E Agihan Maik


e-AGIHAN MAIK (Permohonan & Semakan Bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan)
Berita menggembirakan buat rakyat Kelantan, kini Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terus melangkah setapak lagi ke hadapan apabila memperkenalkan sistem permohonan bantuan secara atas talian iaitu e-Agihan bagi menggantikan permohonan menggunakan borang (manual). Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat permohonan melalui sistem ini, semoga membantu.
 
APA ITU e-AGIHAN Sistem ini diperkenalkan bagi memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pemohon yang ingin membuat bantuan bantuan. Sistem ini  dibahagikan kepada dua sub sistem, iaitu Sistem Permohonan Bantuan dan Sistem Kelulusan Permohonan Bantuan yang kedua-duanya berorientasikan atas talian (online).
Pelancaran Sistem e-Agihan ini disempurnakan bersempena  Majlis Sidang Media Laporan Khas Terimaan dan Perbelanjaan MAIK Bagi Tahun 2021 yang diadakan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu.
 
KELEBIHAN MEMBUAT PERMOHONAN MENERUSI e-AGIHAN Berikut adalah merupakan kelebihan sekrianya membuat permohonan menerusi sistem ini:
Sistem ini bukan sahaja memudahkan urusan permohonan, semakan dan kelulusan bantuan dengan menyediakan platform akses atas talian, malah mempercepatkan lagi tempoh permohonan dan kelulusan bantuan. Ia juga menggalakkan sifar atau pengurangan penggunaan kertas dan menyediakan perkhidmatan cepat, mudah dan telus. Pelaksanaan sistem ini merupakan inovasi kepada penggunaan teknologi maklumat sebagai medium interaksi asnaf dan MAIK. Transformasi penggunaan manual kepada permohonan atas talian ini menepati permintaan asnaf dan pihak pengurusan yang mahukan satu kaedah yang lebih cepat, mudah dan telus. Melalui saringan/tapisan kadar had kifayah dan syarat-syarat permohonan, beberapa proses manual telah berjaya dipendekkan bagi membolehkan sistem ini memfokuskan kepada mereka yang benar-benar layak untuk disantuni. Pelaporan siasatan juga dilaksanakan secara atas talian membolehkan penyiasat MAIK menjalankan kerja dengan lebih efisyen.  
KUMPULAN SASARAN eAGIHAN Kumpulan sasaran pengguna sistem ini adalah asnaf, sanak saudara, jiran tetangga, agensi yang terlibat dan masyarakat atau komuniti yang prihatin dalam membantu menjadi pemudah cara.
 
PROGRAM BANTUAN MAIK MELALUI SISTEM eAGIHAN Berikut adalah merupakan antara program bantuan yang tersedia melalui sistem ini iaitu:
Bantuan Tetap Bulanan Bantuan Pembangunan Asnaf Bantuan Am Bantuan Rawatan Perubatan Bantuan Persekolahan Bantuan Melanjut Pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Bantuan Pelajar Pondok Dan Tahfiz Bantuan Hari Raya Skim Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman Bantuan Rumah Kediaman Biasiswa Tengku Anis MAIK Bantuan Rawatan Dan Perubatan (Projek Khas) Program Pengajian A Level Dan Ijazah Dalam Dan Luar Negara Program Pengajian Diploma Dan SKM Program Biasiswa Sultan Ismail Petra Bantuan Kepada Gharimin Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke IPT – Fisabilillah  
CARA PERMOHONAN e-AGIHAN Kepada pemohon yang ingin membuat permohonan menerusi sistem ini, berikut adlaah merupakan caranya:
Layari pautan http://eagihan.e-maik.my Pemohon membuat pilihan jenis bantuan yang diperlukan. Permohonan tersebut akan disaring/ditapis melalui maklumat Had Kifayah, KIR dan syarat-syarat kelayakan. Pemohon yang melepasi saringan tersebut adalah dikategorikan LAYAK untuk meneruskan permohonan. Langkah-langkah permohonan akan mengambil kira pengisian maklumat permohonan yang lengkap, memuatnaik maklumat secara digital mengikut garis panduan yang ditetapkan serta pengemaskinian maklumat sehingga selesai sebelum menekan butang “Hantar”. Pemohon akan menerima nombor rujukan permohonan melalui notifikasi SMS. Permohonan akan disemak dan diproses secara atas talian oleh pegawai/kakitangan MAIK. Status permohonan akan berubah mengikut proses yang terlibat iaitu proses siasatan, proses semakan, proses kelulusan dan proses bayaran. Setiap dari proses tersebut boleh dijejak secara atas talian oleh pemohon berdasarkan nombor rujukan yang diberikan. Permohonan akan berakhir dengan notifikasi SMS dari pihak bank setelah bayaran dikreditkan ke akaun penerima.  
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Sistem e-Agihan ini, sila layari website rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
 
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN PROGRAM BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK 2022(eagihan.e-maik.my)
 
The post e-AGIHAN MAIK (Permohonan & Semakan Bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan) appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/e-agihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sumbangan Gamuda Dalam Industri Kereta Api

What Are The Benefits Of Custard Apples Or Nona

Uk S Royal Society Welcomes First Malaysian Based Scientist

Program Wacana Manuskrip Melayu Rahsia Keagungan Cap Mohor Manuskrip Melayu

Membangun Syaja Ah Dalam Kehidupan

Resepi Sambal Kering Peparu Rangup Pedas Lauk Padu Nasi Lemak

Singgah The Sheep Sanctuary

Welded Fittings The Leak Free Pipe Connections By Unitrade


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagia Dengan Doa Bukan Kata Nista Jaga Lidah Jaga Hati

Cuba Makanan Di Kea Farm

Boko Ubi Cedok Sedap Betul

Resipi Telur Masak Tomato Jimat Sedap Siap Dalam 5 Minit

Doa Kesembuhan Dari Segala Penyakit

Panas Projek Ai Malaysia Huawei Kerajaan Kata Tak Terlibat