E Reporting Pdrm Laporan Polis Online Kemalangan Kecil


e-Reporting Online PDRM ialah sistem rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membolehkan orang ramai membuat laporan polis secara online melalui laman web rasmi https://ereporting.rmp.gov.my/ tanpa perlu hadir ke balai. Kemudahan ini sangat berguna untuk buat repot polis bagi kes-kes kecil seperti kehilangan dokumen peribadi atau barangan, serta laporan kemalangan jalan raya kecil.
Dengan adanya e-Reporting PDRM, rakyat Malaysia boleh menjimatkan masa kerana laporan boleh dibuat bila-bila masa, di mana sahaja – hanya perlukan capaian internet.
Bayangkan kalau pernah terlanggar bumper kereta depan sikit masa hujan atau traffic jam, mesti panik kan? Sudahlah kereta calar, nak kena fikir lagi fasal nak pergi balai polis buat laporan. Leceh betul!
Jadi apa yang bagusnya, sistem ini mengintegrasikan terus repot polis kita dengan insurans dan takaful.
Jadi, lebih cepat kalau nak buat tuntutan dan cukup telus. Siasatan pun dapat dibuat lebih cepat.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang portal ini dan cara membuat repot polis online.
Sumber : Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM Pengenalan e-reporting PDRM e-Reporting ialah platform dalam talian yang dibangunkan oleh PDRM untuk memudahkan orang ramai membuat laporan polis secara sah. Semua laporan yang dihantar melalui portal ini akan terus direkodkan dan disalurkan ke balai polis berdekatan.
Namun, sistem ini hanya khusus untuk laporan kes-kes ringan, bukan jenayah serius atau kecemasan. Contohnya kehilangan dokumen penting (Kad Pengenalan, pasport, lesen memandu, kad bank) atau kehilangan barangan peribadi (telefon, laptop, kunci, dompet) bagi tujuan rekod atau tuntutan insurans.
Terkini, anda juga boleh buat repot polis online sekiranya berlaku kemalangan kecil di lebuh raya PLUS.
Ujian rintis e-Reporting akan bermula pada 1 September 2025, di mana pengguna boleh melaporkan kemalangan di PLUS sekiranya:
Melibatkan kenderaan persendirian sahaja Tidak melibatkan kenderaan lain Tidak melibatkan sebarang kecederaan Tidak melibatkan harta awam dan persendirian Sumber: Laman web rasmi https://ereporting.rmp.gov.my/ Cara Buat Laporan Polis Online Pergi ke laman rasmi https://ereporting.rmp.gov.my Daftar akaun baru atau log masuk dengan MyKad & maklumat peribadi. Pilih jenis laporan yang nak dibuat. Isi butiran kejadian dengan lengkap. Pilih balai polis untuk rujukan laporan. Cetak salinan laporan untuk simpanan atau kegunaan insurans. Sila rujuk video panduan di bawah:
CARA PENDAFTARAN E-REPORTING PDRM
CARA BUAT LAPORAN KEMALANGAN KECIL ONLINE
Syarat & Jenis Repot Polis Online Yang Dibenarkan Sistem e-Reporting adalah terhad kepada Warga Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas serta boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang mempunyai capaian talian internet. Jenis aduan eReporting:
Kehilangan Pembatalan Permit/ Pembantu Rumah Bencana Alam Kemalangan Jalan Raya Kelebihan Jimat masa – tak perlu tunggu lama di balai 24 jam – boleh buat laporan bila-bila masa Mudah simpan rekod – boleh cetak laporan sendiri Mesra pengguna – boleh buat dari rumah atau pejabat Diijayakan dengan kerjasama penuh oleh industri insurans dan takaful – boleh buat tuntutan lebih cepat! Maklumat Lanjut Helpline:
Bilik Gerakan & Helpdesk TSM
[email protected]
– 03-910 6573 / 03-910 65732 / 03-910 65735 / 03-910 65736
– https://ereporting.rmp.gov.my/
– Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) dan panduan berikut:
1.0    PENGENALAN 2.0    PENDAFTARAN 3.0    LOG MASUK 4.0    LUPA KATA LALUAN 5.0    KEMAS KINI KATA LALUAN 6.0    LOG KELUAR 7.0    REPOT POLIS 7.1    KEMALANGAN 7.1.1           PADA BAHAGIAN BUTIRAN PERIBADI 7.1.2           PADA BAHAGIAN BUTIRAN KEJADIAN 7.1.3           PADA BAHAGIAN KETERANGAN KEJADIAN 7.1.4           PADA BAHAGIAN PERAKUAN 7.1.5           PADA BAHAGIAN CETAK REPOT 8.0    CETAK REPOT POLIS 9.0    BUTIRAN PERIBADI Adakah laporan melalui e-Reporting sah di sisi undang-undang? Ya. Semua laporan yang dihantar melalui sistem ini sah dan disimpan dalam rekod rasmi PDRM.
Bolehkah saya buat laporan jenayah melalui e-Reporting? Tidak. Hanya laporan kes kecil dibenarkan. Kes jenayah mesti dibuat di balai polis.
Perlu bayar apa-apa caj untuk guna e-Reporting? Tidak. Sistem ini adalah percuma untuk semua pengguna.
Bagaimana jika saya terlupa cetak laporan? Anda boleh log masuk semula dan muat turun salinan laporan.
Bagaimana nak buat repot polis online? e-Reporting Online PDRM adalah platform digital yang memudahkan rakyat Malaysia membuat laporan polis bagi kes kecil seperti kehilangan dokumen atau kemalangan tanpa kecederaan. Dengan sistem ini, proses jadi lebih cepat, mudah dan mesra pengguna – tanpa perlu beratur panjang di balai polis.
Untuk mula buat repot polis online, layari: https://ereporting.rmp.gov.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/e-reporting-police-pdrm/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=e-reporting-police-pdrm

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Sahkan Terima Laporan Cubaan Culik Murid Tahun Enam Di Melaka

Polis Sahkan Terima Laporan Cubaan Culik Murid Tahun Enam Di Melaka

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 653 hits
Polis sahkan terima laporan cubaan culik murid tahun enam di Melaka Foto hiasan MELAKA Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan cubaan culik seorang murid lelaki berusia 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Bukit Baru di sini Ke...
Gempa Bumi Lemah Gegar Segamat Tiga Laporan Polis Diterima

Gempa Bumi Lemah Gegar Segamat Tiga Laporan Polis Diterima

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 2014 hits
SEGAMAT Tiga laporan polis diterima susulan gegaran gempa bumi lemah yang melanda daerah ini awal pagi tadi Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata laporan berkenaan membabitkan kerosakan siling surau retakan s...
Tular Video Lelaki Ada Hubungan Dengan Isteri Orang Doktor Buat Laporan Polis

Tular Video Lelaki Ada Hubungan Dengan Isteri Orang Doktor Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 2169 hits
Tular video lelaki ada hubungan dengan isteri orang doktor buat laporan polis Doktor yang bertugas di pusat perubatan di Kota Bharu buat laporan polis selepas video beliau dikatakan curang dengan isteri orang tersebar Foto tular KOTA BHARU ...
Pakar Patologi Buat Laporan Polis Setelah Terima Ugutan

Pakar Patologi Buat Laporan Polis Setelah Terima Ugutan

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 1120 hits
Pakar Patologi Buat Laporan Polis Setelah Terima Ugutan KOTA KINABALU 6 Sept Polis menerima laporan daripada Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth Dr Jessie Hiu berhubung ugutan diterimanya selepas menjadi saksi di Mahkamah Koroner dalam ...
Sebar Video Hasutan Th Buat Laporan Polis Mcmc

Sebar Video Hasutan Th Buat Laporan Polis Mcmc

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 1276 hits
Sebar Video Hasutan TH Buat Laporan Polis MCMC KUALA LUMPUR 22 Ogos Lembaga Tabung Haji telah membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia susulan penyebaran beberapa video berunsur fitnah dan hasutan di m...
Bungkusan Mencurigakan Guna Nama Pengerusi Mcmc Buat Laporan Polis

Bungkusan Mencurigakan Guna Nama Pengerusi Mcmc Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 379 hits
Bungkusan Mencurigakan Guna Nama Pengerusi MCMC Buat Laporan Polis KUALA LUMPUR 21 Ogos Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuat laporan polis berhubung satu penghantaran bungkusan mencurigakan melalui syarikat kurier dengan m...
Mengantuk Dipercayai Punca Kemalangan Maut Di Skve Polis

Mengantuk Dipercayai Punca Kemalangan Maut Di Skve Polis

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 2230 hits
Mengantuk dipercayai punca kemalangan maut di SKVE polis Berita disiarkan BH Online SHAH ALAM Mengantuk dipercayai menjadi punca empat lelaki tempatan maut selepas pikap yang dinaiki mereka sebelum merempuh sebatang pokok di kilometer 27 7 ...
Polis Kesan Saksi Kemalangan Remaja Maut Di Pitas

Polis Kesan Saksi Kemalangan Remaja Maut Di Pitas

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 1087 hits
Polis Kesan Saksi Kemalangan Remaja Maut Di Pitas KOTA MARUDU 18 Ogos Polis sedang mengesan saksi kes langgar lari seorang pelajar lelaki tingkatan empat yang maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodu...
Ismail Sabri Buat Laporan Polis Skmm Isu Artikel Fitnah Kaitkan Dirinya Dengan Serangan Anak Rafizi

Ismail Sabri Buat Laporan Polis Skmm Isu Artikel Fitnah Kaitkan Dirinya Dengan Serangan Anak Rafizi

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 688 hits
Ismail Sabri buat laporan polis SKMM isu artikel fitnah kaitkan dirinya dengan serangan anak Rafizi Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Foto NSTP KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat lap...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Radiohead Let Down Chord

Asal Nak Bikin Youtube Content Kini Dah Jadi Pengarah Filem Penghukum Nusantara Assassin

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sekadar Celoteh Prk Sabah 2025

Grindelwald Day 7 2

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa