Bahagia Dengan Doa Bukan Kata Nista Jaga Lidah Jaga Hati


Di zaman ini, semakin ramai yang terjebak dalam fenomena mengumpat! Bercakap sesama sendiri tentang keburukan orang lain, termasuk sahabat sendiri. Mungkin ramai lupa bahawa bahagia dengan doa lebih menenangkan jiwa berbanding kata-kata yang menyakitkan. Kita lupa bahawa setiap kata itu membawa beban. Maka inilah masanya untuk kita semua jaga lidah, jaga hati dan muhasabah diri sebelum terlambat.

Dalam hidup yang sementara ini, kita sering terleka. Dalam gurauan, dalam perbualan harian, kita kadang-kadang lupa batas. Lidah yang ringan berbicara boleh jadi beban yang berat di akhirat kelak. Tanpa sedar, kita terluka… dan mungkin juga melukakan. Sedangkan apa yang kita cari sebenarnya bukan perhatian atau pengaruh. Sebaliknya ketenangan dan keberkatan.

Jom kita sama-sama diam sejenak. Fikir dan renung. Adakah jalan yang kita pilih itu membawa kita dekat pada kebahagiaan… atau sebenarnya menjauhkan kita darinya?




Kita bercakap tentang orang seolah-olah hidup ini kekalSahabat yang pernah tertawa bersama, kini dijadikan bahan bualan di belakang. Kita kata, “sekadar berkongsi”, padahal kita menyebar aib. Kita kata, “aku kisah sebab aku sayang”, tapi kata-kata kita seperti racun. Lidah ini tajam — jika tak dijaga, boleh merosakkan persahabatan, memutuskan silaturrahim.

Bahagia itu tidak hadir dengan mengata, tetapi dengan mendoakanSaat hati kita bersih, kita tidak rasa perlu menjatuhkan sesiapa. Kita tidak sibuk mencari salah orang, kerana kita sibuk memperbaiki diri sendiri. Tidak ada siapa yang sempurna. Maka mengapa harus kita menambah luka pada manusia lain dengan kata-kata?

Setiap kali lidah ingin berbicara, tanyalah hati — adakah ini membawa kebaikan?Jika tidak, diam itu lebih mulia. Setiap bait yang kita ucap akan kembali pada kita. Sama ada sebagai pahala… atau sebagai beban. Dunia ini tempat kita menanam. Akhirat kelak tempat kita menuai. Jangan sampai kita menanam kebencian dengan lidah, lalu menuai azab yang berat

Baca Juga:Belajar Menghargai Waktu Yang Masih DimilikiMedia Sosial Semakin Toksik!
Apa salahnya jika kita memilih untuk mendoakan?Doakan agar sahabat kita berjaya. Doakan agar yang kita tidak suka itu menjadi lebih baik. Doakan agar kita semua diberi hati yang tenang, yang tidak gundah melihat kejayaan orang lain, yang tidak gelisah bila melihat kekurangan diri.

Bahagia sebenar itu bukan bila kita menang dalam bicara, tetapi bila kita menang menahan diri!Menang melawan nafsu untuk mengata. Menang dalam diam. Menang dalam doa. Itulah bahagia yang tidak ternilai, yang membebaskan hati daripada cemburu, marah, dan sakit hati.
Kita semua akan pergi. Dan bila kita pergi, bukan kata-kata kita yang kasar yang akan dikenang. Tapi doa-doa yang kita kirim secara senyap, kata-kata baik yang kita ucapkan walau dalam kecewa, dan hati yang sentiasa bersangka baik — itulah yang akan jadi penawar di dunia dan bekal di akhirat.
Jaga lidah, jaga hati. Bahagia dengan doa dan bukannya dengan kata-kata nista!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2025/05/bahagia%20dengan%20doa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Ibu Mengalir Dalam Setiap Sentuhan Rahsia Buat Anak Lembut Hati Mudah Dengar Kata

Doa Ibu Mengalir Dalam Setiap Sentuhan Rahsia Buat Anak Lembut Hati Mudah Dengar Kata

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 128 hits
Kehebatan air tangan seorang ibu tak pernah terhad pada dapur semata mata Ia lebih dalam lebih indah dari memakaikan baju anak menyuap makan sehinggalah ke rutin mandikan si kecil yang kadang kadang rewel tapi tetap mencuit hati Untuk ibu y...
Doa Untuk Kuatkan Hati

Doa Untuk Kuatkan Hati

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 162 hits
Saya ingin cadangkan beberapa doa yang sangat hebat dari al Quran hadith Nabi untuk kuatkan hati Sumber 1 Ayat 8 surah Ali Imran Wahai Tuhan kami Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanl...
Jaga Supaya Tidak Terlanjur Kata Presiden Pkr

Jaga Supaya Tidak Terlanjur Kata Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 204 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemilihan PKR 2025 perlu dianggap sebagai satu pertarungan antara rakan rakan setia dalam parti Menurutnya kesemua calon berkenaan harus disantuni dengan baik supaya semangat persaudaraan dalam ...
Orang Bawah Tetap Kata Dan Lahirkan Perasaan Tak Puas Hati

Orang Bawah Tetap Kata Dan Lahirkan Perasaan Tak Puas Hati

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 134 hits
Hamdan TahaNak tukar rafizi dan lawan dia bukan satu perkara salah dan tidak akan menyebabkan ramai yang marah dan melihat Anwar Ibrahim ahli politik yang tak kenang jasa orang Kita pun tau Rafizi ada kelemahan dan bukan semporna dan layak ...
Resep Cappuccino Gula Aren Sentuhan Lokal Yang Menggoda Lidah

Resep Cappuccino Gula Aren Sentuhan Lokal Yang Menggoda Lidah

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 140 hits
Cappuccino adalah salah satu jenis kopi yang sangat populer di seluruh dunia dikenal dengan perpaduan espresso susu panas dan buih susu yang lembut di atasnya Namun di Indonesia tren minuman kopi berkembang sangat dinamis dan kreatif Salah ...
Pokok Lidah Jin Kelebihan Mudarat Kepada Kesihatan

Pokok Lidah Jin Kelebihan Mudarat Kepada Kesihatan

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 168 hits
Pokok lidah jin merupakan pokok yang popular dan sering didapati ditanam di perkarangan rumah atau bangunan Pokok ini ditanam sebagai daripada hiasan untuk mencantikkan kawasan rumah dan tampak lebih hijau Selain itu pokok ini mempunyai kha...
Kecilkan Circle Untuk Jaga Kualiti Persahabatan

Kecilkan Circle Untuk Jaga Kualiti Persahabatan

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 147 hits
AssalamualaikumKecilkan Circle Untuk Jaga Kualiti Persahabatan Jarang sekali update blog muncul dengan artikel more to personal maybe Aku bila terlalu banyak memendam rasa aku sanggup cari masa untuk meluah macam nie Lebih tenang kerana aku...
Kanser Lidah Simptom Punca Kaedah Rawatan

Kanser Lidah Simptom Punca Kaedah Rawatan

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 179 hits
Kanser lidah merupakan salah satu yang dihadapi oleh sesetengah pesakit yang mengakibatkan lidah mereka mengalami tumor atau lesi Kebanyakan kes kanser adalah di antara umur 50 hingga 60 tahun yang mana lelaki adalah lebih cenderung untuk m...
Thomas Arya Luka Cinta Mengiris Hati Chord

Thomas Arya Luka Cinta Mengiris Hati Chord

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 150 hits
G m F C m G m B C m E D G m F Andai ku tahu sakitnya begini C m G m Mencintai dirimu kekasih G m F Aku yang slalu turuti maumu C m G m Tapi Kau tak pernah fahamiku B C m Kau berbuat sesuka hatimu D G m Tanpa kau merasa sakiti aku B Didepan ...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pokok Sawi Ayah Dah Boleh Tuai

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Tak Kahwin Tapi Berkepit Macam Orang Dah Kahwin Reaksi Riena Diana Marah Ketika Diaju Soal Kahwin Jadi Tumpuan

Disangka Bakal Naik Pelamin Hawa Rizwana Tampil Menafikan Bukan Saya Yang Nak Kahwin

Buah Kedondong Depan Rumah

Pelajar 17 Tahun Calon Spm Tikam Ibu Abang Tertekan Dipaksa Belajar