Durian Fiesta Di Lexis Suites Penang
Durian Fiesta di Lexis Suites Penang | Yeah, selesai aktiviti di The Habitat dan Event di The Venture, cik en craving pula nak makan durian bila nampak tepi jalan jual durian masa datang ke Penang pagi itu. Lagi lagi dengan pulut dan santan, perghhhh mesti terasa nikmatnya dunia. Hahahaha. Tapi kat mana di Penang ini ada jual durian? Anyway di Lexis Suites Penang tengah buat Durian Fiesta "All You Can Eat" Value Buffet untuk korang yang tengah craving macam cik en ini. Rasa puas sangat la makan durian ini dengan 10 jenis durian yang terkenal di Malaysia ini. | Durian Fiesta di Lexis Suites Penang
Durian Fiesta di Lexis Suites Penang
Durian Fiesta di Lexis Suites Penang
Promosi istimewa Durian Fiesta di Lexis Suites Penang ini menawarkan 10 jenis durian iaitu Musang King, Ang Hae, Hor Lor, Kapli, Cheh Phoay Kia, D11, D14, Cheh Phoay 15, Kun Poh dan Ang Bak Kia. Semua jenis durian ini mempunyai rasa, bau dan warna yang berbeza serta mempunyai keistimewaannya tersendiri. Cik en pun selama ini pernah rasa Musang King dan D14 je. Tak sangka pula banyak betul jenis durian ini. Ianya berada di pelbagai tempat dan Lexis Suites Penang bawakan semua ini di Durian Fiesta "All You Can Eat" Value Buffet.
Harga yang ditawarkan sangat murah la kalau nak dibanding tempat lain yang hanya menawarkan satu atau dua jenis durian sahaja. Harganya RM118 seorang dengan limit 2 jam korang melantak (kata orang perak ler). Yang lagi best, dalam satu sesi hanya ada 10 orang paling maksimum ditambah pula Lexis memilih beachfront sebagai tempat untuk korang menikmati "Kings Of Fruits" ini. Heaven sangat. Hahahhaha
Selain dari durian, pihak Lexis juga sediakan pulut, santan dan gula merah sebagai booster untuk korang yang suka gabungan itu. Drinking water juga include dalam pakej ini. Untuk tempahan Durian Fiesta "All You Can Eat" Value Buffet ini, korang kena buat sekurang kurangnya sehari sebelum korang nak mai. Segala tempahan korang boleh ke Front Office atau Reception department kalau korang menginap di Lexis Suite Penang ini. Kalau tidak boleh call 04-6282888 atau paling mudah scan saja QR dibawah ini. Mudah dan cepat kan
Korang kalau mai Penang, masuklah Lexis Suites Penang salah satu tempat penginapan. Cik en one day nanti nak stay sini dengan family. Hope nanti bila dah stay sini semalam dua boleh sharing dekat www.nurfuzie.com nanti
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nurfuzie.com/2019/06/durian-fiesta-di-lexis-suites-penang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+EintanNurfuzie+%28Eintan+Nurfuzie%29