Dunia Di Ancam Kuasa Raja Rimba




Firman Allah:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ هَلْ تَنقِمُونَ مِنَّا إِلَّا أَنْ آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلُ وَأَنَّ أَكْثَرَكُمْ فَاسِقُونَ (59) قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ اللَّهِ مَن لَّعَنَهُ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ أُولَٰئِكَ شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ عَن سَوَاءِ السَّبِيلِ (60)

“Katakanlah (wahai Muhammad S.A.W.): "Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak mencela dan menyalahkan kami melainkan kerana kami beriman kepada Allah dan beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami, serta beriman kepada apa yang diturunkan sebelum itu, dan kerana kebanyakan kamu sesungguhnya adalah orang- orang yang fasiq". (59); Katakanlah: "Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkai-Nya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah taghut (pelampau batas). Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul”. (60) (Surah Al-Maa’idah: 59-60)

Al-Quran adalah mukjizat ilmu petunjuk sepanjang zaman, kisah dan ceritanya juga terus menjadi peristiwa yang berulang sehingga Hari Kiamat. Begitulah berulangnya permusuhan terhadap Islam dan para Rasul oleh sebahagian daripada pelampau ahli Kitab, kaum Yahudi Zionis dan pengikutnya daripada pelbagai agama dan ideologi bagi membuktikan kebenaran Al-Quran bermukjizat itu.

Kalau para Rasul A.S. pilihan Allah dimusuhi dan dizalimi oleh pengikut mereka secara melampau sampai ada yang dibunuh, sehingga layak mendapat laknat Allah sepanjang zaman, maka suluh dan pandang setiap perkembangan yang berlaku di dunia hari ini dengan berpandukan Al-Quran.

Kalangan Yahudi Zionis dan Kristian bermusuh dengan setiap kumpulan berjenama Islam tanpa mengira mazhab dan ideologi kiri atau kanan yang dianut oleh sesiapa sahaja yang masih memakai jenama Islam, walaupun umat Islam itu berbalah dan berperang sesama sendiri dalam perkara tersebut.

Kini, seluruh dunia dalam keadaan berdebar menghadapi ancaman perang terbesar yang boleh tercetus dan memusnahkan dunia dengan ketegangan di antara Amerika dan Iran yang sedang cabar mencabar di antara satu sama lain.

Amerika menambahkan kekuatan bala tenteranya di Teluk Parsi (nama lama), kini ditukar pula kepada Teluk Arab oleh kaum Arab yang nasionalis dan disebut teluk sahaja bagi sesiapa yang tidak mahu berpihak.

Alasan Amerika kerana Republik Islam Iran kini menjadi ancaman kepada keamanan dunia kerana memajukan teknologi nuklear untuk tujuan keamanan, walaupun menegaskan bahawa Islam yang menjadi pegangannya mengharamkan penggunaan senjata pemusnah yang berkuasa nuklear.

Berbeza dengan zaman Shah dahulu yang seratus peratus mengikut budaya Barat tanpa halal dan haram, serta hubungan sangat rapat dengan negara Israel. Pada waktu itu, Iran menjadi rakan akrab dan pangkalan hadapan kepada Barat, sehingga boleh dilonggok segala senjata.

Amerika sendiri adalah pemilik senjata pemusnah terbesar di dunia, dan mempunyai senjata paling besar dan banyak, serta bala tentera paling ramai dan pangkalan tentera di seluruh penjuru dunia, sama ada di atas bumi yang tetap atau kapal-kapal besar yang bergerak.

Amerika juga mendakwa merekalah paling demokrasi, adil, membela hak asasi manusia dan menjaga keamanan dunia, sehingga boleh dinamakan seperti polis untuk seluruh dunia.

Iran setelah menang Revolusi Islam membatalkan pengiktirafan terhadap negara haram Israel yang dijadikan negara sahabat pada zaman Shah dahulu. Pada masa yang sama, Iran mengajak negara Arab dan Islam supaya melawan Israel dan menentang negara yang dinamakan mustakbirin (angkuh) di dunia khususnya Amerika.

Iran juga membantu rakyat Palestin walaupun bermazhab Sunni dan ramai bermazhab Syafie yang dihalau daripada tanah air mereka. Namun usahanya tidak mendapat sambutan bersemangat daripada negara Arab dan Islam, mungkin kerana Syiah atau perlu mendapat kebenaran daripada polis dunia.

Israel tetap dibantu oleh negara besar yang menubuhkannya dahulu, khususnya Amerika dan negara-negara sahabat di Eropah. Dilaporkan sejak tahun 60-an lagi, Israel mempunyai jana kuasa nuklear di Dair As-Sabua’ dengan bantuan negara barat Amerika dan Eropah, sehingga berkemampuan mengadakan senjata nuklear pemusnah dan dibekalkan dengan senjata menyerang, bukan sahaja mempertahankan diri. Lebih nyata sudah adanya pendedahan oleh media bahawa senjata nuklear itu telah digunakan secara kecilan dalam serangannya ke Selatan Lubnan dan Gaza, namun tiada siasatan dan beritanya dipadamkan, tetapi tetap diingati oleh orang yang tidak lupa.

Rakyat Palestin terus dibelasah oleh Israel sejak tahun 1948 sehingga kini dengan segala senjata ringan dan berat, darat, laut dan udara. Alasannya kerana dikuasai oleh Hamas, satu kumpulan Islam yang dikatakan sayap kepada Gerakan Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood) yang diharamkan di negara Arab sejak setengah abad yang lalu, kerana pernah berjihad di Palestin melawan Israel sejak tahun 1948. Namun rakyat Palestin tidak mampu dikalahkan walaupun dikepung di Gaza yang dikatakan ada sedikit kemerdekaan bagi Palestin.

Dahulunya rakyat Palestin bersenjatakan batu sahaja, kini lebih maju apabila menggunakan layang-layang api. Apa yang mengejutkan sekarang apabila mampu melancarkan roket ke bandar-bandar Israel yang tidak mampu dihalang oleh sistem pertahanan yang dinamakan Kubah Besi dengan senjata paling canggih.

Palestin dibantu oleh Iran yang kini sudah mencapai kemajuan teknologi tinggi paling canggih dan mampu bersaing dengan kuasa besar yang telah wujud. Kemajuannya lebih terserlah apabila berjaya menjatuhkan pesawat pengintip paling canggih kepunyaan Amerika yang dikatakan paling mahal harganya.

Presiden Donald Trump telah membuat keputusan untuk menyerang balas dengan mendapat nasihat di sekelilingnya yang paling rapat dengan Israel, namun menarik balik arahan serangan yang dirancang itu sepuluh minit sebelum dilaksanakan dengan dinasihati oleh pihak lain, kerana padahnya lebih parah daripada perang Afghanistan dan Iraq. Akhirnya ditukar kepada serangan diplomatik dan media menggunakan senjata perjanjian sekatan sains nuklear terhadap Iran yang sudah dipersetujui oleh Eropah.

Seterusnya Amerika menggunakan senjata sekatan ekonomi, khususnya diusahakan eksport minyak Iran untuk diharamkan. Namun banyak negara menganggapnya tidak boleh diterima akal. Maka Amerika dan sekutunya yang akrab bertindak melakukan tekanan terhadap negara yang tidak patuh.

Terkini British menahan kapal gergasi minyak Iran, diberitakan juga Saudi dan Mesir menjadi makmum mengikut langkah sama menahan kapal minyak Iran, sehingga menjadikannya bertambah tegang, laksana minyak yang menunggu api dinyalakan.

Apakah alasan ini benar-benar kerana ancaman keamanan dunia, atau kerana keamanan Israel dan lembu-lembu perahan Amerika yang diternak di negara-negara Arab itu, atau lebih tegasnya bermusuh terhadap Islam dan umatnya?

Sila pertimbangkan dengan hujah, adakah wajar Amerika yang datang dari jauh dengan senjata paling banyak termasuk senjata pemusnah adalah penyelamat keamanan dunia?

Semua yang menjadi ancaman kepada Israel itu dianggap sebagai ancaman kepada keamanan dunia, hujahnya kerana Iran dan Hizbullah adalah Syiah, tetapi masih bernama Islam walaupun berjaya menghidupkan sistem pilihan raya yang tidak ada dalam mazhab Syiah.

Hamas pula walaupun berkuasa di Gaza dengan memenangi pilihan raya, tetapi dianggap sebagai ancaman kepada Israel kerana menjadi cabang kepada Ikhwanul Muslimin yang difatwakan oleh beberapa para ulama adalah Khawarij, sehingga Presiden Mursi yang dipilih secara demokrasi yang julung kali diadakan di Mesir itu tidak diiktiraf dan dizalimi dalam tahanan sehingga syahid.

Turki pula berpihak kepada Palestin kerana sejarah kerajaan Uthmaniyah yang dahulunya dianggap penjajah, sehingga dijatuhkan dengan bantuan negara Barat dan memberi hadiah kepada mereka yang membantunya dengan mewujudkan negara kecil yang dibahagikan sehingga sentiasa merayakan hari kebangsaan bersempena kejayaan menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Adapun Turki Mazhab Sekular Kamal Ataturk yang meninggalkan wajah Islam dan mengiktiraf serta bersahabat akrab dengan Israel itu dianggap dahulunya paling baik. Berbeza dengan kerajaan AKP hari ini, walaupun dipilih secara demokrasi mesti ditolak kerana menunjukkan tanda permusuhan terhadap Israel dan berpihak kepada rakyat Palestin.

Barangkali gelaran Ahli Sunnah yang sebenar mengikut fatwa Barat ialah kumpulan yang menjadi proksi perang saudara yang dibantu oleh Amerika dan sekutunya di negara masing-masing yang boleh membunuh siapa sahaja, bukan sahaja polis dan tentera yang menjaga keamanan di tempat masing-masing, bahkan kanak-kanak, orang tua dan orang awam yang lemah, dan boleh meletup di mana sahaja, bukan sahaja hotel dan pasar, termasuk juga masjid.

Semua negara yang menyatakan sumbangannya kepada Palestin telah dihuru-harakan dengan pelbagai alasan dengan menggunakan mazhab Ahlus Sunnah tersebut.

Semua negara yang menyokong Israel adalah penyelamat keamanan dunia, khususnya Amerika yang memilih Presiden paling istimewa baginya dan dipilih oleh demokrasi paling moden. Sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya boleh meletak jawatan atau dipecat seorang demi seorang.

Ada pula daripada kalangan negara umat Islam yang berpemimpinkan Amerika dan ada ulama berfatwa untuknya, sehingga menghukum dan bertindak terhadap Islam dan pendukungnya dengan undang-undang rimba.

Inilah kedudukan dunia yang kita berpijak sekarang. Adakah jarum berpusing maju ke hadapan sehingga tersungkur, atau sedang berpusing ke belakang menghancurkan tamadunnya sehingga berkubur untuk kembali semula ke zaman jahiliah di rimba?

Nampaknya mereka yang bertuhankan harta lebih daripada Allah, ialah paling tamak haloba dan bakhil serta menggunakan politik bagi tujuan ekonomi. Barangkali akal dan otak mereka berada di dalam perut bukannya di kepala, sehingga rakus berperang untuk menguasai dunia, laksana makhluk rimba. Namun Allah telah menetapkan hukuman terhadap mereka dengan firman-Nya:

كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِّلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ (64)

“Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan”. (Surah Al-Maa’idah: 64)

"Islam Memimpin Perubahan"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 14 Zulkaedah 1440 / 17 Julai 2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pemudattbc.blogspot.com/2019/07/dunia-di-ancam-kuasa-raja-rimba.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pensyarah Kanan Uitm Mengaku Tak Bersalah Salah Guna Kuasa

Pensyarah Kanan Uitm Mengaku Tak Bersalah Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 205 hits
Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi MARA Prof Dr Mohd Nor Mamat selepas didakwa SPRM atas pertuduhan penyalahgunaan jawatan di Kompleks Mahkamah Shah Alam Selangor foto FAREEZ FADZILSHAH ALAM Seorang pensyara...
6 Lagi Penguat Kuasa Jpj Akan Didakwa

6 Lagi Penguat Kuasa Jpj Akan Didakwa

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 179 hits
BERNAMA PENDAKWAAN kes rasuah membabitkan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang diteruskan hari ini dengan enam lagi penguat kuasa jabatan itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth Kesemua mereka didakwa menerima rasuah ...
Ph Beringatlah Kuasa Rakyat

Ph Beringatlah Kuasa Rakyat

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 174 hits
PENAT rakyat melayani kerenah dan gelagat pemimpin yang asyik berpolitik memanjang Diakui tanpa isu isu dan cabaran politik kerajaan adalah hambar dan legap tanpa keseronokan dan keghairahan untuk kebaikan Tanpa kesediaan mengakui kesilapan...
Pulaupinang Lima Penguat Kuasa Jpj Seorang Bekas Anggota Spad Hadapi 63 Pertuduhan Rasuah

Pulaupinang Lima Penguat Kuasa Jpj Seorang Bekas Anggota Spad Hadapi 63 Pertuduhan Rasuah

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 442 hits
Lima penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang dan seorang bekas anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 63 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM73 600 daripada seorang p...
18 Penguat Kuasa Pegawai Jpj Pulau Pinang Didakwa Secara Berperingkat Mulai Esok

18 Penguat Kuasa Pegawai Jpj Pulau Pinang Didakwa Secara Berperingkat Mulai Esok

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 219 hits
Sebanyak 18 lagi pegawai dan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang yang ditahan kerana rasuah akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth secara berperingkat mulai esok Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysi...
Kejari Pekanbaru Ancam Terpidana Pencemaran Nama Bupati Bengkalis Masuk Dpo

Kejari Pekanbaru Ancam Terpidana Pencemaran Nama Bupati Bengkalis Masuk Dpo

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 203 hits
Kejaksaan Negeri Pekanbaru gagal mengeksekusi Toroziduhu Laia terpidana kasus pencemaran nama baik Bupati Bengkalis Amril Mukminin Toro divonis satu tahun penjara
Polisi Kembali Perpanjang Penahanan Tersangka Ancam Penggal Kepala Jokowi

Polisi Kembali Perpanjang Penahanan Tersangka Ancam Penggal Kepala Jokowi

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 190 hits
Polisi Kembali Perpanjang Penahanan Tersangka Ancam Penggal Kepala Jokowi Argo berdalih perpanjangan penahanan bisa dilakukan lebih dari 60 hari dengan acuan ancaman pasal yang disangkakan Diketahui HS terancam penjara seumur hidup atas kas...
Peserta Tewas Saat Mos Gubernur Sumsel Ancam Beri Sanksi Sma Semi Militer Palembang

Peserta Tewas Saat Mos Gubernur Sumsel Ancam Beri Sanksi Sma Semi Militer Palembang

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 187 hits
Dia mengimbau orang tua lebih selektif memilih sekolah bagi anaknya Jangan sampai keinginan orang tua justru berdampak buruk bagi generasi mendatang
Wabak Malaria Di Kuala Lipis Tidak Ancam Nyawa Dzulkefly

Wabak Malaria Di Kuala Lipis Tidak Ancam Nyawa Dzulkefly

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 150 hits
Negara catat prestasi memberangsangkan basmi malaria Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad PUTRAJAYA Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan berlaku wabak malaria yang melanda komuniti orang asli di Pos Lenjang...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities