Durian Tempura Sejuk Beku Yang Sedap Giler


 Assalamualaikum...
SELAMA ni tak pernah perasan pun ada produk Durian Tempura Sejuk Beku dijual dalam pasaran. Bila Sk post tentang Durian Tempura Goreng yang sangat sedap, dapatlah beberapa komen antaranya dari Mar Mansor dan Sis Lin yang pernah membelinya. Sk pulak, bila dah rasa durian tempura tu sedap, cuba cari maklumat di akaun ig penjualnya. Rupanya, selain durian tempura siap goreng, beliau juga ada menjual Durian Tempura Sejuk Beku yang lebih menjimatkan dan berbaloi tapi kenalah rajin menggorengnya sendiri. 
Durian Goreng punya pasal, mambang rajin pun datang. Iman kata, tak nak makan nasi dan malam tu Pak Inche ada pertemuan dengan Menteri Besar Johor. Haaa.. tu la sebabnya yang pergi beli baju baru tu, hihi. Iman ni jenis, kalau tak makan nasi sehari pun tak apo, janji ada makanan lain. Oh, tapi memang hari tu dia dah makan nasi siangnya di Amphawa Boat Noodle selepas balik tengok wayang filem Indonesia, Kukira Kau Rumah dengan kawan dia Imel.

Satu set Durian Tempura Sejuk Beku ini berharga RM20. Ia mengandungi 15 keping isi durian sejuk beku dan satu pek tepung tempura yang perlu dibancuh sendiri. Isi durian ni telah diolah, bukan 100 peratus isi durian. Penjual pun tak adalah nak 'claim' jenis atau gred durian yang digunakan. Yang penting, intinya tu berkrim dan tak ada rasa serawa durian macam Hazukido Croissant Filling Durian tu


Bila dah datang mambang rajin dan sedia nak menggoreng, bancuh dahulu tepung tempura tu dengan 100 ml air. Air tu, jangan dimasukkan terus, bancuh sikit-sikit sampai dapat kepekatan yang elok. Sebab kita tak tahu banyak tepung tu ngam betul ke tidak ke. Manalah tahu kot terkurang atau terlebih timbang. Macam yang Sk dapat ni memang ngam la.. bila Sk bancuh sikit-sikit dengan air, sampai dah cukup air 100 ml tu, bancuhan tepung tu memang dah cantik, tak terlalu pekat atau cair. 

Nak tahu kepekatan yang sesuai, cuba angkat dengan garfu bancuhan tepung tu. Kalau jatuh terjelepuk tu, maknanya terlalu pekat. Kalau jatuhnya bertali-tali, tu dah terlebih cair. Yang elok, dia jatuh lurus sampai ke bawah macam dalam gambar atas ni


Tengok video ni. Mula malas nak masukkan video tapi mambang rajin kata masukkan, hahaha. Haaa.. nampak tak macammana rupa bancuhan tu. Elok jer jatuh lurus masuk dalam mangkuk balik. Lepas tu bolehlah kalau nak menggoreng duriannya


Ketulan-ketulan durian ni dibalut dengan kertas yang boleh dimakan. Kertas makanan atau edible paper ni, jangan pula dibuka, biarkan aje dan masukkan terus dalam bancuhan tepung tadi. Penting sekali, dah nak goreng, baru keluarkan dari peti ais. Kemudian celup dalam tepung tu sebiji-sebiji masukkan dalam minyak panas


Tips nak tahu minyak dah cukup sedia untuk menggoreng, hanya titiskan sedikit bancuhan tepung tempura dalam minya. Kalau adunan tepung tu naik ke atas (jadi ringan), dah bolehlah tu mula menggoreng. Kalau adunannya tenggelam, maksudnya minyak belum cukup panas


Bila sebelah bahagian dah hampir keemasan bolehlah dibalikkan. Bila kedua-dua belah bahagian dah keemasan, jangan terus diangkat. Balik-balikan sehingga ia cukup garing tapi jangan sampai garing sangat. Goreng durian tempura ni, semua perkakas mesti dah siap sedia, jangan tinggalkan kuali pergi tengok whatsapp siapa yang masuk


Cantikkan.. comelkan.. Tunggu suam sikit baru suap ke mulut ya. Karang tak pasal-pasal melocot lidah. Rasanya macam tahu jer cara nak buat durian frozen ni berbanding yang Sk pernah buat dulu. Hurmmm.. bolehlah dijual nanti, dapat untung mesti jota-jota. 
Dahhhh.. jangan berangan


Puas makan seorang lima biji, hihi
Haaa...cuba cari di akaun ig anda, siapa yang berdekatan ada menjual Durian Tempura Sejuk Beku atau Durian Tempura Frozen ni. Penduduk JB, kalau nak beli, bolehlah cuba ke akaun ig @satayaljannah.jb 
Haaa.. betullah tu, dia jual sate juga. Satenya belum dicuba lagi, insyaAllah, satu hari nanti kita cuba ya.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/02/durian-tempura-sejuk-beku-yang-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejuk Sejuk Sedap Makan Sup Kan

Sejuk Sejuk Sedap Makan Sup Kan

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 189 hits
Assalamualaikum Hi korangHari ni x kemana kes makin tinggi kan pening tengok jumlah kes sekarang x tau la betul ke x betul ke malas nak fikir Fikir jaga diri dan keluarga je bahaya kat luar sana tu Dah beberapa hari ni cuaca sejuk hari2 kan...
Khasiat Ikan Siakap Selain Rasanya Yang Sedap

Khasiat Ikan Siakap Selain Rasanya Yang Sedap

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 283 hits
Khasiat Ikan Siakap Dulu agak susah nak makan ikan siakap sebab aktiviti ternak ikan kolam masih belum diperluaskan Sekarang ni sejak restoran seafood tumbuh bagai cendawan maka permintaan untuk ikan siakap semakin meluas Maka usaha mentern...
Resipi Orang Lama Yang Sedap Gulai Daging Tulang Nangka Muda

Resipi Orang Lama Yang Sedap Gulai Daging Tulang Nangka Muda

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 188 hits
Siapa peminat menu gulai mesti suka dengan resipi gulai daging tulang dengan nangka muda ni Gulai orang lama lama Makan pula dengan ikan kering dan sambal belacan nenas memang sedap tak terkata Jom kita cuba resipi daripada Muliadi Ramli in...
Resipi Ayam Bakar Mayones Sukatan 1 2 Ekor Sedap Menjilat Jari

Resipi Ayam Bakar Mayones Sukatan 1 2 Ekor Sedap Menjilat Jari

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 188 hits
Resipi Ayam Bakar Mayones perkongsian dari saudari Dani J Tang ni nampak sangat mudah dan sedap Memang senang sahaja cara pembuatannya Pasti jadi kegemaran anak anak Maklumlah lauk berasaskan ni budak budak memang suka Ada pula kentang yang...
8 Resipi Sup Sedap Mudah Dimasak Lebih Sihat Bebas Minyak

8 Resipi Sup Sedap Mudah Dimasak Lebih Sihat Bebas Minyak

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 316 hits
Kata orang masakan reneh guna air atau senang cakap sup atau rebus ni masakan malas tapi kalau kena pada cara memasak yang rebus dan reneh ini lagi sedap dan gerenti lebih sihat kerana bebas minyak Ada pelbagai jenis masakan yang mengguna c...
Cara Sedapkan Kuah Laksa Pasti Sedap

Cara Sedapkan Kuah Laksa Pasti Sedap

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 218 hits
Cara sedapkan kuah laksa pasti sedap Kalau raya tak sah rasanya jika juadah laksa utara tidak dihidangkan buat tetapi Jika bukan raya pertama pada hari kedua atau ketiga pasti laksa jadi santapan utama buat tetamu Laksa yang sedap sememangn...
Burrow Kl Muslim Owned Ada Canele Sedap

Burrow Kl Muslim Owned Ada Canele Sedap

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 321 hits
After did some research Burrow KL rupanya muslim owned Burrow KL terletak di Bangsar Shopping Centre Jarang jarang pergi BSC Pusing pusing then tanya guard yang jaga baru jumpa Burrow KL ni Pertama kali cuba their sought after caneles and w...
Resipi Kuih Nagasari Jagung Sedap Guna Acuan Lompang

Resipi Kuih Nagasari Jagung Sedap Guna Acuan Lompang

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 249 hits
Kuih Nagasari Jagung ni memang sedap dan jadi kegemaran ramai Namun ramai yang tak berani nak cuba kerana menyangkakan ianya susah dan renyah untuk dihasilkan Bagi peminat Nagasari Jagung ini ada resipi yang sangat mudah perkongsian saudari...
Resipi Lasagna Sedap Tanpa Guna Sos Segera Mudah Je Cara Buatnya

Resipi Lasagna Sedap Tanpa Guna Sos Segera Mudah Je Cara Buatnya

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 174 hits
Sedapnya Lasagna Anda gemarkan hidangan ini Biasanya untuk menjimatkan masa ramai yang menggunakan sos Bolognese segera sebagai sos Tapi sebenarnya kalau buat sendiri juga rasanya lebih enak Hanya menggunakan sos tomato sos cili dan beberap...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran