEPASAN CUKAI 2022
Rujuk jadual penuh Pelepasan Cukai LHDN 2022 Untuk e-Filing 2023 :
Bil.Jenis Potongan IndividuAmaun (RM)1Individu dan saudara tanggungan9,0002Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)8,000 (Terhad)3Perbelanjaan pembelian peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya)6,000 (Terhad)4Individu kurang upaya6,0005Yuran pengajian (Sendiri):

Peringkat selain sarjana atau doktor falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;

Peringkat sarjana atau doktor falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajianKursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri (Terhad RM2,000)7,000 (Terhad)6Perbelanjaan perubatan bagi:

Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak)

Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami / isteri)

Perbelanjaan perubatan bagi pemvaksinan (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak) (Terhad RM1,000)8,000 (Terhad)7Perbelanjaan (Terhad RM1,000) bagi:

Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) seperti yang ditakrifkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MPM).

Ujian pengesanan COVID-19 termasuk pembelian kit ujian kendiri ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak.

Pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak8Gaya hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:

Pembelian dan langganan buku, jurnal, majalah, surat khabar dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);

Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);

Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 dan bayaran keahlian gimnasium; dan

Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)2,500 (Terhad)9aGaya hidup – Pelepasan tambahan kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:

Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997

Bayaran sewa atau fi kemasukan ke fasiliti sukan

Bayaran fi pendaftaran bagi menyertai pertandingan yang mana penganjur diluluskan dan dilesenkan oleh Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997500 (Terhad)9bGaya hidup – Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan2,500 (Terhad)10Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran)1,000 (Terhad)11Bayaran bagi yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar3,000 (Terhad)12Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Tabungan bersih adalah jumlah simpanan dalam tahun 2022 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2022)8,000 (Terhad)13Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri4,000 (Terhad)14Suami / Isteri kurang upaya5,00015aAnak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun2,00015bAnak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)2,00015bAnak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

– mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institusi pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau

– berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau

– mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.

– kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.8,00015cAnak Kurang upaya6,000Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. = RM 8,00016 Insuran nyawa dan KWSP  Kategori penjawat awam berpencenPremium insurans nyawa yang tidak membuat caruman KWSP / skim yang diluluskan ATAU Kategori SELAIN daripada 16(i) Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000) Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)7,000 (Terhad)17Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh (Deferred Annuity)3,000 (Terhad)18Insurans pendidikan dan perubatan3,000 (Terhad)19Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017350 (Terhad)20 Perbelanjaan pelancongan domestik bagi:

– Bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar (Klik sini) dengan Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992

– Bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong

– Pembelian pakej pelancongan domestik melalui ejen pengembaraan berlesen yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 19921,000 (Terhad)21Perbelanjaan bayaran pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri (Bukan untuk kegunaan perniagaan)2,500 (Terhad) JADUAL PELEPASAN CUKAI 2023 UNTUK E-FILING 2024 / Sumber: https://www.hasil.gov.my/
Apakah Yang Patut Dilakukan Jika Anda Layak Dikenakan Cukai Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada HASiL. 
Individu tersebut adalah bertanggungjawab untuk :
 Daftar Nombor Cukai Pendapatan / Kemaskini Maklumat
Lapor Pendapatan Tahunan
Bayar Cukai Pendapatan Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran ATAU secara online melalui Portal MyTax.
NOTA:
Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :
dalam talian (online) melalui aplikasi e-Daftar dalam sistem MyTax, https://mytax.hasil.gov.my Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :
Pendaftaran secara e-Daftar :
Pasport bagi bukan warganegara Malaysia Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan) Maklumat Lanjut Tentang Pelepasan Cukai 2023 / 2024 Sila layari laman web http://www.hasil.gov.my/ atau hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan Hasil Care Line untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Pelepasan Cukai 2022 bagi memudahkan proses e-Filing 2024.
Hasil Care Line
03-8911 1000
603-8911 1100 (Luar Negara) Rujukan Segera
Penggajian (Tiada Pendapatan Perniagaan) 03-8911 1200 Perniagaan (Bekerja Sendiri / Perkongsian) 03-8911 1300 e-Filing 03-8911 1400 Bantuan Khas Kerajaan / Bantuan Keluarga Malaysia 1800-88-2747 Sekiranya tuan/puan mengalami masalah menghubungi Hasil Care Line, tuan/puan juga boleh menghubungi mana-mana Cawangan LHDNM terdekat untuk mendapatkan bantuan.
Untuk sebarang maklumbalas / pertanyaan / permohonan melalui emel, sila gunakan Borang Maklumbalas Pelanggan di portal rasmi LHDNM.
Sila klik di sini untuk ke Borang Maklumbalas Pelanggan
Perhatian: Untuk kategori maklumbalas, sila pilih hanya satu kategori sahaja iaitu samada “Pertanyaan” atau “Permohonan”.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/senarai-pelepasan-cukai-2024-2023/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=senarai-pelepasan-cukai-2024-2023

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelepasan Cukai Individu Pemastautin 2023

Pelepasan Cukai Individu Pemastautin 2023

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 348 hits
Tahun Taksiran 2023Sumber dari Facebook Page LHDNPerlepasan IndividuIndividu dan saudara tanggungan RM9000Individu kurang upaya RM 6000Suami Isteri kurang upaya RM 5000Suami Isteri Bayaran alimoni kepada bekas isteri RM 4000 Yuran pengajian...
Perlaksanaan Penilaian Kendiri Sekolah Skpm 2023 2024

Perlaksanaan Penilaian Kendiri Sekolah Skpm 2023 2024

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 295 hits
Mengikut surat edaran bertarikh 14 Ogos 2023 yang lalu Penilaian Kendiri Sekolah SKPM Kualiti Sekolah bagi sesi 2023 2024 akan mula dilaksanakan pada 15 Ogos 2024 hingga 14 Julai 2024 Penilaian ini boleh dibuat melalui Sistem Bersepadu KPM ...
Kalendar Islam 2023 2024 Tarikh Penting Bulan Islam

Kalendar Islam 2023 2024 Tarikh Penting Bulan Islam

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 385 hits
KALENDAR ISLAM TAKWIM 2023 MILADIAH 1444 1445 HIJRIAH BAGI MALAYSIA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengeluarkan Takwim 2023 Miladiah 1444 1445H Bagi Malaysia Semoga takwim ini dapat membantu melancarkan lagi penyusunan aktiviti haria...
Cukai Barangan Mewah Bermula 1 Mei 2024

Cukai Barangan Mewah Bermula 1 Mei 2024

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 257 hits
Cukai barang bernilai tinggi atau cukai barangan mewah bermula 1 Mei 2024 Ini telah dijelaskan oleh Datuk seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan belanjawan 2024 pada bulan lalu Menurut Anwar yang juga menteri kewangan telah berkata kementer...
Bantuan Rahmah 2023 Berita Inisiatif Belanjawan Bajet 2024

Bantuan Rahmah 2023 Berita Inisiatif Belanjawan Bajet 2024

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 466 hits
Senarai Bantuan Rahmah 2023 Berita Inisiatif Belanjawan Bajet 2024 Bantuan Rahmah merupakan bantuan bantuan yang diperkenalkan oleh Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah dan golongan bersasar yang layak menerima bantuan ini Bantuan ...
Tiktok Awards Malaysia 2023 Senarai Penuh Pemenang

Tiktok Awards Malaysia 2023 Senarai Penuh Pemenang

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 262 hits
Buat pertama kali dianjurkan di Malaysia TikTok Awards Malaysia 2023 berlangsung penuh meriah dan juga jayanya pada tanggal 27 August 2023 Meraikan Content Creator yang kreatif inovatif dalam menghasilkan pelbagai pengisian yang berilmiah h...
All Stars Gegar Vaganza 2023 Markah Gv10 Minggu 10 Senarai Lagu Minggu 11

All Stars Gegar Vaganza 2023 Markah Gv10 Minggu 10 Senarai Lagu Minggu 11

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 341 hits
Bila tonton persembahan Aliff Aziz tu memang dah rasa dia akan tercorot sebabnya suara dia seakan tidak sihat dan berharap tiada penyingkiran tapi harapan meleset Seperti diduga Aliff Aziz terkeluar dan rasa macam macam tak ada seri dah nak...
The Definitive List Of 2024 Bedroom Decor Trends

The Definitive List Of 2024 Bedroom Decor Trends

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 173 hits
As we usher in a new year it s time to refresh and revitalize our living spaces starting with the most intimate haven of all the bedroom 2024 promises to bring exciting trends that seamlessly The post appeared first on
Kursus Seo Pontianak Persiapkan Bisnis Anda Melesat Di Tahun 2024

Kursus Seo Pontianak Persiapkan Bisnis Anda Melesat Di Tahun 2024

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 216 hits
Kursus SEO Pontianak SEO adalah singkatan dari Search Engine Optimization yang merupakan serangkaian teknik dan strategi yang digunakan untuk meningkatkan visibilitas suatu situs web di hasil mesin pencari seperti Google Bing dan Yahoo Tuju...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan