E Penyata Gaji Janm Semakan Slip Gaji Online


PENAMBAHBAIKAN SISTEM e-PENYATA GAJI & LAPORAN (eSPGL)
Kerajaan sudah mendapat petunjuk tertentu berhubung dakwaan berlaku pencerobohan sistem penyata gaji (ePenyata Gaji) penjawat awam.
Media sebelum ini melaporkan, penggodam yang mengaku daripada organisasi keselamatan siber ‘gray hat’ mendakwa menceroboh ePenyata Gaji penjawat awam, bagi menunjukkan kelemahan sistem itu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata kenyataan lanjut akan dikeluarkan oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).
Notis Penyelenggaraan Sistem Terkini, difahamkan JANM telah selesai melaksanakan Aktiviti Penyelenggaraan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL) dan ePayslip JANM Mobile.
Sehubungan itu, Sistem eSPGL dan ePayslip JANM Mobile telah dapat diakses untuk mendapatkan penyata gaji bulan September 2022.
Sebelum ini, Jabatan Akauntan Negara Malaysia memaklumkan aktiviti penyelenggaraan melalui media sosial rasmi mereka di Facebook.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang info dan update berkaitan laman web ini untuk makluman bersama.
Apakah ePenyata Gaji? e-Penyata Gaji merupakan sistem online oleh Jabatan Akauntan Negara (ANM) untuk memberi akses kepada Kakitangan Kerajaan berperingkat Persekutuan untuk menyemak, mengakses, serta mencetak slip penyata gaji dengan mudah dan pantas.
Portal ini akan memudahkan lagi urusan harian yang melibatkan penggunaan slip gaji seperti pinjaman kewangan, mengisi maklumat persekolahan anak-anak dan permohonan bantuan kewangan seumpamanya.
Sistem daftar e-Penyata ini juga secara tidak langsung akan menjimatkan masa, kos, serta menjadikan urusan lebih efisyen.
Bagi pekerja sektor swasta, anda dinasihatkan untuk mencarum ke dalam Skim Insurans Pekerjaan PERKESO bagi melayakkan anda untuk terima pelbagai bantuan kerajaan seperti program ERP dan Subsidi Upah.
Ciri Keselamatan Baharu e-Penyata Gaji (ePaySlip) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) juga ingin memaklumkan bahawa eSPGL mula boleh dicapai dengan ciri keselamatan baharu berikut :
1. Semua Pengguna perlu menetapkan kata laluan baharu sebaik sahaja Daftar Masuk ke dalam sistem.
2. Penggunaan kriteria keselamatan baharu kata laluan.
3. Memperkenalkan penggunaan captcha bagi kemudahan Lupa Kata Laluan.
4. Watermark baharu untuk penyata gaji bulanan.
5. Sekatan Login bagi pengguna yang gagal lebih daripada tiga (3) cubaan. Klik Lupa Kata Laluan sekiranya akaun pengguna telah disekat.
6. Sekiranya tidak terima kata laluan sementara semasa tukar kata laluan dilaksanakan, emelkan ke [email protected]
7. ePayslip JANM Mobile dengan ciri kawalan keselamatan terkini dijangka boleh digunakan bermula Disember 2022.
PANDUAN MEMASUKKAN KATA LALUAN BAHARU SISTEM EPENYATA GAJI
Sekiranya ada kesukaran bagi memasukkan kata laluan baharu di sistem ePayslip, boleh rujuk panduan berikut.
Penggunaan kriteria keselamatan baharu kata laluan ePayslip :
+ Jumlah character kata laluan hendaklah 8-12 character
+ Mengandungi sekurangnya 1 huruf besar
+ Mengandungi sekurangnya 1 huruf kecil
+ Mengandungi sekurangnya 1 nombor
+ Mengandungi sekurangnya 1 aksara khas (simbol dibenarkan – @$!%*?&)
Contoh : P@ssword1234
Cara Semakan e-Penyata Gaji Online Berikut adalah cara membuat semakan penyata gaji online untuk penjawat awam.
1. LAYARI LAMAN WEB E-PENYATA GAJI
Pergi ke pautan berikut untuk melayari laman web rasmi e-Penyata Gaji: https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx
2. DAFTAR PENGGUNA BARU
Untuk mendaftar masuk kali pertama ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan, anda diminta mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada pautan tulisan berwarna biru “Pertama Kali Mendaftar”.
Skrin Pendaftaran Pengguna Baru berikut akan dipaparkan seperti berikut:
3. ISIKAN MAKLUMAT
Sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik butang OK.
Semak dan pastikan semua maklumat yang diisi disahkan sahih oleh sistem.
Setelah selesai anda mengisi semua maklumat tersebut, sila tekan butang “OK” dan skrin DAFTAR MASUK akan dipaparkan.
4. DAFTAR MASUK
Login e-Penyata Gaji dengan menekan klik pada butang “Daftar Masuk”.
Masukkan No.Kad Pengenalan atau No. Pasport atau Kod
Pengenalan Lain Yang Sah serta Kata Laluan anda yang telah berjaya didaftarkan dalam sistem sebelum ini dan klik butang “Daftar Masuk”.
5. KEMASKINI MAKLUMAT
Sebelum memuat turun penyata gaji, anda dikehendaki untuk mengemaskini profil anda dengan memasukkan No H/P dan Alamat e-mel.
Langkah ini adalah penting bagi tujuan penghantaran kata laluan sementara apabila pengguna terlupa kata laluan.
6. MUAT TURUN PENYATA GAJI
Setelah berjaya daftar masuk dan mengemaskini maklumat yang dikehendaki, barulah anda boleh klik pada submenu ”Sendiri” untuk memuat turun Penyata Gaji Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan.
i) Menyemak Penyata Gaji Bulanan
Buat pilihan Tahun dan Bulan dan klik butang ”Cari”. Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata gaji. Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda. ii) Menyemak Penyata Gaji Tahunan
Klik ”Penyata Pendapatan Tahunan” yang terdapat di bawah submenu ”Sendiri”. Jadual Penyata Pendapatan Tahunan akan dipaparkan sekirnya penyata pendapatan gaji tahunan telah dimuat naik dalam sistem. Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata pendapatan. Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda. Baca juga: Jadual Gaji Penjawat Awam 2021 (JANM)
Maklumat Yang Ditunjukkan Dalam Penyata Gaji Penyata Gaji yang dipaparkan akan menunjukkan maklumat berikut:
Jumlah Pendapatan – bayaran penuh dari Gaji Pokok, Elaun Tetap atau sementara dan bayaran Tunggakan Gaji sebelum apa-apa cukai atau insurans yang telah dicajkan ke dalam penyata.Jumlah Potongan – amaun potongan dari Cukai Pendapatan, Biro Angkasa, Insurans dan bayaran Ansurans Perumahan Kerajaan atau bank dalam penyata yang berubah dari bulan ke habis bulan Jumlah amaun untuk apa-apa Potongan Tetap adalah: potongan yang tidak berubah dari bulan ke habis bulan dalam E-Penyata Gaji.
Majikan berhak memberikan butir-butir potongan tersebut dan memberi keterangan yang berasingan untuk butiran bulanan atau untuk sekurang-kurangnya sekali setahun.
Jumlah amaun pendapatan bersih adalah dari jumlah pendapatan selepas tolakan dari jumlah potongan yang sedia ada (contohnya angka terpisah dari pembayaran tunai jika ada dan bakinya dikreditkan ke akaun bank) dan informasi boleh diperolehi dari E-Penyata Gaji.
ePaySlip JANM Jangan lupa muat turun apps ePayslip JANM Mobile di telefon bimbit anda.
Pengguna disaran menggunakan peranti Android (minima Versi 4.4) atau iOS (minima Versi 11) bagi pemasangan ePayslip JANM Mobile App.
Aplikasi juga memerlukan pengguna memasang perisian PDF Reader didalam peranti masing- masing bagi memudahkan proses muat turun atau serta paparan Penyata Gaji, Penyata Tahunan dan Penyata Untuk Pinjaman.
Fungsi Aplikasi ePayslip JANM Bagi memudahkan lagi pengguna untuk menyemak e-Penyata Gaji, Sistem ePenyata Gaji dan Laporan melalui smartphone, versi mobile kini sedia untuk dimuat turun di AppStore dan Play Store melalui carian “ePayslip JANM”.
Ia menyediakan 4 fungsi ringkas kepada penjawat awam Persekutuan iaitu
untuk memuat turun penyata gaji bulanan serta penyata pendapatan tahunan, untuk mengemaskini profil pengguna (emel dan no telefon sahaja), untuk menyalurkan maklum balas kepada pihak JANM berkaitan sistem atau maklumat dan untuk menjana penyata gaji bagi tujuan pinjaman kewangan. PANDUAN PENGGUNA
Peringatan Penting: *Sistem ePenyata Gaji & Laporan hanya menyimpan maklumat Penyata Gaji Bulanan bagi tempoh 18 bulan, Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun dan Laporan Gaji Pusat Pembayar bagi tempoh 4 bulan terkini sahaja.
*Selepas daripada tempoh tersebut, maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem.
*Adalah menjadi tanggungjawab masing-masing untuk memuat turun maklumat tersebut ke dalam hard disk atau pendrive untuk kegunaan tuan/puan pada masa hadapan.
Pertanyaan & Maklumat Lanjut E-melkan Masalah atau Aduan berkaitan Sistem e-Penyata Gaji & Laporan ke e-mel rasmi [email protected] dengan menyertakan Nama Penuh ,No.KP, No.Gaji, No.Kod Pejabat Perakaunan, No.Kod Jabatan dan No.Kod Pusat Pembayar.
Telefon : 03-8882 1000
Facebook: Jabatan Akauntan Negara Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/e-penyata-gaji/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=e-penyata-gaji

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nacsa Akan Buat Kenyataan Berhubung Insiden Pencerobohan Data E Penyata Gaji Menkomm

Nacsa Akan Buat Kenyataan Berhubung Insiden Pencerobohan Data E Penyata Gaji Menkomm

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 247 hits
Kerajaan kini dilaporkan telah mendapat petunjuk tertentu berhubung dakwaan kecurian data penyata gaji penjawat awam dan kenyataan lanjut mengenainya akan dibuat oleh Agensi Keselamatan Siber Negara Menteri Komunikasi dan Multimed
Bekas Pegawai Khas Mb Johor Didakwa Palsukan Slip Gaji

Bekas Pegawai Khas Mb Johor Didakwa Palsukan Slip Gaji

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 323 hits
Seorang bekas pegawai khas kepada mantan Menteri Besar Johor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru hari ini atas pertuduhan memalsukan slip gaji empat tahun lepas
Mybayar Saman Semakan Bayaran Saman Pdrm Online

Mybayar Saman Semakan Bayaran Saman Pdrm Online

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 239 hits
Sempena Hari Polis ke 214 Polis Diraja Malaysia tampil dengan perkhidmatan digital baharu yang dinamakan sebagai MyBayar Saman Pengenalan perkhidmatan ini adalah selari dengan usaha kerajaan dalam mendigitalkan sejumlah perkhidmatan kerajaa...
Permohonan Ptptn 2022 Semakan Tarikh Bayaran Online

Permohonan Ptptn 2022 Semakan Tarikh Bayaran Online

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 420 hits
PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional merupakan dana pinjaman pendidikan untuk para pelajar menyambung pengajian di IPTA atau IPTS dalam Malaysia Idea asal penubuhan PTPTN pertama kali diumumkan di Perhimpunan Agung UMNO p...
Curi Data E Penyata Gaji Nacsa Akan Buat Kenyataan Annuar

Curi Data E Penyata Gaji Nacsa Akan Buat Kenyataan Annuar

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 241 hits
Beberapa media melaporkan sekumpulan penggodam menggelarkan diri gray hat mendakwa telah menceroboh ePenyata Gaji penjawat awam Gambar hiasan ReutersKOTA BHARU Kerajaan telah mendapat petunjuk tertentu berhubung dakwaan kecurian data penyat...
Penggodam Dakwa Sistem E Penyata Gaji Diceroboh Ugut Mahu Jual Data Peribadi Penjawat Awam

Penggodam Dakwa Sistem E Penyata Gaji Diceroboh Ugut Mahu Jual Data Peribadi Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 176 hits
Sekumpulan penggodam yang menggelar sebagai organisasi keselamatan siber Gray Hat kini dilaporkan telah menghantar surat ugutan kepada kerajaan Malaysia yang mendakwa mempunyai akses kepada sejumlah maklumat peribadi penjawat awam suggest D...
Permohonan Uitm Semakan Surat Tawaran Pendaftaran Online

Permohonan Uitm Semakan Surat Tawaran Pendaftaran Online

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 337 hits
SEMAKAN SURAT TAWARAN KE PROGRAM SARJANA MUDA SEPENUH MASA UITM SESI 1 2022 MENGIKUT KATEGORI PERMOHONAN BERIKUT PERMOHONAN MELALUI ONLINE UPU LEPASAN STPM MATRIKULASI KPM ASASI STAM DIPLOMA UiTM DVM DKM DLKM DIPLOMA IPT LAIN BOLEH DISEMAK ...
Covid Online Teaching And Learning Experience

Covid Online Teaching And Learning Experience

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 164 hits
Since the government has announced that all teaching and learning is to be carried out online until the end of the year all lecturers and students have to learn to adapt to this new norm It was difficult at first especially the consultation...
Nak Makan Sedap Malas Masak Online Food Delivery Kan Ada

Nak Makan Sedap Malas Masak Online Food Delivery Kan Ada

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 177 hits
Boring asyik makan menu sama tiap tiap hari sebab kena berkurung kat rumah Jangan risau McDonald s kan ada McDonald s ada sediakan khidmat McDelivery jadi apa kata korang buka phone korang pastu order je mana mana menu yang korang berkenan ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner