Durian Juga Jadi Mangsa



Durian juga jadi mangsa
Oleh Mohammad Hafizuddin
AKHIR-akhir ini durian menjadi trending di media sosial. Ia bukan sahaja terkenal dengan kesedapannya dan harganya yang dikatakan ‘Yahudi,’ bahkan menjadi buah mulut kerana terpaksa menjadi mangsa politik yang tidak berbudi.
Wahai durian, kau tidak bersalah. Yang bersalah ialah mereka yang memakanmu secara berjemaah sekali gus tidak mematuhi SOP. Katanya video tahun lalu, akhirnya mengaku setelah banyak bukti.
Apa pun, bercakap benar amalan terpuji, itu lebih baik daripada menipu sampai ke mati dan diazab tidak terperi. Kita tidak tahu lagi apakah yang bersalah itu akan didakwa, atau tinggal siasat dan siasat, akhirnya terus sepi seperti kes beberapa menteri sebelum ini.
Durian, kau juga tidak bersalah apabila pokokmu ditebang. Yang bersalah ialah mereka yang membiarkanmu tumbuh berpuluh-puluh tahun, tidak berbuat apa-apa dan kemudian tiba-tiba ‘bangun daripada lena’ dan menebang pokokmu. Apa mimpi penebang, tidaklah penulis tahu, mungkin ada hantu yang mengganggu.
Kita tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi, ia perlukan penjelasan pihak berkuasa dan pekebun dengan lebih terperinci. Peliknya, jika tanah itu diceroboh secara haram telah sekian lama dan mendapat laba, kenapa baru sekarang hendak beraksi? Mungkinkah sudah kehabisan ‘duit cuci’ atau ia komplot rasisme terancang menyemarakkan api benci? Kau tidak bersalah, durian, kerana hargamu yang dikatakan ‘Yahudi.’
Nak berbuah, makan berbulan-bulan pekebun menanti. Nak menjagamu pun amatlah susah; sensitif air, baja, cuaca dan macam-macam karenah. China pula importmu melimpah-limpah. Pengguna marhaen tidak tentu arah, hanya mampu tengok saja harga mencekik darah.
Kasihan, durian juga yang jadi mangsa. Kerana harga, pengguna rasa teraniaya. Kerana kuasa, kau seakan diperkuda. Kerana lazatnya, kau dijamah secara berjemaah sambil berbicara. Yang pasti, dalam masyarakat kita ada yang berperangai seperti Yahudi. Berbohong sudah jadi seperti makanan ruji. Dulu cakap begitu, sekarang cakap begini.
Bila ternyata menipu, dengan senang ‘delete’ di FB. Tapi jangan risau, netizen memang pakar ‘screenshot’ apa-apa hantaran kontroversi. Politikus lebih-lebihlah lagi, ada yang manis lidah menawar janji. Apabila dapat kuasa, buat-buat tidak mengerti.
Rakyat kibar bendera putih sebab terputus makanan macam nak mati, tapi masih ada yang sombong dan tidak peduli. Katanya cukup dengan berdoa, bendera putih ini ‘kering idea,’ hanya propaganda dan agenda politik parti.
Itu belum masuk yang mengikut perangai Yahudi seperti khianat dan mungkir janji. Konon nak mansuh PTPTN, tapi sudah jadi kerajaan, sikit pun tidak berbunyi. Skim pinjaman tanpa faedah untuk pembelian kereta juga sunyi sepi tidak jadi-jadi.Sudah berapa kali PdPR, komputer riba percuma belum tiba seperti yang dijanji.
Telefon bimbit yang diberi pula ‘cap ayam’ takut pelajar buang masa main ‘game’ yang diminati. Ada pula yang meletup semasa dicas akhirnya dapat ganti, padahal isunya adalah gajet yang tidak berkualiti.
Pandemik Covid-19 yang melanda masih tiada tanda untuk berhenti. Lepas satu varian, muncul pula varian lain yang lebih bahaya lagi. Walaupun darurat, kes tetap tinggi, ia seperti tidak dapat dikawal dan lemah strategi.
Tepuk dada tanya hati. Masyarakat wajar insafi diri, kita manusia punya kelemahan diri, masih belum menang walaupun dengan makhluk seni. Bagi yang Muslim, mohonlah ampunan dan berdoa memohon petunjuk Ilahi agar pandemik segera pergi.
Sang penguasa pula perlu pelbagaikan ikhtiar membendung pandemik dan membantu rakyat dengan kuasa yang dimiliki. Tanggungjawabnya amat berat, kerana di akhirat akan dipersoalkan nanti, sama ada amanah dan jujur berkhidmat, atau menipu rakyat dan mengkhianati janji.
Durian juga jadi mangsa
Baca Artikel Menarik :
Kenapa tiada orang suruh saya ‘out’ – TMJ Bila pula saya sokong Muhyiddin – Najib Ismail Sabri boleh pangku jawatan Perdana Menteri ‘Ya, Ada Barang Bukti’- Ini 4 Fakta Penahanan Nia Ramadhani & Ardi Bakrie Bila Kantoi Kes Dadah [VIDEO] Resepi Mee Jawa Sedap Bonda Rozita Ibrahim Bidas Dato Seri Vida Anggap Ayat ‘Malas’ Tidak Sesuai Digunakan [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU

 
 
MP UMNO sokong Muhyiddin tanggung akibatnya nanti

The post Durian juga jadi mangsa appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/09/durian-juga-jadi-mangsa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Amyra Dapat Durian Orang Bagi Amar Baharin Luah Rasa Kesal Niat Baik Isteri Disalah Anggap

Hiburan Amyra Dapat Durian Orang Bagi Amar Baharin Luah Rasa Kesal Niat Baik Isteri Disalah Anggap

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 262 hits
Baru baru ini pelakon jelita Amyra Rosli memuatnaik sebuah hantaran foto sedang memakan durian yang dijual oleh peniaga kecil di akaun Instagramnya namun telah disalah anggap oleh beberapa netizen AdvertisementSuami kepada pelakon tersebut ...
Cops To Take Rashid Hasnon S Statement Over Alleged Durian Feast

Cops To Take Rashid Hasnon S Statement Over Alleged Durian Feast

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 333 hits
Police will take the statement in the near future of Dewan Rakyat deputy speaker Rashid Hasnon who is accused of violating movement control order SOPs over an alleged durian feastWhen contacted by Malaysiakini Batu Pahat police chief Ismail...
Bolehkah Makan Durian Selepas Ambil Vaksin Covid 19

Bolehkah Makan Durian Selepas Ambil Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 339 hits
SAYA terima beberapa soalan bolehkah makan durian selepas ambil vaksin Durian sebagai raja buah sudah sinonim di negara kita dan vaksin bukanlah perkara baru juga Ya kenapa timbul isu ini 1 Durian ada dikaitkan dengan badan menjadi panas Ad...
Rezeki Buah Durian Untuk Anak Anak

Rezeki Buah Durian Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 433 hits
Semalam sikecil tanya bila nak pergi beli durian Saya bukannya taknak pergi beli cuma tempat yang murah tuh agak jauh dari rumah Lagi satu sebab malas pula nak merentas roadblock walaupun masih dalam lingkungan jarak yang dibenarkan Entah m...
Harga Durian Mahal Nekad Tanam Sendiri Durian Kunyit Di Halaman Rumah

Harga Durian Mahal Nekad Tanam Sendiri Durian Kunyit Di Halaman Rumah

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 477 hits
Ini bukan lakonan atau cerita rekaan semata mata Ini kisah benar dan benar benar berlaku Alamak saspens la pula Aksi dalam gambar itu menunjukkan saya sedang menggemburkan tanah pada sebatang pokok durian kunyit Di halaman rumah saya ada di...
Durian Punya Hal Sampai Lepaskan Tembakan

Durian Punya Hal Sampai Lepaskan Tembakan

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 187 hits
Durian punya hal sampai lepaskan tembakan Dihalang masuk hotel kerana bawa durian lelaki lepaskan tembakan Bangkok Seorang lelaki yang dihalang melawat isteri dan anak lelakinya berusia 9 tahun di sebuah hotel kuarantin alternatif di Ao Nan...
Rashid Akui Hadir Kenduri Durian Baru Baru Ini Bukan Tahun Lalu

Rashid Akui Hadir Kenduri Durian Baru Baru Ini Bukan Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 286 hits
malaysiakini comDiterbitkan 30 Jun 2021 2 29 pmDikemaskini 2 37 pmTimbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon mengaku menghadiri kenduri durian baru baru ini dan bukan tahun lalu seperti yang didakwa sebelumnya Dia juga meminta maaf atas ke...
Timb Speaker Langgar Sop Kenduri Durian Dalam Dusun

Timb Speaker Langgar Sop Kenduri Durian Dalam Dusun

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 250 hits
by on 6 29 2021 09 11 00 PmPETALING JAYA Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan Ahli Parlimen Batu Pahat Mohd Rashid Hasnon bersama beberapa individu lain melanggar SOP perintah kawalan pergerakan kerana menikmati durian di sebua...
Rashid Hasnon S Durian Fiasco It Wasn T An Old Video Afterall

Rashid Hasnon S Durian Fiasco It Wasn T An Old Video Afterall

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 261 hits
In a statement Datuk Mohd Rashid Hasnon who is also Batu Pahat MP apologised for what he labelled as confusion over what transpired NSTP EIZAIRI SHAMSUDINKUALA LUMPUR With Netizens debating the veracity behind the Deputy Speaker s claim tha...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm