E Tunai Rakyat Maklum Balas Orang Ramai Berbeza Ikut Usia


Ramieza WahidDiterbitkan Hari ini 10:00 pagi 
BERITA

TINJAUAN | Kira-kira 15 juta rakyat Malaysia layak menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch 'n Go.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan memperuntukan RM450 juta bagi tujuan itu di bawah pelaksanaan program e-Tunai Rakyat.

Tinjauan Malaysiakini mengikut kategori generasi umur yang berbeza di sekitar Lembah Klang dan Shah Alam memperlihat pandangan yang pelbagai berkenaan penggunaan e-dompet tersebut.

Bagi golongan usia 50an, mereka menyifatkan pemberian bantuan oleh kerajaan menerusi e-dompet itu melecehkan.

Menurut pesara Abdul Aziz Bahnan, 59, penggunaan e-dompet bagi memberi bantuan kepada rakyat dirasakannya sebagai satu usaha yang tidak cekap kepada masyarakat pada peringkat umurnya.

Katanya, golongan komuniti yang berusia tidak terlalu terdedah dengan teknologi canggih di Malaysia.

Cara lama beratur, isi borang

“Pakcik tahu berkenaan e-Tunai Rakyat itu, tetapi susah sebab bukan tahu nak guna macam mana.

“Orang macam pakcik, lagi suka kalau bagi duit masukkan dalam akaun saja. Kerajaan nak bantu itu sudah okay, tetapi jangan dengan proses macam ini. Dia sukarkan golongan tua macam kami,” katanya yang merupakan penduduk di Klang.

Jelasnya lagi, dia lagi gemar dengan cara bantuan yang diberikan kerajaan terdahulu seperti beratur dan mengisi borang.

“Pakcik lagi suka style dulu, beratur, isi borang. Senang kita tahu duit masuk dekat mana. Macam ini leceh lah,” katanya lagi.

Selain itu, peniaga R Selvam, 52, memberitahu Malaysikini penggunaan e-dompet tidak banyak membantu warga emas.
Tambahnya, dia juga tidak tahu bagaimana untuk mengambil wang bantuan tersebut dan berasakan ia satu proses yang melecehkan.

“Saya mahu itu duit, tetapi proses dia leceh lah,” katanya ketika ditemui di kawasan Seksyen 2, Shah Alam.

Program e-Tunai Rakyat diumumkan oleh kerajaan persekutuan semasa pembentangan Bajet 2020 dengan tujuan memberi galakan kepada penggunaan e-dompet di kalangan orang ramai.

Ia sejajar dengan agenda Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) kerajaan, yang bertujuan mengurangkan halangan untuk mengakses teknologi digital dan menjadikan proses pendigitalan inklusif kepada semua.

Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun, layak untuk menerima wang e-tunai itu melalui mana-mana e-dompet yang mengambil bahagian.

Sementara itu, rakyat di kalangan umur 20-an menjelaskan bahawa penggunaan e-dompet itu satu kegunaan yang mudah dan sejajar dengan perkembangan terkini dunia yang moden.
Nur Intan Syafiqah Abdullah, 25 (gambar, atas) berkata penyaluran bantuan melalui e-dompet banyak menolongnya sebagai pelajar kerana kaedah pemberiannya tidak seperti proses terdahulu.

Tambahnya, dia juga dapat membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan itu dengan cepat kerana boleh dilakukan menerusi telefon secara mudah.

“Senang, kami kadang pelajar ni leceh nak beratur apa semua. Pakai telefon saja,” katanya yang merupakan pelajar kejuruteraan mekanikal di sebuah universiti awam

Turut senada, Adam Azreeq Ismail, 22, juga mengakui sudah menuntut wang tersebut sejurus selepas permohonan e-dompet itu dibuka.

“Saya dah redeem duit itu, senang sebab simple saja proses dia,” katanya kepada Malaysiakini.
Menurut seorang pensyarah di IPT, Nurul Iman Muhammad Dimyati, 30 (gambar, atas) terpulang kepada golongan umur sepertinya yang ingin mempelajari teknologi tersebut.

Jelasnya, terdapat segelintir golongan seusianya yang masih tidak tahu menggunakan teknologi tersebut.

“Tidak semua yang tahu kalau ikut umur saya, ada juga yang masih lemah, ikut mereka sama ada nak belajar atau tidak lah,” katanya.

Difahamkan pengendali e-dompet cuba mendapatkan sebanyak mungkin pelanggan yang layak agar menuntut wang RM30 pemberian kerajaan melalui perkhidmatan syarikat mereka.

Ketiga-tiga firma berkenaan - Grab, Boost, dan Touch 'n Go - yang terlibat dalam skim itu telah melancarkan pelbagi insentif untuk menarik orang ramai supaya mendaftar e-dompet.

Manakala, jika dilihat dari kategori umur pertengahan iaitu diantara 30 hingga 40 tahun, kebanyakan mereka yang ditemui Malaysiakini berkata penggunaan e-dompet ini menyenangkan cuma tidak semua golongan umur mereka yang celik teknologi maklumat.
Bagi Mohamed Hamzani Mohamed Izzamudin (gambar, atas) pula, e-dompet ini sangat berguna malah memudahkan tugasnya.

“Saya sebagai golongan dalam umur 30 tahun ini, rasa senang dan cepat bila ada e-dompet,” katanya yang juga merupakan seorang pensyarah.

Selain itu, Shifa Faizal, 40 pula berkata dorongan kepada rakyat untuk menggunakan e-dompet wajar hadir bersama didikan kepada rakyat terutamanya golongan tua.

“Kita pun yang umur macam ini tiada yang tahu sangat, lagi orang tua. Lagi mereka rasa payah.

“Jadi saya rasa wajar didik golongan tua ini jugalah, biar mereka juga tahu bagaimana nak 'hidup' dalam dunia yang penuh dengan teknologi ini,” katanya.

Untuk makluman, RM30 bantuan e-tunai itu mesti dibelanjakan antara 15 Jan dan 14 Mac, 2020, dan baki yang tidak dibelanjakan akan luput selepas tempoh tersebut

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/01/e-tunai-rakyat-maklum-balas-orang-ramai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Nak Daftar E Tunai Rakyat

Bagaimana Nak Daftar E Tunai Rakyat

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 729 hits
Bagaimana Nak Daftar e Tunai Rakyat Kira kira 15 juta rakyat Malaysia yang layak boleh menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana mana tiga pengendali e dompet terpilih iaitu Grab Boost dan Touch n Go mulai 8 00 pagi esok Menteri K...
Kenapa Saya Pilih Boost Untuk Tebus E Tunai Rakyat

Kenapa Saya Pilih Boost Untuk Tebus E Tunai Rakyat

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 1209 hits
Mana satu korang claim untuk E Tunai Rakyat Boost offer extra RM3 bila korang pakai ref code member time claim RM30 tu Dan korang akan dapat RM3 jugak setiap kali kawan korang pakai ref code korang Setiap kali user ke 5 pakai ref code koran...
For Fast Fingers Claim Up To 100x More Value With Grab E Tunai Rakyat Here S How

For Fast Fingers Claim Up To 100x More Value With Grab E Tunai Rakyat Here S How

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 460 hits
Siapa cepat banyak dapat Published for GrabPay 15 Jan 2020 08 00 AM Cover image via RinggitPlus Tirachardz Freepik Edited by SAYS The Malaysian government recently announced its e Tunai Rakyat initiative From 15 January 2020 eligible Malays...
Step By Step On How To Claim Your Rm30 E Tunai Rakyat

Step By Step On How To Claim Your Rm30 E Tunai Rakyat

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 600 hits
E tunai rakyat adalah insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat melalui applikasi e wallet Touch n Go Grab dan Boost mulai 15 Januari 2020 bermula jam 8 pagi Rakyat hanya boleh memilih salah satu platform untuk menerima insentif i...
Hiburan Siapa Cepat Banyak Dapat 100x Lebih Berbaloi Dengan Grab E Tunai Rakyat

Hiburan Siapa Cepat Banyak Dapat 100x Lebih Berbaloi Dengan Grab E Tunai Rakyat

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 456 hits
Anda berusia 18 tahun ke atas Berpendapatan RM10 000 dan ke bawah setahun Ha Abang Nara ada berita baik untuk anda Sekiranya anda memenuhi kedua dua syarat di atas maka anda layak untuk menuntut insentif e Tunai Rakyat daripada kerajaan Mal...
Cara Claim Rm30 E Tunai Rakyat Melalui Aplikasi Boost

Cara Claim Rm30 E Tunai Rakyat Melalui Aplikasi Boost

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 1251 hits
Assalamualaikum Malam tadi dah keluar berita mengenai baucer e tunai rakyat bernilai RM 30 Pasti ramai yang sibuk untuk dapatkan cara cara untuk menebus RM 30 tersebut kan Sebenarnya tidak susah pun nak tebus Dengan syarat korang dah instal...
Langkah Mudah Tebus Rm30 E Tunai Rakyat Menerusi Grabpay Tng E Wallet Boost

Langkah Mudah Tebus Rm30 E Tunai Rakyat Menerusi Grabpay Tng E Wallet Boost

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 941 hits
RM30 percuma khas dari Kerajaan Malaysia rugi kalau tak claim bagi yang layak Ini Cara Untuk Claim RM30 Percuma Untuk e Wallet Pilihan Anda Dalam bajet 2020 tempoh hari Kerajaan Malaysia mengumumkan insentif sebanyak RM30 untuk pengguna E W...
Claim Grab E Tunai Rakyat

Claim Grab E Tunai Rakyat

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 608 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata program e Tunai Rakyat itu yang dilancarkan dengan dana keseluruhan RM450 juta akan disalurkan melalui tiga pengendali e dompet terbesar di Malaysia iaitu Grab Boost dan Touch n Go Menurutnya RM30 itu b...
Inisiatif E Tunai Rakyat

Inisiatif E Tunai Rakyat

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 701 hits
Tuntut E Tunai Rakyat mulai hari iniKira kira 15 juta rakyat Malaysia layak boleh menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana mana tiga pengendali terpilih iaituTouch n Go Grab dan Boost mulai 8 pagi hari ini Menteri Kewangan Lim Gu...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda