Dun Sabah Bubar Sebab Shafie Sanggup Mati Najib



(Malaysia Gazette) – Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa melakukan pembohongan amat jelas apabila mendakwa Parti Warisan Sabah (Warisan) menang di Sabah pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Warisan tidak menang di Sabah pada PRUke-14 kerana yang membentuk kerajaan ialah Barisan Nasional (BN) dan Tan Sri Musa Aman telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

”Lalu Tun Mahathir gunakan SPRM untuk ugut ADUN-ADUN kerajaan BN Sabah kononnya mereka dibayar wang untuk sokong Musa Aman.
”Rumah digeladah, wakil rakyat disoal siasat berhari-hari. Namun satu celah bukti pun tidak dapat dicari untuk menyokong tuduhan Tun Mahathir. Lalu parti UPKO yang bertanding atas tiket BN melompat ke Warisan untuk menjatuhkan kerajaan BN Sabah,” tegas Najib.
Namun, katanya, UPKO telah dihukum warga Sabah sebab melompat pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu setelah mereka kalah 6 daripada 7 kerusi yang ditandingi parti itu.
Presiden UPKO sendiri pun kalah, ujar beliau.
Najib menegaskan kenyataan Dr Mahathir yang menyebut kerajaan pintu belakang itu sebenarnya adalah Warisan kerana Musa tidak dibenarkan berjumpa dengan Yang Dipertua Sabah lalu digugurkan jawatan untuk membenarkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri dengan cara yang melanggar perlembagaan.
”Ini telah disahkan mahkamah,” katanya.
Tambah Najib, selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hilang kepercayaan terhadap Kerajaan Warisan dan Shafie hilang sokongan majoriti kepada Musa maka kerajaan negeri itu tumbang.
Tetapi Shafie membuat kenyataan bahawa beliau sanggup mati daripada serah kembali kuasa sebagaimana beliau rampas kuasa melalui pintu belakang selepas PRU14.
”Sebab dia sendiri kata dia sanggup mati maka dia bubarkan DUN untuk mengadakan PRN Sabah. Keputusan Shafie bubar DUN juga disokong penuh oleh majlis Presiden PH (Pakatan Harapan),” kata beliau lagi.
Najib berkata, beliau sendiri membantah pembubaran DUN untuk PRN, begitu juga dengan Musa.
Lantaran itu, Musa bersama 32 ADUN Sabah terpaksa memohon sebanyak tiga kali kepada mahkamah untuk batalkan keputusan bubar DUN tapi semuanya kalah.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beberapa kerajaan negeri bertukar tangan selepas PRU14 iaitu Sabah pada tahun 2018 dan Johor, Melaka, Perak dan Kedah pada tahun 2020 tetapi sekali pun DUN tidak dibubar.
”Hanya Shafie sahaja yang bubarkan DUN untuk adakan PRN. Sebab itu, Shafie bukan terpaksa bubar tetapi dia sanggup mati dan membahayakan nyawa warga Sabah untuk kekalkan kuasa dia,” tegas Najib.
Oleh itu, Najib berkata, Dr Mahathir jangan cuba hendak membohongi rakyat lagi untuk salahkan Perikatan Nasional atau BN.
”Kamu watak utama yang salah gunakan kuasa untuk tumbangkan kerajaan BN Sabah selepas PRU14,” ujar Najib.

PLEASE FOLLOW US ON FACEBOOK HERE https://www.facebook.com/malaysiatodayportal/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/10/12/dun-sabah-bubar-sebab-shafie-sanggup-mati-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan Yang Sokong Shafie Bubar Dun Sabah

Pakatan Harapan Yang Sokong Shafie Bubar Dun Sabah

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 269 hits
ISU penularan COVID19 nampaknya terus menjadi senjata untuk menjatuhkan musuh politik Seorang Menteri dan beberapa ADUN telah disahkan positif Rakyat sudah mengalami kebimbangan dengan penularan yang mencatat pertambahan kes baru secara har...
Mpkk Sabah Pulak Belum Dilantik Masa Bubar Dun Korang Tak Pikir

Mpkk Sabah Pulak Belum Dilantik Masa Bubar Dun Korang Tak Pikir

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 253 hits
Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking menyeru kerajaan negeri supaya mempertimbangkan untuk melantik semula Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan ketua adat di seluruh Sabah yang diberhentikan sebelum ini Katanya peningkatan kes Covid 1...
Cadangan Bawa Pas Masuk Dun Sabah Dipersetujui Sebelum Prn Sabah Kata Tuan Ibrahim

Cadangan Bawa Pas Masuk Dun Sabah Dipersetujui Sebelum Prn Sabah Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 315 hits
Nampaknya langkah membawa wakil PAS menduduki salah satu kerusi DUN Sabah hampir menjadi kenyataan tidak lama lagi Hari ini salah seorang pemimpin kanan parti itu memberitahu cadangan berkenaan sebenarnya sudah dipersetujui parti parti yang...
Dap Perlu Jelaskan Kenapa Prn Sabah Diadakan Kata Najib

Dap Perlu Jelaskan Kenapa Prn Sabah Diadakan Kata Najib

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 218 hits
PETALING JAYA Najib Razak berkata DAP perlu melihat tindakan sendiri dan Warisan yang diketuai Shafie Apdal sebelum menyalahkan beliau serta Umno menyebabkan Pilihan Raya Negeri diadakan dan krisis Covid 19 berlaku Bekas perdana menteri itu...
Grs Dah Menang Sabah Buatlah Pru Biar Lebih Ramai Mati Dr Mahathir

Grs Dah Menang Sabah Buatlah Pru Biar Lebih Ramai Mati Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad sinis mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengotakan janji untuk mengadakan Pilihan Raya Umum memandangkan Gabungan Rakyat Sabah telah berjaya menawan Sabah pada 26 September lalu Dalam cat...
Ada Apa Di Rumah Shafie Menjelang Angkat Sumpah Km Sabah

Ada Apa Di Rumah Shafie Menjelang Angkat Sumpah Km Sabah

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 281 hits
Kow Gah Chie Warisan Plus mungkin telah tewas PRN Sabah pada Sabtu lalu tetapi gabungan itu seakan enggan mengaku kalah Kediaman rasmi ketua menteri sementara Mohd Shafie Apdal di Kota Kinabalu kelihatan sibuk Presiden Warisan telah bertemu...
Yoursay Kudos To Shafie But Sabah Needs A Warrior

Yoursay Kudos To Shafie But Sabah Needs A Warrior

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 133 hits
YOURSAY A leader must also be able to make a difference just like the late Adenan Satem in S wak Bobby0 According to Luyang assemblyperson Phoong Jin Zhe despite returning to the dark ages Warisan Plus will continue to sow hope for the peop...
Something Is Brewing At Shafie S Residence Ahead Of Sabah Cm Swearing In

Something Is Brewing At Shafie S Residence Ahead Of Sabah Cm Swearing In

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 222 hits
Warisan Plus may have been routed in last Saturday s Sabah election but the alliance does not appear to be letting up Outgoing Sabah chief minister Shafie Apdal s official residence in Kota Kinabalu has been abuzz with activities The Warisa...
For Anwar Shafie S Sabah Setback Still Won T Guarantee Him Malaysia S Top Job Say Analysts

For Anwar Shafie S Sabah Setback Still Won T Guarantee Him Malaysia S Top Job Say Analysts

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 270 hits
On paper at least Parti Warisan Sabah s defeat in the September state polls was a boon to Datuk Seri Anwar Ibrahim s position as the Opposition s prime minister designate Datuk Seri Shafie Afdal Warisan s president would have been the stron...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

More Than 20 Ji Members In Johor Igp



Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan


Asean Night Bazaar Hatyai Thailand

10 Tips Untuk Meningkatkan Rekaan Kad Perniagaan Anda

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar

Honor Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk Honor Magic6 Pro Dan Honor Magic V2

Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni